SELAMAT DATANG MENJAMU SELERA

SELAMAT DATANG DAN MENJAMU SELERA MASAKAN KAMPUNG( SIANG) MASAKAN MAKANAN LAUT (MALAM) buatlah kerja macam seratus tahun lagi nak hidup(juga niat ibadah), ibadah khusus macam sekejap lagi akan mati. (asas dlm solat jangan tinggal berdosa!!!!!)
LCD Text Generator at TextSpace.net

Monday 31 October 2011

Kerabu daun selom dengan bunga kantan.


Bahan bahan:

Daun selom
4 sudu besar udang kering
1/2 cawan kelapa parut
5 ulas bawang merah
1 labu bawang besar
1/2 inci halia.
2 kuntum bunga kantan
1 batang serai
10 biji cili api(kalau tak mau pedas boleh kurangkan)
1 biji limau nipis
Garam dan gula secukup rasa.

Cara cara


Hiris daun selom dan ketepikan, kisarkan kesesemua bahan bahan dia
,kecuali bunga kantan bawang besar dan buah limau ..kemudian gaulkan bahan kisar tadi dengan daun selom,masukkan garam,gula, perahan buah limau,hirisan bunga kantan dan bawang besar

Jenis Kanser

1. Kanser pangkal rahim - Sebarang lelehan atau pendarahan yg luarbiasa,
sakit selepas bersenggama dan turun berat badan.

2. Kanser payudara - Bengkak atau gumpalan di buah dada, keluar cairanberdarah dari puting, pembesaran kelenjar di ketiak, kedutan pada kulit dibuah dada.

3. Kanser usus besar - Perubahan tabiat membuang air, hilang berat badan,sakit dalam perut dan usus, berlaku pendarahan semasa membuang air.
4. Kanser paru-paru - Batuk kuat berterusan, batuk berdarah, nafastermengah-mengah, sakit dada dan hilang berat badan.
5. Kanser perut - Hilang berat badan, muntah berdarah, sistem pencernaanyg tidak teratur, cepat kenyang walaupun makan sedikit.
6. Kanser limpa - Sakit di bahagian abdomen, hilang selera makan, turunberat badan, kulit dan mata menjadi kuning dan bahagian abdomen membengkak.
7. Kanser ovari - Haid tidak teratur, tumbuhan keras di bahagian abdomen,sakit semasa bersenggama, ketumbuhan bulu rambut yg melampau, suara menjadilebih mendalam.
8. Kanser otak - Sakit kepala, muntah-muntah, gangguan penglihatan, lemahatau lumpuh, pening / pitam, pelupa, perubahan personaliti.

9 Kanser darah (Leukimia) - Letih, pucat, mudah lebam dan mudah mendapat jangkitan (infection).

10 Kanser tekak - Suara garau / serak, ada ketumbuhan di tekak, sukarmenelan dan kelenjar membengkak di leher.

10 PENYEBAB UTAMA KANSER

10 PENYEBAB UTAMA KANSER

1. Makanan
2. Alkohol
3. Sinaran cahaya matahari
4. Pengambilan ubat
5. Perokok yang tidak aktif
6. Tembakau
7. Radiasi
8. Pekerjaan
9. Pencemaran air dan udara
10. Keturunan

6 perkara yg ditakuti

Uthman bin Affan berkata :
Serang mukmin seharusnya takut kepada 6 perkara :
1- Takut kepada Allah SWT, jangan-jangan Allah SWT mencabut iman semasa nazak.
2- Takut kepada Malikat Pencatit Amal, jangan-jangan mereka menulis amal kita dengan catatan yang sangat memalukan. Jika diumumkan pada hari Kiamat nanti.
3- Takut kepada syaitan, jangan-jangan para syaitan itu berjaya merosakkan amal yang kita kerjakan.
4- Takut kepada Malikat Izraeil , jangan-jangan ia mencabut nyawa kita ketika lupa kepada Allah SWT.
5- Takut kepada dunia, jangan-jangan dunia itu membuat kita terlena sehingga kita lupa urusan Akhirat.
6- Takut kepada keluarga sendiri, jangan-jangan mereka telah menyibukkan kita untuk memenuhi urusan mereka sehingga kita melupakan Ketaatan kepada Allah SWT.

