SELAMAT DATANG MENJAMU SELERA

SELAMAT DATANG DAN MENJAMU SELERA MASAKAN KAMPUNG( SIANG) MASAKAN MAKANAN LAUT (MALAM) buatlah kerja macam seratus tahun lagi nak hidup(juga niat ibadah), ibadah khusus macam sekejap lagi akan mati. (asas dlm solat jangan tinggal berdosa!!!!!)
LCD Text Generator at TextSpace.net

Saturday 20 July 2013

sujud sajdah


Ayam Tandoori

Bahan-bahan:
1 ekor ayam dipotong 8
3 ulas bawang putih ditumbuk
2 sudu makan rempah masala
1 cawan yogurt
1/2 cawan air
2 sudu makan minyak sapi
2 inci halia
Garam secukup rasa
1/2 sudu teh pewarna merah
1/2 lemon

Cara menyediakan:
1. Satukan bahan-bahan dan gaul sehingga sebati
2. Gaul ayam dan perap sekurang-kurang 4 jam
3. panggang ayam di dalam ketuhar dengan suhu 200 celsius selama lebih kurang 60 minit
4. Balik-balikkan ayam dengan sapu minyak sapi semasa membalikkan ayam sehingga masak

kenangan dipermulaan perjuangan


solat


doa tawadhu n tak sombong


doa tabahkan hati


Friday 19 July 2013

doa utk migrain sakit kepala


RESIPI STEW AYAM -

BAHAN-BAHAN :
✔ 1 ekor ayam-dipotong 12
✔ 6 biji bawang besar
✔ 1 labu bawang putih
✔ 8 biji ubi kentang
✔ 2 biji karot
✔ 2-3 cawan air
✔ 1 biji kiub ayam
✔ 2 sudu besar tepung jagung
✔ 3 sudu besar serbuk BISTO
✔ Garam n serbuk lada hitam secukup rasa

* Serbuk BISTO ini berwarna coklat macam serbuk brown sos rupanya tapi rasa lain sikit. Bisto hanya boleh dibeli di Cold Storage (TESCO pun ada jual) , kalau tak ada serbuk bisto tak sedap la stew ayam ini .

CARA MEMASAK :
✔ Bersihkan ayam dan gaul dengan sediki garam kemudian goreng ayam sampai kekuningan.

✔ Kupas semua bawang dan di mayang nipis-nipis , semua ubi kentang juga di kupas kulit dan dipotong kecil-kecil , kikis kulit carrot dan dipotong menyerong tebal-tebal.

✔ Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bawang , biarkan bawang ini masak dan menjadi kekuningan . Terus masukkan semua air dan ubi kentang serta carrot kemudian kacau , biarkan kuah mendidih dan sampai ubi kentang menjadi empuk.

✔ Masukkan kiub ayam , lada hitam dan semua ayam yang telah di goreng tadi. Bancuh serbuk BISTO dengan sedikit air , kemudian tuang ke dalam stew tadi kacau semua bahan.
✔ Bancuh pula tepung jagung dengan sedikit air dan tuang ke dalam stew serta kacau stew supaya semua bahan menjadi sekata.
✔ Kuah stew akan menjadi pekat dan rasa garam jika kurang masin tambah la garam lagi.
✔ Biar kuah mendidih selama 3-5 minit lagi dan boleh la ditutup api dapur.

✔ Kuah stew yang tengah mendidih , saya masukkan dahulu ubi kentang dan carrot supaya menjadi empuk , last sekali baru la saya masukkan ayam. Kemudian saya akan kacau semua bahan supaya menjadi sama rata , saya biarkan stew ini mendidih untuk 5 minit lagi sebelum saya tutup api dapur.

Okey, selamat mencuba

Resipi ini telah disalin disini...
resepinannie.blogspot.com

resepiMAKANAN @ Rahsia Perkahwinan

DOA Ringkas Selepas SOLAT.wmv

doa ketika kesulitan


bebanan yang perlu ditempuhi

untung banyak pun mahu naikkan lagi nak cari lain tiada option,monopoli business dlm kehidupan kita.Takrif dah le berganda dlm cajnya naikkan lagi,berganda2 le naiknya sabar je le
utk bayar bil saja terpaksa berniaga utk beberapa hari,dimana mesra niaga oleh kerajaan
bil air monopoli berapa takrif,berapa kenaikan terpaksa bayar tiada pilihan
ini semua keperluan sepatutnya disedia oleh pemerintah
 

Thursday 18 July 2013

perempuan baik utk lelaki baik

mati/hidup jodoh itu ketentuan Allah

Kebaikan Solat dari Perspektif Sains

Kebaikan Solat dari Perspektif Sains



Kebaikan Solat dari Perspektif Sains


Jasad manusia terdiri daripada komponen fizikal dan mental. Operasi fizikal jasad manusia diuruskan oleh bahagian mental. Tatacara pengurusan ini merupakan manifestasi daripada tindakan dan kelakuan otak manusia itu sendiri, sama ada dalam bentuk mekanikal, kimia, atau elektrik.

