SELAMAT DATANG MENJAMU SELERA

SELAMAT DATANG DAN MENJAMU SELERA MASAKAN KAMPUNG( SIANG) MASAKAN MAKANAN LAUT (MALAM) buatlah kerja macam seratus tahun lagi nak hidup(juga niat ibadah), ibadah khusus macam sekejap lagi akan mati. (asas dlm solat jangan tinggal berdosa!!!!!)
LCD Text Generator at TextSpace.net

Wednesday, 30 March 2011

nyahkan tikus bahaya kencingnya

Resepi Sambal Udang & Petai.


Resepi Sambal Udang & Petai.


Bahan-bahan:
500 gm udang
30 biji buah petai
1 labu bawang besar
½ cawan jus asam jawa
3 s/b sos tomato
Minyak
Garam
Gula

Bahan dikisar:
20 tangkai cili kering
10 biji bawang merah
2 ulas bawang putih

Cara menyediakan:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin sehingga naik minyak.
2. Masukkan jus asam jawa dan sos tomato. Kacau rata dn biarkan sehingga naik minyak.
3. Masukkan udang, petai , bawang besar dan garam serta sedikit gula. Masakkan sehingga pekat dengan api kecil.
4. Bila dah nampak pekat boleh tutup api dan masukkan dalam mangkuk hidangan

Tuesday, 29 March 2011

Terung Ketumbar


rung Ketumbar


Bahan-bahan:

4 biji terung dipotong panjang
5 ulas bawang merah - dihiris
3 gelas pati santan
Garam dan gula secukup rasa

Bahan giling:

2 sudu besar biji ketumbar
2 cm kunyit hidup
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 batang serai

Cara Menyediakan:

1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang hiris.

2. Setelah naik aroma, masukkan kesemua bahan giling dan santan.

3. Biar sehingga kuah pekat, masukkan garam dan gula secukup rasa.

4. Masukkan terung, tunggu sehingga masak, angkat dan hidangkan.

Sayur Campur Citrawarna


Sayur Campur Citrawarna



Bahan-bahan:

1 biji sengkuang - dihiris
1 batang lobak merah - dihiris
6-8 batang kacang buncis - dihiris
100 gm udang segar (sederhana) - dibuang kulit
2-6 ulas bawang merah - dimayang
1 ulas bawang putih - dimayang
1 tangkai cili merah - dimayang
Garam, kicap dan lada sulah secukup rasa
Sedikit suun - digoreng
Daun salad untuk hiasan

Cara Menyediakan:

1. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan merah hingga wangi, masukkan udang dan kacau hingga layu.

2. Masukkan sayur-sayuran dan suun, kacau rata. Perisakan dengan garam, kicap dan lada sulah.

3. Sebelum diangkat campurkan dengan cili merah yang dimayang, kacau lagi.

4. Biarkan sejuk dahulu sebelum diletakkan di atas daun salad dan susunkan dalam pinggan.

Rebung Goreng


Rebung Goreng


Bahan-bahan:

100 gm rebung
100 gm udang basah - dibuang kulit
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 labu bawang besar - dimayang
1 tangkai cili merah - dimayang
2 ulas bawang putih
Garam dan gula secukup rasa
1/2 cawan minyak masak

Cara Menyediakan:

1. Rebung dibersihkan kemudian ditus. Jika menggunakan rebung masam, rendam terlebih dahulu kemudian buang airnya. Ulang proses ini beberapa kali untuk kurangkan rasa masamnya.

2. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bahan-bahan yang dimayang. Bila bawang layu, masukkan udang dan kacau rata.