Sunday 30 October 2011

Doa Menghindari Sihir Dan Ilmu Hitam

Kelebihan Dan Sejarah Ayat 1000 Dinar

ayat kursi-fhazilatnya

RAHSIA PENYAKIT MELALUI JARI ANDA


Asas 5 jari

Jari telunjuk : usus
Jari tengah : Jantung
Jari Manis : Imuniti
Jari kelingking : Rahim/Tulang Belakang


Cuba anda lihat pada ruas jari2 anda...Kalau ruas jari kehitaman tu maknanya
badan kita ni penuh dengan racun dan toksik.perkara tersebut boleh
menyebabkan badan kita dijangkiti sembelit.

Seterusnya, kalau kita sebagai seorang wanita, cara untuk tengok system
dalaman perempuan kita pulak, adalah dengan melihat pada jari kelingking
kita.kalau jari kita meruncing atau bengkok, maknanya haid tak teratur,
keputihan, senggugut, dan berkemungkinan rahim kita jatuh.

Kalau tapak tangan berbintik maknanya masalah angin.cube cek tapak tgn
masing2, kalau yang suka marah2 tu mungkin angin dalam badan banyak.sebab
itulah selalu rasa nak marah dan naik angin aje.

Selain itu, pernah tak sahabat2 mengalami masalah tapak tangan berpeluh atau
lembab ke? jika ya, itu tandanya badan kita mudah diserang sel2 kanser.

Jika perut ibu jari berwarna biru kehijauan maknanya seseorang itu mengalami
masalah resdung, alergi, dan penyakit paru2.sekiranya, perut ibu jari ada
urat hijau kebiruan maknanya anda seorang pengidap gastric.

Selain itu, urat biru /hijau pada pergelangan tangan, tapak tangan,
sepanjang jari dan betis kaki maknanya seseorang itu mengidapi stress atau
tekanan dalam kehidupan sehariannya.

Seterusnya,ini saya kira yang paling menarik untuk kita tengok sekiranya
kita sebagai seorang wanita. cuba sahabat2 tengok pada kuku setiap jari
anda..jika terdapat bulan sabit berwarna putih di setiap jari anda bermakna
anda mengalami hormon yang tidak seimbang.

Tapi berlainan pulak sekiranya anda mempunyai bulan sabit yang berwarna
putih itu hanya pada ibu jari sahaja, itu menandakan anda seorang yang
sihat..insya allah...

Ramai manusia yang mengorbankan kesihatan pada satu ketika untuk mendapatkan wang ringgit, tetapi akhirnya terpaksa mengorbankan wang ringgit untuk mendapatkan kembali kesihatan yang hilang..

Wallahua'lam..

wahai suami/bapa!!!

bila seorang suami dan bapa tak didik isteri dan anak tentang agama islam dan hukum islam, maka dia telah pecah amanah, maka akan menjawablah dia di hari kiamat kelak kepada Allah atas segala kesalahan dan dosa yang dilakukan anak beranak itu.. Sanggup ke nak tanggung dosa isteri dan anak oleh sebab tak ajar mereka hukum agama? Masih nak biar mereka tak tutup aurat, tak solat, tak ikut cara hidup islam?