Kesihatan seseorang manusia pula bergantung kepada kesihatan fizikal dan mentalnya. Manusia yang sihat fizikal dan mental akan dapat melaksanakan tugas hariannya dengan sempurna. Malahan, mereka juga dapat memainkan peranannya sebagai warga dunia secara lebih efektif. Ada banyak kegiatan berkala harian yang boleh dilakukan untuk menjamin kesihatan seseorang agar berada pada tahap yang sempurna.

Dalam agama Islam, sembahyang atau solat adalah tiang agama dan merupakan ibadat wajib yang perlu dilakukan pada masa, keadaan, serta mengikut tertibnya. Solat wajib merupakan satu kegiatan rutin harian orang Islam yang mesti dilakukan secara berkala, lima kali sehari semalam. Di samping itu, ada solat-solat tambahan yang digalakkan untuk orang-orang Islam melakukannya pada bila-bila masa mahupun pada masa-masa tertentu.

“Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu daripada al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah daripada perbuatan yang keji dan mungkar”
Al-Ankabut 29 : 45

“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk”
Al-Baqarah 2 : 45

“Dan dari mana sahaja engkau keluar (untuk mengerjakan sembahyang), maka hadapkanlah mukamu ke arah masjid Al-Haraam (Kaabah); dan sesungguhnya perintah berkiblat ke Kaabah itu adalah benar dari Tuhanmu. Dan (ingatlah),

Allah tidak sekali-kali lalai akan segala apa yang kamu lakukan ”
Al-Baqarah 2 : 149

Orang yang tekun menunaikan solat, akan merasakan kebahagiaan yang hakiki, walaupun tidak memiliki harta yang banyak. Kebahagiaan yang memancar daripada ibadah solat, melangkaui batas harta yang sukar dihurai dengan kata-kata (Misbah Em Majidy (2009). Menyukat Solat Diri. Petaling Jaya : Kemilau Publika Sdn. Bhd., h. 29)

Menurut kajian Professor Fatimah Fatimah Ibrahim, Wan Abu Bakar Wan Abas dan Ng Siew Cheok, tabiat lazim sempurna yang patut diamalkan dalam solat selain menyempurnakan solat lima waktu sehari semalam ialah berusaha memahami sepenuhnya makna bacaan di dalam solat, menunaikan solat secara berjemaah, memastikan kedudukan tulang belakang yang lurus ketika rukuk (rukuk 90 darjah) dan membengkokkan jari kaki ketika sujud dan duduk tahiyat.

Jika seseorang dapat mengamalkan lima atau empat tabiat lazim tersebut, mereka akan mempunyai tahap kesihatan yang terbaik dan melepasi aras optimum sihat. Malah tubuh badan juga akan menjadi lebih sihat, bertenaga serta daya ketahanan badan menjadi tinggi dan mantap serta dapat menghindarkan mereka daripada dijangkiti pelbagai penyakit fizikal dan mental.

khasiat kopi

Apa 9 Kebaikan Kopi Untuk Kesihatan Tubuh Anda?

9 kebaikan kopi untuk anda, isteri, anak-anak, sahabat dan semua manusia. Kopi bukan sahaja membawa keburukan, ada juga kebaikan kopi untuk kesihatan tubuh anda. sama-sama kita hayati :
kopi sihat seks

1. Mengurangkan risiko penyakit diabetes jenis 2


Pengambilan minuman kopi akan membawa kepada risiko yang lebih rendah penyakit kencing manis Jenis 2. Satu kajian telah mendapati bahawa dengan pengambil kopi yang lebih, semakin ia mengurangkan peluang anda terkena diabetes Jenis 2.

2. Mengurangkan risiko terkena penyakit Parkinson


Pengambilan kopi yang lebih akan menyebabkan anda kurang risiko mendapat penyakit Parkinson. Kajian tentang perbandingan peminum kopi tegar dan bukan peminum kopi, peminum kopi kurang risiko mendapat Parkinson dan oleh itu jika anda minum kopi secawan sehari, anda boleh mengurangkan risiko penyakit Parkinson hampir 25%.

3. Mengurangkan risiko penyakit Alzheimer dan demensia


Satu kajian menunjukkan bahawa bahan antioksidan dalam kopi apabila digabungkan dengan kafein (GCSF) ia dapat menghalang penyakit Alzheimer. 4-5 cawan kopi setiap hari boleh mengurangkan risiko demensia dan Alzheimer juga.

4.Meningkatkan kemahiran kognitif


Kopi boleh meningkatkan kemahiran kognitif anda juga. Ia membantu anda untuk mudah mengingati perkara-perkara yang dipelajari. Dalam erti kata yang mudah, memori jangka pendek anda bertambah baik.

5. Mencegah kemungkinan masalah jantung


Minum kopi secara tetap, seperti 2-3 cawan sehari, boleh mengurangkan risiko anda dimasukkan ke hospital kerana masalah jantung. Ini termasuk strok dan gangguan rentak jantung, yang merupakan satu faktor yang boleh membawa kepada strok dan serangan jantung.