3. Akhir sekali masukkan rebung, serbuk kunyit, garam dan gula. Kacau rata selama dua minit dan angkat.

Keladi Masam Pedas

Keladi Masam Pedas



Bahan-bahan:

6 batang keladi - disiat kulit dan kerat 5 cm
2 sudu besar beras - disangai dan tumbuk halus
6 tangkai cili merah - ditumbuk halus
2 cm belacan bakar - ditumbuk halus
6 ulas bawang merah - ditumbuk halus
2 sudu besar udang kering - ditumbuk kasar
1 batang serai -dititik
4 keping asam gelugur
1 sudu kecil gula
Sedikit daun kesum
6 cawan air
Sedikit garam

Cara Menyediakan:

1. Keladi direbus hingga layu dan dituskan airnya. Ketepikan.

2. Masukkan 6 cawan air ke dalam periuk, kemudian masukkan kesemua bahan kecuali keladi.

3. Rebus bahan-bahan tadi hingga mendidih, kemudian masukkan keladi. Rasa asam dan garamnya. Hidang ketika panas

Cendawan Tiga Rasa


Cendawan Tiga Rasa


Bahan A:

50 gm cendawan ablone
50 gm cendawan hitam
50 gm kulat hitam (black fungus)

Bahan B:

100 gm kubis bunga - dipotong kecil
80 gm brokoli - dipotong kecil
30 gm lada benggala hijau - dipotong baji
30 gm lada benggala merah - dipotong baji
40 gm lobak merah - dihiris nipis
30 gm jagung muda - dipotong tiga
10 gm bawang putih - dicincang halus

Bahan C:

10 gm udang kering - dikisar
40 gm sos tiram
20 gm tepung jagung - dibancuh dengan sedikit air
10 gm garam
10 gm gula
30 gm minyak masak
5 gm serbuk perasa

Cara menyediakan:

1. Rendam kesemua bahan A di dalam air suam selama 10 minit.

2. Kemudian angkat dan tapis. Hiris kesemua cendawan.

3. Panaskan minyak, tumis bawang putih sehingga kekuningan.

4. Masukkan udang kering dan sos tiram bersama sedikit air.

5. Masukkan kesemua bahan B dan biarkan sehingga setengah masak.

6. Campurkan bahan A, kacau sehingga sayur masak. Masukkan garam, gula dan serbuk perasa.

7. Akhir sekali masukkan bancuhan air, tepung jagung dan kacau hingga pekat. Angkat dan hidangkan.

Siew Pak Choy & Cendawan Kukus


Siew Pak Choy & Cendawan Kukus



(Resipi ini menggunakan ketuhar gelombang mikro)
Bahan-bahan:

300 gm sayur siew pak choy
1 tin cendawan butang
1 sudu besar tepung jagung*
1/2 cawan air*
(* dibancuh agar tidak berketul)
1 cawan air rebusan ayam
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
2 cawan air panas
1 sudu besar minyak masak
Garam secukup rasa

Cara Menyediakan:

1. Masukkan air panas, minyak masak, sayur siew pak choy dan cendawan ke dalam mangkuk kaserol. Tutup mangkuk dan masak dengan kuasa high selama tiga minit. Keluarkan dan tuskan.

2. Masukkan air rebusan ayam, garam bancuhan tepung jagung dan lada hitam ke dalam mangkuk dan masak dengan kuasa high selama lima minit. Keluarkan dan masak lagi selama tiga minit.

3. Susun sayur ke dalam pinggan kemudian curahkan kuah ke atasnya. Hidang panas-panas.

Ayam Panggang Kicap Madu


Ayam Panggang Kicap Madu


Bahan-bahan:

1 ekor ayam buang kulitnya
3 sudu besar kicap cair
1 1/2 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar madu
1 sudu kecil minyak bijan
Sedikit rempah lima
Sedikit garam

Cara Menyediakan:

1. Perap ayam bersama kicap cair, kicap pekat, madu, garam dan rempah lima selama 3 jam.

2. Sebelum dibakar taburkan minyak bijan. Bungkus ayam dengan pembungkus aluminium.

3. Bakar di dalam ketuhar selama 45-50 minit, buka pembungkus aluminium 10 minit terakhir.

4. Sedap dimakan bersama salad.

Kebab Daging


Kebab Daging



Bahan-bahan:

4 keping roti pita
200 gm daging lembu - dipotong kecil & dibersihkan
2 biji tomato - dihiris memanjang
1/2 biji timun - dihiris memanjang
1 labu bawang besar - dipotong dadu
3 kelopak daun salad }
1 labu bawang besar }
3 ulas bawang putih } dihiris halus
2 cm halia }
3 tangkai cili hijau }
2 tangkai daun ketumbar }
1/4 cawan minyak masak
Sos cili secukupnya
Garam dan serbuk lada sulah secukup rasa

Sos Yogurt:

1 cawan yogurt }
3 sudu besar mayonis } dikisar hingga sebati
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam }
1 sudu besar minyak zaitun }

Cara Menyediakan:

1. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang dikisar halus. Kacau hingga berbau harum.

2. Masukkan daging, garam, serbuk lada sulah dan sedikit air. Kacau hingga rata. Bila daging empuk dan kuahnya kering, angkat.

3. Sapukan sos yougurt ke atas roti pita.

4. Taburkan hirisan daun salad, timun, lobak merah, bawang merah dan tomato.

5. Letakkan satu sudu besar daging yang digoreng ke atas sayuran.

6. Ratakan sos yogurt dan sos cili.

7. Gulung roti pita. Jika gemar rasa rangup, bakar di dalam ketuhar selama 5 minit sebelum dihidangkan.

Ayam Halia Sos Plum




Bahan-bahan:

1 ekor ayam - dipotong kecil
1 ulas bawang putih
1 sudu besar halia parut
3 tangkai daun bawang - dikerat 2 cm
3/4 cawan sos plum
1 sudu besar kicap cair
1 sudu besar tepung jagung } dibancuh
1/4 cawan air } agar tidak berketul
3 sudu besar minyak masak
Garam secukup besar

Cara Menyediakan:

1. Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan ayam. Kacau sehingga masak kemudian masukkan bawang putih, halia, daun bawang, sos plum, kicap cair, bancuhan tepung jagung dan garam.

2. Kacau hingga rata dan biarkan hingga kuah mendidih dan pekat. Angkat dan hidang panas-panas.

Chicken Nachos







400 gm daging ayam kisar
1/2 sudu teh paprika
1/2 sudu teh serbuk jintan putih
1/2 sudu teh serbuk cili
1/2 sudu besar cili Jalapeno yang telah didadu
1 sudu teh bawang putih yang telah dicincang
5 biji buah zaitun hitam - didadu
5 sudu minyak zaitun
100 gm bawang yang telah didadu
300 gm keju chedar parut
8 keping tortilla (corn tortilla)
5 sudu krim masam (sour cream)
5 sudu tomato salsa (lihat cara menyediakannya)

Cara Menyediakan:

Inti Nachos:

1. Gaulkan daging ayam dengan perasa. Panaskan kuali dengan sedikit minyak dan kacau isi ayam sehingga kering.

2. Panaskan minyak zaiton dalam kuali berasingan dan tumiskan bawang putih, bawang hancur, buah zaitun dan jalapeno. Kemudian masukkan serbuk jintan manis, serbuk cili dan serbuk paprika.

3. Campurkan bahan tumisan dengan ayam yang telah dimasak kering tadi, kacau sebati dan masukkan perasa secukupnya.

Tomato salsa:

1. Tomato, jalapeno dan bawang dipotong dadu. Kemudian digaul bersama serbuk lada hitam, daun ketumbar, garam dan minyak zaiton.

Nachos:

1. Goreng tortilla sehingga garing, angkat dan taburkan inti ayam di atasnya. Taburkan juga keju chedar. Masukkan ke dalam ketuhar dan bakar sehingga keju cair.