kuku mesti pendik kerja kat restoran

Hari Sabtu: keluar dari tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit
Hari Ahad: Keluar kekayaan masuk kemiskinan
Hari Isnin: keluar daripadanya gila dan masuk sihat
Hari selasa: keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit
Hari Rabu: keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan
Hari Khamis: keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit
Hari Jumaat: keluar daripadanya dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala

jadi, kerat kuku bukan sebarang kerat tapi ada kaedahnya. walaupun hanya kuku tapi adalah sebahagian daripada badan kita yang perlu kita hormati. misalnya kerat kuku ada adabnya selain mengikut hari, kita juga perlu buang kuku itu pada tempat yang tidak kotor, sebagaimana yang diajar..seeloknya kita membuang ke tanah kerana kita juga berunsur tanah. bukannya tong sampah sekali pun tong sampah itu bersih

bertudung


semasa ber'couple = x bertudung,
semasa akad nikah = bertudung
semasa bersanding = x bertudung
semasa Solat = bertudung
semasa bercerai (naik mahkamah) = bertudung spec mata hitam(wajib dah,maklum la malu,)
selepas bercerai = tak bertudung
semasa lahir = tidak bertudung
semasa masuk kubur = bertudung

tahukah kita?

Doa duduk antara Sujud yang kita selalu baca laju2..
tahukah maksudnya??
Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)
Warhamni (sayangi aku)
Wajburnii (Tutuplah aib-aibku)
Warfa’nii (Angkatlah darjatku)
Warzuqnii (Berilah aku rezeki)
Wahdinii (Berilah aku petunjuk)
Wa’Aafinii (Sihatkan aku)
Wa’fuannii (Maafkan aku)

Saturday 29 October 2011

Sotong Bakar Berkuah

Bahan-bahan:

350 gm sotong segar
1 batang serai - dikisar
1 cm halia - dikisar
16 biji gajus - digoreng kering
3 tangkai cili kering - digoreng dan digunting kasar
2 ulas bawang putih - dikisar
5 ulas bawang merah - dikisar
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya
1/4 cawan sos tomato
Sedikit minyak untuk menumis

Cara Menyediakan Kuah:

1. Gaul serai dan halia. Asingkan 1 sudu besar campuran tersebut dan ketepikan.

2. Panaskan minyak untuk menumis. Tumis bahan kisar termasuklah 1 sudu besar serai dan halia yang diasingkan tadi.

3. Masukkan sos tomato, air, garam dan gula. Biarkan sampai kuah agak pekat.

4. Masukkan gajus dan cili kering yang digunting kasar. Kacau dan angkat.

Cara Menyediakan Sotong Bakar:

1. Gaul sotong dengan perahan lebihan serai, halia dan garam.

2. Perap selama 20 minit. Panaskan kuali leper yang disapu sedikit minyak. Bakar sotong hingga masak sambil dialih-alihkan agar sotong masak rata. Setelah masak, letakkan sotong di dalam pinggan dan tuangkan kuahnya. Hidangkan.

Resepi Sup Ekor Special


Bahan-Bahan:
1 kg ekor lembu
2 sudu makan rempah sup
2 cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
5 labu bawang besar (dikisar)
5 ulas bawang putih (dikisar)
2 cm halia (dikisar)
2 helai daun pandan
2 biji kentang (dibelah 4)
1 btg carrot (dibelah 4)
3 biji tomato (dibelah 2)
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Air secukupnya

Cara Menyediakan:
1. Panaskan minyak, tumis kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih & buah pelaga hingga naik bau.
2. Masukkan bawang besar, bawang putih, halia & rempah sup sehingga beraroma. Masukkan air diikuti ekor lembu. Rebus sampai empuk.
3. Setelah ekor lembu agak empuk, masukkan kentang, carrot dan tomato sehingga masak.
4. Masukkan garam & serbuk perasa jika mahu.

Friday 28 October 2011

MASA YANG SESUAI UNTUK MINUM AIR.


Minum dua gelas air masak - SELEPAS BANGUN TIDUR. Ianya membantu mengaktifkan organ dalaman.

Minum segelas air masak - 30 MINIT SEBELUM MAKAN. Ianya membantu penghadaman dan membuatkan perut lebih bersedia memberi ruang untuk kemasukan makanan.