6.Mengurangkan risiko kanser

Kemungkinan mendapat penyakit kanser juga boleh dikurangkan oleh jumlah kopi yang anda minum. Kopi menghalang risiko kanser mulut, esophageal dan pharyngeal dan untuk tahap tertentu, serta kanser prostat.

7. Mencegah sembelit

Kopi juga boleh mengelakkan sembelit kerana ia merangsang peristalsis, yang seterusnya merangsang kolon. Ini membawa kepada pergerakan usus yang lancar, sekali gus mencegah sembelit.

8. Boleh mengurangkan risiko kemurungan di kalangan wanita

Kafein dalam kopi mengeluarkan pemancar mood dan menjejaskan otak. Ini mengurangkan risiko kemurungan di kalangan wanita.

9. Punca sakit otot kurang

Jika anda ingin membantu merehatkan otot anda dan lari dari kesakitan yang selepas senaman, kopi adalah jawapan untuk anda. Minum kopi sebelum latihan anda boleh membantu anda mengurangkan kesakitan otot.

jantung anda

Kenali Hypertensi Arteri Pulmonari

Jantung adalah seketul organ di dalam tubuh badan manusia di mana fungsinya adalah untuk mengepam darah yang beroksigen ke seluruh tubuh badan manusia dan juga mengepam darah yang kurang oksigen ke paru- paru.

Arteri Pulmonari pula ialah injap salur darah utama yang keluar dari jantung sebelah kanan.Jantung sebelah kanan akan  mengepam darah yang kurang oksigen ke paru- paru untuk menyerap oksigen. 
Jantung sebelah kiri pula akan bertugas untuk mengepam darah yang beroksigen ke seluruh anggota badan pula. Kitaran ini akan terus berlaku selagimana manusia hidup secara sihat.
Apabila salur darah arteri pulmonari menjadi sempit, sudah pasti ia tidak boleh menyalurkan darah dengan banyak. Ini akan sebabkan tekanan di dalam saluran ini meningkat. Proses ini disebut sebagai Hypertensi Arteri Pulmonari. Walaupun salur darah yang sempit menghalang banyak darah ke paru- paru, badan kita masih memerlukan oksigen yang mencukupi.
Oleh sebab itu, jantung kanan akan bekerja lebih kuat untuk mengepam darah ke paru- paru. Apabila situasi dibiarkan begitu sahaja, lambat- laun jantung akan membengkak dan boleh menyebabkan jantung gagal untuk berfungsi. Keadaan ini boleh berlaku kerana masalah Arteri Pulmonari itu sendiri ataupun masalah di paru- paru yang menyebabkan salur darah arteri menjadi sempit.
Antara Penyebab Hypertensi Arteri Pulmonari:
  • Darah beku di saluran arteri pulmonari
  • Jangkitan HIV
  • Paras oksigen rendah di dalam badan kronik
  • Penyakit autoimun yang merosakkan paru- paru seperti scleroderma
  • Ubat diet
  • Obstructive sleep apnea
  • Penyakit paru- paru seperti pulmonary fibrosis
  • Kegagalan Jantung Kongestif (CHF)
Cara merawat penyakit ini boleh diatasi melalui pembedahan atrial septostomy dan pemindahan jantung. Ia juga boleh dirawat melalui terapi oksigen dan gaya hidup yang sihat.

kasiat lobak merah

Lobak Merah: Keajaiban Penyembuh Semulajadi Ciptaan Tuhan

Lobak merah atau nama saintifiknya, Daucus carota terkenal akan kebaikannya dalam merawat dan memberi kebaikan untuk mata kita. Namun, kebaikan yang diperolehi daripada lobak merah adalah lebih dari itu



Berikut adalah beberapa manfaat rawatan lobak merah:


1. Berfungsi sebagai tonik semulajadi 
          
    Lobak merah yang dimakan secara mentah atau diminum jusnya secara teratur boleh menjadi tonik yang       baik untuk mata dan kulit kita. Tambahan pula, memberikan dua hingga tiga sudu jus lobak merah yang         dicampurkan dengan satu sudu teh madu kepada anak yang lesu mampu menambahkan daya kekuatan         mereka.
2. Masalah mata

    Minum jus lobak merah terbukti mampu memperbaiki kemampuan penglihatan kita. Malahan, memakan       atau meminum jus lobak merah pada setiap hari dapat mengubati rabun. Mencuci mata dengan air rebusan     lobak juga dapat menyembuhkan mata daripada ketegangan mata.
3. Sakit kepala

    Kombinasi campuran jus lobak merah, ubi bit dan timun mampu menyembuhkan penyakit migrain dan           sakit kepala.

