SELAMAT DATANG MENJAMU SELERA

SELAMAT DATANG DAN MENJAMU SELERA MASAKAN KAMPUNG( SIANG) MASAKAN MAKANAN LAUT (MALAM) buatlah kerja macam seratus tahun lagi nak hidup(juga niat ibadah), ibadah khusus macam sekejap lagi akan mati. (asas dlm solat jangan tinggal berdosa!!!!!)
LCD Text Generator at TextSpace.net

Friday 27 April 2012

cekur udang

sotong bakar

goreng daging sayur

nasi lemak ikan masin

capati kari daging salad

sarapan pagi

cuci mulut

cuci mulut

sayap ayam bakar

ulam tepus

pokok tomato blkg rumah

pokok cili purple

nasi goreng cina

nice deco

ayam bakar

ketam salad berempah

telapia tiga rasa

sambal ketam

ikan cencaru goreng berlada

Thursday 26 April 2012

Pembuka Selera Sup Labu Bebola Ayam Bahan-bahan untuk bebola ayam: 200 gm daging ayam - dikisar 50 gm bawang merah 25 gm bawang putih 20 gm cili merah - dimayang 10 gm daun bawang - dimayang 50 gm tepung jagung 30 ml minyak sayuran 10 gm gula Sedikit stok ayam untuk merebus bebola Bahan-bahan untuk sup: 1 liter stok ayam 300 ml santan 300 ml krim 5 gm daun ketumbar 2 keping daun salam 250 gm labu - dipotong dadu Sedikit cili merah - dimayang halus Garam secukup rasa Serbuk lada sulah secukup rasa Cara menyediakan bebola ayam: 1. Campurkan kesemua bahan dan kisar halus. 2. Bentukkan seperti bola-bola kecil. 3. Rebuskan bebola ayam ini di dalam air rebusan stok ayam. 4. Apabila ia timbul, bolehlah diangkat. 5. Tuskan bebola ini. Ketepikan.
Cara menyediakan sup: 1. Campurkan kesemua bahan dan masak di atas api sehingga ia mendidih. 2. Angkat sup ini dan biarkan ia sejuk. 3. Apabila sudah sejuk, kisarlah sup ini. 4. Bolehlah tuangkan sup ini di atas bebola ayam. 5. Hidangkan bersama roti. Tauhu Goreng Sos Tomato Bahan-bahan: 4 keping tauhu basah 6 ulas bawang merah - dimayang 3 sudu besar cili kisar 4 sudu besar sos tomato 2 tangkai daun ketumbar 2 tangkai daun bawang Garam secukup rasa Gula secukup rasa Sedikit minyak masak
Cara menyediakan: 1. Mula-mula, goreng tauhu sehingga kekuningan. Angkat dan tuskan. 2. Di dalam kuali yang sama, kurangkan sedikit minyak menggoreng tadi. 3. Tumis bawang merah dan cili kisar. 4. Apabila naik bau, masukkan sos tomato. 5. Kacau rata. 6. Masukkan tauhu, garam dan gula. 7. Apabila kuah mulai pekat, taburkan daun ketumbar dan daun bawang. 8. Bolehlah diangkat dan hidangkan bersama nasi. Taucu Bilis Lemak Bahan-bahan: Segenggam ikan bilis 7 tangkai cili hijau - dihiris 2 labu bawang besar - dihiris 4 ulas bawang putih - dihiris 2 keping asam gelugur 1 cawan santan 2 sm halia - jika suka 2 sudu besar taucu Gula secukup rasa
Cara menyediakan: 1. Tumis bawang besar, bawang putih, cili hijau dan halia hingga layu. 2. Tuangkan taucu dan santan. 3. Masukkan ikan bilis dan asam gelugur. 4. Masukkan juga, gula. Kacau rata. 5. Apabila ikan bilis masak, bolehlah diangkat. 6. Hidangkan bersama nasi. Sambal Udang Kering
Bahan-bahan: 300 gm udang kering 35 tangkai cili kering - dikisar 6 ulas bawang merah - dikisar 6 batang serai - dikisar 1/2 inci kunyit hidup - dikisar 2 sudu asam jawa - diambil jusnya 1 sudu kecil gula 1/2 sudu kecil serbuk perasa 1/4 cawan air 8 ulas bawang merah - dihiris dan digoreng garing 5 sudu besar minyak Cara menyediakan: 1. Rendamkan udang kering selama sejam. 2. Bersihkan, tus dan keringkan. 3. Kisar udang kering ini sehingga halus. 4. Panaskan minyak di dalam kuali. 5. Tumis bahan kisar sehingga naik bau. 6. Masukkan udang kering yang telah dikisar halus tadi. 7. Masukkan juga air asam jawa, gula dan serbuk perasa. 8. Goreng sehingga bahan-bahan ini kering. 9. Angkat. Apabila sejuk, tambahkan bawang goreng. 10. Boleh dihidangkan atau simpan di dalam bekas kedap udara.