Minum segelas air masak - SEBELUM MANDI. Ianya membantu pengaliran darah dan mengurangkan tekanan darah.

Minum segelas air masak - SEBELUM TIDUR. Ianya dapat mengelakkan terkena strok dan serangan jantung ketika tidu

minuman mau ada rasa

awas!! tahun depan cukai perkhidmatan

Durian Belanda Goreng


Bahan-bahan ( hidangan sekeluarga )

1/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung beras
1/4 cawan tepung jagung
sedikit serbuk kunyit dan garam
air untuk membancuh
sebiji durian belanda muda sederhana besar (potong kiub)
minyak utk menggoreng

Cara-cara
Campurkan semua bahan di atas mengikut turutan (kecuali durian belanda). Kacau sebati. Bancuhan tepung menggoreng janganlah terlalu cair.
Celupkan potongan durian belanda ke campuran tepung rata-rata.
Goreng dalam minyak sederhana panas, hingga kekuningan. Angkat dan hidang.
* Setelah digoreng, durian belanda akan lembut,

Wednesday 26 October 2011

ur motivate

peta hidup

Cara Mengenali Perniagaan Yang Menggunakan Pelaris-


Cara mudahnya nak tahu kedai itu ada pelaris (Khadam jin), baca Ayat Qursi 3kali di luar dari kedai. Sebaiknya semasa dalam kereta. Kemudian buka tingkap dan tiup 7x ke arah kedai. Tak perlulah tiup macam bomoh pooh kiri pooh kanan.he..he.. Tiup perlahan-lahan sampai habis nafas(mcm ustaz Ismail Kamus ajar)

Sekiranya ada pelaris di kedai tersebut, “khadam” tu akan marah dan kita akan rasa seperti satu angin menerpa ke muka kita. Kalau dah macam tu, eloklah kita jangan makan dikedai tersebut.

Beberapa cara di bawah bolehlah diamalkan untuk mengelak sihir :-

1) Al-Fatihah.

2) Membaca tiga surah terakhir atau 3 Qul setiap hari.

Ia berdasarkan hadith :

قال لي رسول الله صلى الله عليه وسلم : إقراء قل هو الله أحد , والمعوذتين , حين تمسي و حين تصبح , ثلاث مرات تكفيك من كل شيء ( رواه أبو داود والترمذي )

Ertinya : Baginda S.A.W telah berkata kepadaku : “Bacalah Qul Huwa Allahu Ahad” (al-ikhlas) dan (surah an-Nas) dan (surah al-falaq) sebanyak 3 kali ketika pagi dan petang, ia mampu mencukupkan kamu dari segala sesuatu.( At-Tirmidzi, Bab Doa yang disebut Ketika Ingin Tidur, no 3570 ; Sunan Abu Daud, Bab Apa Yang Dibaca Ketika Subuh, no 5072 ( Nuzhatul Muttaqin, no 1457 , 2/229 ) At-Tirmidzi : Hasan Sohih, An-Nawawi : Sohih.

Tuesday 18 October 2011

Sambal Jering Rebus Berkentang


Bahan-bahan ( 1 keluarga )

7-8 biji jering rebus
3 biji kentang
1 genggam ikan bilis halus
7-9 biji cili merah + cili hijau (jika ingin lebih pedas boleh tambah cili padi)
3 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
Garam & gula secukup rasa

Cara-cara

Jering diketuk dan digoreng sebentar, kentang dipotong baji dan digoreng, ikan bilis juga digoreng terlebih dahulu
Kisar kasar cili dan bawang, jika ditumbuk atau digiling rasanya lebih enak
Tumis bahan kisar sehingga garing dan masukkan jering, kentang dan ikan bilis
Perasakan dengan garam dan gula, sedia dihidang
Boleh juga dijadikan lauk untuk dimakan bersama bubur air apabila tiada selera untuk makan nasi