4. Batu karang

    Satu gelas jus lobak merah, ubi bit dan timun dalam sukatan yang sama akan membantu menghancurkan       dan mengeluarkna batu karang. Satu gelas jus lobak merah dan sawi hijau dalam ukuran yang seimbang         mampu menghilagkan batu dari saluran hempedu.
5. Masalah kulit

    Jerawat, kulit kering, gatal- gatal dan darah kotor juga dapat diubati dengan kekerapan meminum jus             lobak merah. Kulit semestinya akan kelihatan lebih berseri dan cantik sekiranya diamalkan dengan                 berterusan.
6. Masalah pundi kecing

    Minum jus lobak merah dua kali sehari dapat memastikan saluran pundi kencing agar tidak tersumbat dan     kotor.
7. Reumatisme

    Jus lobak merah hendaklah dicampurkan dengan ubi bit dalam kuantiti yang selari kemudian ia diminum.
    Ia mampu berikan kelegaan daripada reumatisme.
8. Gangguan perut

    Campurkan jus lobak merah dan bayam setiap kali selepas makan akan bantu menyembuhkan sembelit.
    Makan lobak merah segar atau minum jusnya juga mampu menyembuhkan cirit- birit yang disebabkan           oleh sakit pencernaan yang kronik, mengurangkan kadar asid dalam badan dan menghilangkan                     ketidakselesaan perut

Monday 15 July 2013

hujah ahmad deedat tentang syiah

Sheikh Ahmed Deedat.sengaja mengatakan begitu di hadapan khalayak ulama syiah apabila beliau dtg lambat ke perjumpaan ulama syiah dan sunni smbil mengepit kasut di celah lengan beliau. apabila ditanya beliau mengatakn Beliau terdgar Syiah suka mencuri kasut pda zaman Rasullullah kemudian Ulama Syiah menjawab, “mana ada Syiah semasa zaman Rasulullah S.A.W.” Ulama Sunnah (Sheikh Ahmed Deedat) seraya berkata, “jadi perdebatan kita telah tamat. Kesimpulannya, dari mana datangnya agama kamu?”

bersykurlah kita

Bersyukur kerana tidak dilahirkan di sini
Bersyukur kerana tidak ditakdirkan untuk jadi seperti ini
Di saat kita mengira pukul berapa kita akan berbuka..mereka masih tidak tahu masanya.
Di saat kita sibuk memilih juadah untuk berbuka..mereka masih terkapai2 mencari air setitis dua.
Bersyukurlah..

sibuk hingga mak bayar gaji utk jumpa

Ibu tua: Hello.. Ni samad ke?
Samad: Ya mak, ni samad. Kenapa call samad? Samad tengah kerja ni.
Ibu tua: Mak saja telefon.
Samad: Oh.. Ingatkan ada apa tadi. Samad ada kerja sikit ni mak. Nanti samad call balik.

Keesokan Hari

Ibu tua: Hello.. Ni samad ke?
Samad: Ye mak, ni samad. Ada apa mak call malam-malam ni?
Ibu tua: Mak saja telefon. Ko kat mana?
Samad: Samad sekarang kat luar ni. Jumpa client dengan kawan-kawan. Nanti samad dah balik rumah, samad call mak balik ye.

Keesokan Hari

Ibu tua: Hello.. Ni samad ke?
Samad: Ye mak, ni samad. Sorry mak, semalam balik lambat. Balik terus tertidur. Kenapa mak?
Ibu tua: Mak nak tanya sikit.
Samad: Tanya apa tu?
Ibu tua: Berapa gaji ko sehari nak?
Samad: Emm.. Boleh la mak. Dalam RM100 sehari. Tu pun tak berapa nak cukup kalau duduk kat bandar ni.
Ibu tua: Kalau macam tu, mak ada duit sikit nak kasi ko. Buat belanja ko kat sana.
Samad: La ye ke? Susah-susah je mak. Mak simpan duit tu untuk belanja rumah dah la. Kat sini tau la samad cari duit.
Ibu tua: Kau balik la rumah sehari dua nak. Nanti mak bayar gaji RM200. Mak rindu kat kau nak.

Kadang-kadang kita terlupa..
Betapa pentingnya kita buat mereka..

Ps - hargaila orang yang tersayang...jangan bila dah tiada baru menyesal

Sunday 14 July 2013

imsak dan makan waktu azan subuh

<iframe src="https://www.facebook.com/video/embed?video_id=4359619207449" width="640" height="480" frameborder="0"></iframe><iframe src="https://www.facebook.com/video/embed?video_id=4358584661586" width="400" height="300" frameborder="0"></iframe>

asmaulhusna

<iframe src="https://www.facebook.com/video/embed?video_id=4359619207449" width="640" height="480" frameborder="0"></iframe>

masih ada rumah begini? malaysiaku


Resepi Ikan Siakap Goreng Berlada


Bahan2 :
1 ekor ikan siakap bersaiz besar...
BAHAN A-bawang merah,bwg besar,bwg putih,halia(dikisar)
BAHAN B-cili besar,cili api(dikisar)-pastikan cili x terlalu hancur...nant x sedap...
minyak utk menggoreng
sedkit air
bahan perasa
sos tiram,sos tomato,sos cili