2. Keluarkan dan potong mengikut cita rasa sendiri.

Hidangkan chicken nachos bersama krim masam dan tomato salsa

Kerutuk Daging Berkrim


Bahan A:

10 ulas bawang merah
5 tangkai cili kering
2 ulas bawang putih
1 batang serai
1 cm lengkuas
1 cm halia
1/4 cawan minyak masak
1 bungkus rempahan rendang
500 gm daging lembu - potong kiub sebesar 3 cm

Bahan B:

1 cawan pati santan
1/4 cawan air
2 camca teh gula melaka
1 1/2 camca teh serbuk pati lembu
2 camca teh
2 camca teh kerisik
1/3 cawan susu sejat penuh krim

Cara Menyediakan:

1. Kisar halus bahan A. Panaskan minyak, tumis A dengan rempahan daging sehingga wangi.

2. Masukkan daging dan goreng selama 5 minit. Masukkan bahan B, masak sehingga daging empuk dan kuah hampir pekat.

3. Masukkan kerisik dan susu sejat, masak selama dua minit lagi.

4. Hiaskan dan hidangkan panas.

Khasiat ubi kentang






Ubi kentang kaya dengan potassium, vitamin C yang membekalkan karbohidrat kompleks dan fiber. Ia juga mengandungi vitamin B1, B2 dan B3 serta sedikit kandungan protein dan zat besi.



Kandungan potassium ubi kentang adalah dua kali ganda daripada yang terdapat di dalam pisang dan fiber. Jumlah lemaknya pula di bawah paras 25 peratus, dengan ini dapat menghalang enapan kolesterol di dalam lapisan saluran darah.

Hirisan ubi kentang mentah serta jusnya boleh membantu mengurangkan kesakitan penyakit yang menyerang sendi-sendi dan radang otot. Ubi kentang juga boleh melegakan kesakitan salah urat atau tergeliat, luka-luka kecil dan kebakaran ringan dengan cara menekapkan hirisan kentang di tempat berkenaan selama 15 minit atau lebih. Ubi kentang lecek (tanpa mentega) boleh memutihkan dan melembutkan tangan.

Cekur Legakan Penyakit





Nama botani cekur ialah Kaempferia galanga, dan tergolong dalam famili Zingiberacea. Dalam bahasa Thai, cekur dikenali dengan nama Pro hom.

Herba yang tidak berbatang ini tumbuh melebar di atas tanah. Bentuknya seperti kunyit tetapi berwarna coklat kekuning-kuningan. Tumbuhan bersaiz kecil ini mempunyai daun dalam anggaran dua hingga tujuh helai. Daunnya berbentuk bujur tirus, licin dan tersusun dalam pasangan yang bertentangan. Bahagian hujung daunnya agak runcing dan saiznya boleh mencapai 15 sentimeter panjang dan 10 sentimeter lebar.

Selain itu, cekur juga mempunyai bunga berwarna putih keunguan. Pada bahagian rizomnya pula terdapat ubi-ubian berbentuk seakan-akan jari. Apa yang istimewanya tentang tumbuhan ini adalah tentang daun dan akarnya yang mempunyai aroma yang unik serta membangkitkan selera.



Kegunaan

Dalam perubatan tradisional Melayu, rizom cekur sering digunakan sebagai salah satu ramuan untuk mengubati beberapa jenis penyakit seperti kembung perut, batuk, muntah, sakit urat dan beberapa penyakit lain. Caranya adalah dengan memakan bahagian rizomnya secara segar. Ada juga yang minum air perahan rizomnya untuk mengatasi penyakit-penyakit tersebut.

Manakala dalam perubatan tradisional Cina, akar rizom cekur yang telah matang dibersihkan untuk diluntur dengan asap sulfan (sulfan atau sulfur trioxide adalah bahan kimia yang bersifat mengakis dan sesuai dijadikan peluntur) selama sehari sebelum dijemur kering. Rizom cekur tersebut kemudiannya digunakan untuk mengatasi masalah sakit gigi, menghilangkan kelemumur dan membunuh kutu di kepala.