Kerabu salom


Bahan-bahan ( 4~6 orang makan )

* 1 labu bawang besar / 3 ulas bawang merah
* 2 ulas bawang putih
* 2 inch cekur
* sedikit belacan (dibakar sekejap)
* 6 biji cili padi (boleh + jika mahu pedas)
* sedikit bilis
100 gram kelapa parut
secubit garam/gula
seikat daun salom

Cara-cara

Bawang-bilis
Satukan kesemua bahan * dan diblend kering / tumbuk lumat
Masukkan no.1 kedalam kelapa parut dan digaul rata.Perasakan ngan secubit garam dan gula
Goreng tanpa minyak dengan api perlahan sehingga semua sebati n kelapa agak kering.Kacau slalu untuk mengelakkan sambal menjadi hangit.
Kelapa_goreng
Sambal kelapa yang siap, boleh diisi ke dalam bekas.Ketepikan.
Potong daun salom.Masukkan sambal yang telah siap tadi.gaul sebati dan sedia dihidang bersama nasi putih n lauk pauk yang lain.

Jeruk Maman

Bahan-bahan ( 4-5 org makan )

1 ikat sayur maman (bole didapati di pasar mlm kat peniaga sayur kampung) Tak kenal? Silakan image search rupa dia..
Sedikit garam
Air mendidih

Cara-cara

Petik pucuk maman pakai tgn. Mcm petik pucuk paku jugak. Agak-agak dah liat tayah ambil lagi.
Cuci bersih-bersih. Sebab mungkin banyak pasir. Bilas beberapa kali. Tos kering.
Masak air hingga mendidih. Dalam periuk boleh, pakai cerek pun boleh.
Sayur maman yg bersih tadi masukkan dalam besen/mangkuk yg tahan panas. Tabur garam (1 sudu besar). Tuang air panas mendidih tadi smpai tenggelam semua sayur. Tutup besen dengan tutup periuk/apa-apa tutup jgn kasi stim keluar.
Lepas 1-2 jam sayur tadi dah sejuk dan layu. Kaut sayur tadi masuk dlm tupperware. Masukkan air sekali setakat basah.. yg lebih tu buang je. Rasakan garam pada air jeruk tu ok ke tak. kalo tak cukup masin tambah sikit lagi sesuai tekak masing-masing.
Dah bole dimakan dan disimpan dlm peti sejuk. Saya tak tambah asam sbb sayur tu akan masam sendiri.. tapi ada juga yg tambah asam keping, boleh juga. Bole titikkan cili api 3-4 biji dlm bekas yg sama. Sedap sebagai ulam, atau digulai dengan ikan.

Masak lemak umbut kelapa/ kelapa sawit


Bahan-bahan ( 5-6 orang )

500 gm umbut kelapa/ kelapa sawit di bersihkan & di potong2.
1/4 cwn ikan bilis * @ ikut selera
2 ulas bwg putih *
3 @ 4 ulas bwg merah*
2 sb ketumbar biji *
1 inci kunyit *
santan dr 1 biji kelapa
secukup minyak masak utk menumis
air secukupnya
garam secukup rasa

Cara-cara

Tumbuk bahan bertanda* dgn sedikit garam.
Panaskan minyak di dlm periuk @ kuali. Bila minyak tlh panas, tumis bahan2 tumbuk tadi sehingga naik bau.
Masukkan umbut ke dalam periuk atau kuali tadi , tambahkan air & masakkan umbut sehingga empuk.
Bila umbut telah empuk, masukkan santan pekat & secukup air (jika perlu). Masak sehingga kuah mendidih ( pastikan jgn sampai pecah santan). Perasakan masinnya.
Siap utk di hidang bersama nasi panas.
**Blh juga di tambah udang @ ayam ke dalamnya.
** Kalau suka pedas, blh juga di tambah cili.