Cara Menyediakan :
Goreng ikan dlm kuali lain…dan asingkan…
Panaskan minyak..tumiskan BAHAN A hingga naik bau…
Kemudian,masukkan BAHAN B pula…tumiskan sekali..
Masukkan sedikit air…utk elak kering sgt…
Pastu leh la masukkan bahan perasa,sos tiram,sos cili,sos tomato…gaul lagi…
Ok..dah masak sumer…leh tuang kuah tumisan ni atas ikan siakap td…

Resepi Daging Masak Merah


Bahan2 :
300 gm daging lembu direbus dan dipotong dengan nipis
1 biji bawang besar dimayang
3 ulas bawang putih dihiris
2 biji cili api diketuk
sedikit sos cili
sedikit sos tiram
sedikit sos tomato
minyak untuk menumis
sedikit air jika perlu
sayur sawi dipotong/ lobak,kubis bunga,kacang panjang,putik jagung
bahan perasa ( garam,gula )

Cara Menyediakan :
Daging yang telah direbus,dipotong secara menipis..dan asingkan..
Panaskan minyak,tumiskan bawang besar,bawang nipis hingga kekuningan..
Setelah itu,masukkan sos tomato,sos cili,sos tiram..
Masukkan sedikit air jika kuah telalu pekat..
Kemudian,masukkan pula daging tadi dan sedikit sayur sawi..kalau nak masukkan lobak,kubis bunga,kacang panjang,putik jagung boleh juga..
Masukkan cili api yang telah diketuk..
Masukkan bahan perasa ( garam,gula ) secukupnya…
Sedia untuk dihidang…

Resepi Telur Bungkus


Bahan2 :
1 cawan isi ayam digaul dengan garam dan kunyit
1/2 biji tomato didadu kecil
1 sudu besar cili kisar
2 ulas bawang merah dan 2 ulas bawang putih ditumbuk kasar
3 sudu besar sos cili
sedikit bunga kobis dipotong kecil/sayur campur
bahan perasa-gula dan garam

Cara Menyediakan :
Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan ayam dan goreng hingga keperangan..
Kemudian,tumiskan bawang dan cili boh hingga naik bau..
Masukkan tomato dadu,bunga kobis/sayur campur dan sos cili. Kacau sebati.
Masukkan garam dan gula. Tutup api bila kuah pekat. Ketepikan dulu.
Pecahkan 2 biji telur ke dalam mangkuk,masukkan sedikit garam..
Panaskan kuali dan tuangkan telur ke dalam kuali bermula dari tepi kuali (tuang ikut bulatan) Cepat-cepat angkat dan golekkan kuali agar telur nipis dan rata.
Perlahankan api dan masukkan ayam yang telah dimasak tadi diatas. Lipat penjuru telur dadar hingga menutupi isi telur bungkus. Sediakan pinggan yang sesuai saiznya dan tekapkan di atas kuali berisi telur bungkus. Terbalikkan dan siaplah telur bungkus..
Siap utk dihidang..

terkaya d asean

ASEAN Top 10 Richest People 2013 http://en.wikipedia.org/wiki/
1 Charoen Sirivadhanabhakdi THA
2 Dhanin Chearavanont THAI
3 Henry Sy PHL
4 Robert Kuok MLY
5 Paiboon Damrongchaitham THA
6 Ananda Krishnan MLY
7 Robert Ng SPR
8 Teh Hong Piow MLY
9 Wee Cho Yaw SPR
10 Lucio Tan PHL

Saturday 13 July 2013

Bubur Lambuk

  • Bubur Lambuk
1 cawan beras
1 sudu besar minyak sapi
2 sudu besar minyak masak
1 kulit kayu manis,
1 bunga lawang,
2 bunga cengkih,
2 buah pelaga
daging ikut suka
segenggam udang kering
2 helai daun panda
1 sudu kecil halba
1 sudu kecil jintan kasar
1 biji bawang besar dadu
2 biji bawang putih cincang
2 inci halia..mayang/titik
1 sudu kecil serbuk lada hitam/biji
2 cawan santan
6 biji bawang merah - buat bawang goreng
daun sup dan daun bawang
garam secukup rasa
air secukupnya

Cara-cara
-panaskan minyak sapi..tumis bwg..pastu masukkn bhn2 rmpah dn daun pndan ...masukkn dgg dan air,,,biar mndidih..msukkn beras..bila beras dah hncur masukkn grm ,kiub pati ayam dn sntan...biar rebus smpai pekat..hias dgn bwg goreng..daun sup..daun bwg..
‪#‎makan‬ ngn kcg tnh goreng dan sambal bilis

pelanggan tetap restoran basha simpang empat


makna dlm solat

<iframe src="https://www.facebook.com/video/embed?video_id=10151629966301779" width="640" height="360" frameborder="0"></iframe>