Selain itu, perubatan tradisional Cina turut menggunakan bahagian rizom cekur yang segar untuk mengatasi masalah sembelit, sakit kepala dan membuang angin dalam perut.

Di Indonesia, wanita di sana menggunakan rizom cekur sebagai salah satu bahan dalam pembuatan jamu dan tonik. Bagi melegakan selesema, caranya mudah sahaja; pesakit hanya perlu menghidu bau rizomnya.

Di samping itu, daun cekur banyak digunakan oleh masyarakat tempatan sebagai ulam-ulaman. Orang tua-tua berpendapat bahawa daunnya mampu menambah selera makan.

Selain berguna dalam mengubati penyakit tertentu, cekur turut bermanfaat untuk wanita selepas bersalin. Rizom cekur dipercayai dapat menghangatkan bahagian perut, mengurangkan bengkak, kebas otot dan menyembuhkan luka di dalam perut.

Malah amalan meminum air asam jawa bersama campuran cekur sepanjang tempoh berpantang mampu mengempiskan perut.

Bagi ibu-ibu yang mengalami masalah kekurangan susu badan pula, anda boleh mengambil inisiatif dengan mengamalkan makan cekur bersama kunyit dan pucuk betik. Amalan ini berupaya menambahkan kuantiti susu badan anda.

Info penting

1. Mereka yang ingin mengamalkan pengambilan pokok cekur sebagai sebahagian bahan dalam tonik dan jamu, dinasihatkan supaya merujuk kepada ahli botani yang diiktiraf terlebih dahulu bagi mengelakkan berlakunya hal-hal yang tidak diingini.

2. Pesakit dinasihatkan agar menghentikan pengambilan rizom cekur jika berlaku kesan buruk pada kesihatan selepas pengambilan herba ini. Segera dapatkan rawatan di hospital atau klinik yang berdekatan untuk rawatan dan pemeriksaan lanjut.

3. Awas! Bagi mereka yang tidak gemar memakan tumbuhan herba, rasa cekur amat pahit.

Monday, 28 March 2011

MEE BANDUNG

MEE BANDUNG

Satu bungkus mi kuning (mi basah)
Sedikit daging lembu (di hiris)
Sedikit daging ayam (di hiris)
5 ekor udang basah (agak agak laa)
Sedikit taugeh
10 biji cili kering di kisar (nak pedas lebihkan lah)
1 ulas bawang putih – diketuk
1 mangkuk stok ayam
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
1 sudu kicap cair
Sedikit kacang tanah – ditumbuk
1 biji limau kasturi
Telur ayam
Sedikit sawi, cili merah, daun sup & daun bawang
Bunga jagung, bunga gobis, buah tomato belah empat...
Sedikit tepung jagung untuk pekatkan kuah...
Minyak masak, garam & gula pasir

Cara membuat

1. Panaskan minyak masak dalam kuali, tumiskan bawang putih dan cili kisar.
2. Kemudian masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram, garam dan gula pasir. Biarkan merenih...
3. Masukkan stok ayam dan biarkan mendidih...
4. Seterusnya, masukkan kacang tanah, udang, daging, daging ayam dan sawi
5. Apabila mendidih, pecahkan telur dan biarkan hingga telur keras.
6. Masukkan mi dan semua sayuran...
7. Akhir sekali masukkan sikit tepung jagung yang siap dibancuh untuk pekatkan kuah.
8. Tutupkan api.
9. Hidangkan bersama hirisan cili merah, daun bawang, daun sup dan limau kasturi.

kalau macamni ingatlah Allah

Monday, 21 March 2011

kaulah pembimbingku

sebelas tahun telah berlalu dari julai 1999


http://koleksimakanan.blogspot.com/

tok wan hashim saad

RESTORAN BASHA:-penggerak utama(keluarga)

RESTORAN BASHA:

maksu lily n nurul

pak njang,mak njang,pak long baling

anak buah dari baling kat perlis

selamat datang