Saturday 21 April 2012

resepi sotong masak kicap

Bahan-bahan : 5 ekor sotong putih 3 ulas bawang putih - ditumbuk 1/2 labu bawang besar - dihiris Serai - dititik Sedikit lada hitam Sedikit cili padi - diketuk Kicap Air Garam - jika perlu Halia - ditumbuk Tomato ceri Carrot - dihiris Lada merah - dihiris Caranya : Tumis bahan tumbuk, serai, lada hitam dan cili padi. Masukkan air dan kicap. Masukkan sayur-sayuran dan bawang besar. Masukkan sotong. Sesuaikan rasa dengan garam ( jika perlu ).

resepi ayam kukus

n-bahan : 4 ketul ayam 1 inci halia - ditumbuk Sedikit lada hitam - ditumbuk 2 batang serai - dititik 6 ulas bawang merah - ditumbuk Sedikit jus lemon Garam Air Kicap Carrot - dihiris Tomato - dibelah Caranya : Perap ayam dengan bahan tumbuk, serai, lemon, kicap dan garam. Masukkan sedikit air. Kukus ayam hingga hampir masak. Masukkan carrot dan tomato. Kukus hingga ayam masak.

resepi salad telur

Bahan-bahan : Telur - rebus, belah dua Salad Timun dan tomato - hiris nipis Sos cili / tomato Mayonis Caranya : Susun salad, timun, tomato dan telur. Tuangkan sos dan mayonis.

resepi tapai pulut

Bahan-bahan : 1 kg beras pulut 1/2 biji ragi - tumbuk halus dan diayak Daun pisang untuk membalut Caranya : Masak / kukus pulut. Sukatan pulut sama dengan sukatan air. Masukkan pulut ke dalam dulang. Ratakan dan biar betul-betul sejuk. Ayakkan ragi di permukaan pulut. Terbalikkan pulut. Ayakkan lagi ragi. Balut pulut dengan daun pisang. Simpan dan peram ditempat sejuk ( dalam tong beras etc ) selama 2 hari.

resepi masak lemak telur masin

Bahan-bahan : 3 biji telur masin Santan Serai - dititik 1/2 labu bawang besar - ditumbuk 2 ulas bawang putih 2 biji cili besar - ditumbuk cili padi - ikut tahap kepedasan serbuk kunyit garam Caranya : Masukkan bahan tumbuk, serai, serbuk kunyit dan sedikit air ke dalam kuali. Setelah mendidih, perlahankan api dan pecahkan telur satu per satu. Setelah telur mula mengeras, masukkan santan. Sesuaikan rasa dengan garam dan siap :)

resepi sate

Bahan-bahan : Daging ayam / daging *bahan-bahan di bawah ikut kuantiti daging *kisar halus semua bahan Serai Kunyit Bawang besar Halia Lengkuas Jintan manis - disangrai dulu Jintan putih - disangrai dulu Ketumbar - disangrai dulu Garam Gula Caranya : Perapkan semua bahan di atas dengan daging. Biar semalaman. Cucuk daging pada lidi sate. Bakar. Semasa membakar, sapukan minyak kuah sate ke atas daging.

resepi masak lemak ikan kembung

Bahan-bahan : Ikan kembung Bawang merah - ditumbuk Bawang putih - ditumbuk Lengkuas - ditumbuk Kunyit - ditumbuk Asam keping Santan Caranya : Masukkan bahan tumbuk ke dalam kuali berisi sedikit air. Masukkan asam keping. Masukkan santan. Tunggu santan mendidih dan kuah menjadi agak pekat.. Masukkan ikan. Sesuaikan rasa dengan garam.

resepi sup ekor

han-bahannya : 500 gm ekor 2 ulas bawang putih 4 ulas bawang merah Sedikit ketumbar - tumbuk kasar Daun ketumbar Celeri Bawang goreng secukupnya Garam Air Minyak untuk menumis 1 inci halia 1/2 sudu lada hitam - tumbuk kasar 4 biji cili padi - ketuk Sedikit perahan lemon / limau Cendawan tiram memasaknyanya : Tumis bawang, halia hingga wangi. Masukkankan ketumbar tumbuk. Masukkan ekor. Kecilkan api, biar ekor seketika. Masukkan sedikit air. Biarkan air mendidih dan tersejat sedikit. Masukkan air secukupnya. Rebus sehingga ekor lembut. Jika air mengering, tambah lagi air secukupnya. Masukkan lada putih yang telah ditumbuk kasar. MAsukkan cili padi -- jika hendak pedas. Setelah ekor empuk, masukkan garam secukupnya. MAsukkan celeri dan cendawan tiram. Perahkan sedikit lemon / limau. Tutup api. Taburkan sedikit daun ketumbar dan bawang goreng.