penipuan dalam pelajaran sejarah,rasul2 rupanya kayukur sejarah

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhNFX00PW0UeRvgBZtSednafR0R9SBD6-vzHk0C8756XoxrZlzOT6PcbrNbOPpsO4vSRLHYNHuDiqCA4y219cbrumMgok1_LiXy6eSzuWYOgTSvKTy8558RdzOCnwn6Wcdn7C3tzoXZyGPB/s400/limnizar.JPG<iframe src="https://www.facebook.com/video/embed?video_id=448104184145" width="400" height="300" frameborder="0"></iframe>https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhNFX00PW0UeRvgBZtSednafR0R9SBD6-vzHk0C8756XoxrZlzOT6PcbrNbOPpsO4vSRLHYNHuDiqCA4y219cbrumMgok1_LiXy6eSzuWYOgTSvKTy8558RdzOCnwn6Wcdn7C3tzoXZyGPB/s400/limnizar.JPG


<iframe src="https://www.facebook.com/video/embed?video_id=448104184145" width="400" height="300" frameborder="0"></iframe>

lim guan eng,nizar ahmad awang berbuka puasa bersama


rebung madu


10 perkara merosakkan otak


AYAM PONGTEH


Bahan-bahan : - 1 Ekor Ayam ( Dipotong Kecil ) 2 Biji Kentang ( Dipotong Baji ) 2 Sudu Besar Minyak Masak 15 Biji Bawang Merah ( Dihiris ) 4 Ulas Bawang Putih ( Dihiris ) 1 Sudu Besar Taucheong 1 Cawan Air 1 Sudu Besar Kicap Pekat 1 Sudu Teh Serbuk Lada Putih 1 Sudu Teh Serbuk Pati Ayam * Cara Penyediaannya : - 1. Panaskan minyak dalam kuali, goreng bawang merah serta bawang putih sehingga keemasan. 2. Masukkan ayam dan kentang, kacau goreng selama beberapa minit. 3. Tambahkan taucheong dengan kicap pekat, serbuk lada putih dan serbuk pati ayam.Kemudian masukkan air dan biarkan reneh seketika. 4. Setelah masak hias sedikit dengan bawang goreng

KERABU MANGGA AYAM PANGGANG.


Bahan-Bahan Ayam Panggang: 1 bahagian (200g) Dada ayam 1 sudu teh Madu 1 batang Serai ( dititik ) Bahan (A): 1 ulas Bawang putih ( dikisar ) 1 sm Halia ( dikisar ) 1 sudu teh Halia ( dicincang ) 1 sudu teh Perencah Pati Ayam ½ sudu teh Sos tiram Bahan B: ( dicampur sekali ) 1 sudu besar Minyak masak 1 sudu teh Minyak bijan Cara Menyediakan: (1) Gaulkan ayam bersama bahan (A) & perap selama 10 minit. Kemudian masukkan madu & perap selama 10 minit lagi. (2) Ketika memanggang sapukan campuran minyak (B) menggunakan serai yang dititik. (3) Selepas masak carik-carikkan ayam panggang untuk digaul bersama kerabu mangga. Bahan-bahan Kerabu Mangga: 2 biji Mangga muda ( dimayang memanjang ) 2 ulas Bawang merah ( dihiris nipis ) 3 biji Cili padi ( dipotong kecil ) 2 sudu besar Ikan bilis ( digoreng dan di tumbuk kasar ) 4 sudu besar Kacang tanah ( digoreng dan di tumbuk kasar ) 2 sudu teh Gula 1-2 sudu besar Sos ikan 2 biji Limau nipis ( diperah jus ) 2 sudu kecil Udang kering ( ditumbuk ) Sedikit Garam Cara Menyediakan: (1) Gaulkan semua bahan di atas termasuk isi ayam panggang yang telah dicarik.

AYAM BERSOS KACANG


Bahan-bahan: 2 sudu besar Minyak masak 2 batang Serai ( dititik ) 1kg Kepingan Ayam ( digoreng dahulu separuh masak ) 1 cawan Air 100g Cili Boh 100g Kacang Goreng ( dikisar halus ) ½ - 1 sudu teh Garam Bahan A: 4 batang Serai 4 sm Lengkuas 4 sm Halia 1 biji Bawang besar 4 sm Belacan Bahan B: ½ cawan Santan pekat 3 sudu besar Air Asam Jawa 1 sudu besar Gula 1 sudu teh Perencah Pati Ayam Cara membuatnya: (1) Kisar bahan (A) hingga lumat. (2) Kemudian panaskan minyak, tumis serai & bahan (A) serta cili boh hingga wangi. (3) Masukkan kepingan ayam dan biarkan sebentar. (4) Kemudian masukkan bahan (B). (5) Masak hingga mendidih, masukkan kacang kisar & Garam. (6) Kecilkan api dan biarkan reneh, kacau selalu hingga hampir pekat. (7) Hidangkan panas bersama nasi atau roti.

KERAPU


Bahan-bahan: 1 ekor Ikan kerapu 100g Tepung Gandum 1 biji Telur 2 batang Serai ( diketuk ) 1 inci Halia ( diketuk ) 1 biji Bawang besar Holland ( dihiris bulat ) 5 biji Cili padi ( dihiris kecil ) 1 biji Tomato ( dipotong dadu ) ¼ biji Nenas ( dipotong dadu ) 1-2 helai Daun limau purut 3 sudu besar Sos tomato 3 sudu besar Sos cili 3 sudu besar Sos tiram 2 sudu kecil Air limau nipis Sedikit Air ( kepekatan ikut kesukaan ) 3 biji Bawang putih ( dimayang ) 1 sudu besar Perencah Pati Ikan Bilis 1 sudu teh Gula Sedikit Daun ketumbar untuk hiasan Secukup Minyak ( untuk gorengan ) Cara Menyediakan: (1) Celupkan ikan ke dalam telur yang telah dipukul. Kemudian lumurkan ikan bersama Tepung Gandum. (2) Panaskan minyak dan goreng ikan sehingga garing. (3) Angkat ikan dan ketepikan. Tinggalkan sedikit minyak untuk menumis. (4) Tumiskan bawang putih. Bila naik bau dan garing, masukkan serai, daun limau purut dan halia. Masukkan air, air limau nipis dan 3 jenis sos. Biarkan mendidih. (5) Masukkan Perencah Pati Ikan Bilis dan gula. (6) Masukkan tomato, nenas, cili padi dan bawang Holland. Kacau sebati. (7) Apabila kuah menjadi pekat, padamkan api. (8) Angkat dan curahkan ke atas ikan yang telah siap digoreng tadi. (9) Taburkan potongan daun ketumbar dan hidangkan

FISH & CHIPS


Bahan-bahan: 2 ketul Filet ikan Dory Secukup Tepung jagung Secukup Minyak ( untuk goreng-celup ) 125g Tepung Gandum ½ sudu teh Tepung naik sendiri ( Disatu dalam tepung gandum ) 1 sudu besar Minyak masak 180ml Air Bahan A: 1 sudu teh Garam 1 sudu teh Serbuk Lada Putih Bahan sos bawang putih : 1 biji Bawang putih besar Sekeping Kertas aluminium 1 sudu besar Minyak zaitun 1 sudu teh Garam 1 sudu teh Serbuk Lada putih 1 cawan Mayonis Cara Menyediakan: (1) Perap filet ikan dengan bahan (A). (2) Masukkan Tepung gandum ke dalam satu mangkuk.Tambah minyak, tepung penaik dan air, campur-gaul hingga sebati. (3) Salutkan ikan dengan tepung jagung, kemudian salutkannya dengan campuran tepung gandum. (4) Goreng-celup ayam di atas api sederhana hingga keemasan dan rangup.Angkat dan hidang serta-merta dengan sos bawang putih. Cara Menyediakan Sos Bawang Putih: (1) Panaskan ketuhar kepada 200° C. (2) Potong dan buang bahagian atas bawang putih. (3) Letakkan bawang putih di tengah-tengah kertas aluminium. Tambahkan minyak zaitun. Pusing kertas untuk menutup bawang putih. (4) Bakar 20 – 25 minit atau sehingga lembut. Ketepikan selama 10 minit atau cukup sejuk untuk dikendalikan. (5) Tekan bawang putih ke dalam mayonis. Tambah rasa dengan Garam dan serbuk Lada putih.Pasang penutup dan simpan dalam peti sejuk sebentar sebelum hidang.

UDANG BAKAR LADA HITAM DALAM DAUN TERATAI.


Bahan-bahan: ½ kg Udang besar ( dikupas kulit & dibersihkan ) 2 sudu besar Jus oren segar 1 cawan Bawang Holland ( diagih kepada 2 bahagian ) ½ cawan Cili merah ( dipotong halus ) 2 ulas Bawang putih 1 cawan Pasli ( dipotong halus ) 2 sudu teh Biji ketumbar ( digiling ) 2 sudu teh Serbuk Lada Hitam Sedikit Garam 2 helai Daun teratai ( dikemas & dilap dengan kain lembap ) ¼ cawan Pasli segar ( dipotong halus ) Cara Menyediakan: (1) Gaulkan udang dengan jus oren. (2) Kisar ½ cawan bawang Holland dengan bawang putih (campuran kisar). (3) Gaulkan udang dengan campuran kisar, pasli, ½ cawan bawang Holland yang dipotong halus, ½ cawan cili merah dan ketumbar giling. (4) Tambah rasa dengan Garam dan Serbuk lada hitam. (5) Letakkan satu helai daun teratai di atas sehelai kertas aluminum. Taburkan campuran udang di tengah-tengah daun. Tutup dengan daun teratai yang kedua dan satu lagi kertas aluminum. Lipat 4 hujung kertas aluminum dengan ketat untuk membentuk satu bungkusan. (6) Panggang bungkusan, pasang penutup dan panggang pada suhu sederhana selama 7-9 minit. Angkat bungkusan dan biarkan selama 5 minit.Seterusnya, potong hujung bungkusan, buka dan taburkan pasli.

LALA MASAK JAGUNG


Bahan-bahan: 1 kg Lala ( dibersihkan ) 1 cawan Biji jagung manis 1-2 sudu besar Udang kering ( dipotong dadu ) 2 sudu besar Minyak masak 1 sudu besar Bawang putih ( dipotong halus ) 1 sudu besar Bawang merah ( dipotong halus ) 3 biji Cili padi ( dibuang biji dan dihiris ) 1 sudu teh Perencah Pati Ikan Bilis ½ sudu teh Serbuk Lada Hitam 1 sudu besar Tepung jagung ( digaul dengan 2 sudu besar air ) 2 tangkai Pasli Cara Menyediakan: (1) Panaskan minyak dalam kuali pada suhu sederhana. (2) Masukkan bawang putih, bawang merah, cili padi dan udang kering. Kacau-goreng hingga naik bau. (3) Tambahkan biji jagung dan masak hingga lembut. (4) Masukkan lala, Perencah Pati Ikan Bilis dan serbuk Lada Hitam. Masak lala bersama dengan bahan-bahan lain selama 8-10 minit atau hingga lala mula membuka. (5) Masukkan tepung jagung dan kacau sekata. (6) Hidang dalam pinggan dan hias dengan pasli

MAKANAN LAUT DALAM ASPIC.


Bahan-bahan: 6 ekor Udang 4 ketul Filamen Ketam ( dihiris memanjang ) 1 sudu besar Kacang hijau sejuk-beku ( dicelur dalam air panas ) 4 batang Asparagus ( dipotong 3 sm ) Bahan A: 50 ml Air sejuk 1 sudu besar Gelatin 150 ml Stok udang 1 sudu teh Perencah Pati Ikan Bilis ¼ sudu teh Serbuk Lada Putih Cara Menyediakan: (1) Didihkan udang dalam 150 ml air selama 5 minit atau sampai masak. Biar menyejuk & kupas kulit udang. Belah isi udang secara memanjang.Simpan stok untuk penggunaan nanti. (2) Gaulkan gelatin dengan air sejuk, kemudian satukan semua bahan (A).Masak sehingga senua bahan larut. Biar menyejuk. (3) Letakkan kacang pis hijau, asparagus, udang dan filamen ketam di dalam mangkuk. (4) Cedokkan bahan (A) yang telah sejuk ke dalam mangkuk. Masukkan mangkuk ke dalam peti sejuk. Setelah menjadi pejal, terbalikkan mangkuk. (5) Letakkan di tengah-tengah pingan, dikelilingi oleh lauk lain.

MANISAN EPAL & BUAH KESEMAK


Bahan-bahan: 20g Jamur putih kering (white fungus) ( direndam ) 20g Longan kering 8 biji Kurma merah tanpa biji ( dihiris ) 1 biji Epal merah ( dibuang kulit, biji dan dipotong dadu ) 10 biji Kacang gingko ½ keping Buah kesemek yang diawetkan (persimmon) ( dihiris ) 2 helai Daun pandan ( diikat ) 2 liter Air 5 Sudu besar Gula Cara Menyediakan: (1) Didihkan air lalu masukkan jamur putih, kesemek, epal dan kacang gingko. Didihkan selama 20 minit. (2) Tambahkan longan, kurma merah dan gula. Terus reneh selama 15 minit lagi. Masukkan daun pandan. (3) Padamkan api, keluarkan daun pandan.

SOTONG KUKUS BERINTI IKAN


Bahan-bahan: 5 ekor Sotong bersaiz besar Bahan A: ( Dikisar Halus ) 5 ulas Bawang merah 2 biji Cili merah 5 ulas Bawang putih 1 batang Serai 1 sm Kunyit hidup 2 sm Halia 1 sudu teh Garam 1 sudu teh Gula Bahan-bahan (B): 100g Isi ikan ( dikisar ) ½ helai Daun kunyit ( dihiris halus ) 1 biji Telur Bahan sos: Sedikit Minyak Untuk Menumis 3 sudu besar Bahan (A) 50 ml Santan Pekat 100 ml Air 1 sudu teh Garam 1 sudu teh Gula Cara Menyediakan: (1) Kisar bahan (A) hingga lumat, simpan 3 sudu besar. Kemudian gaulkan selebihnya dengan bahan (B) sehingga sebati. (2) Sumbatkan bahan-bahan di atas ke dalam sotong, dicucuk dengan cucuk lidi. (3) Masukkan ke dalam pengukus dan kukus lebih kurang 15-20 minit. (4) Untuk bahan sos pula, panaskan sedikit minyak dan tumiskan 3 sudu besar bahan (A) yang disimpan tadi hingga wangi. Masukkan santan sedikit demi sedikit dan kacau sehingga sebati. (5) Masukkan air dan tambahkan Garam serta gula. (6) Hidangkan sotong sumbat dengan sos tadi.

raya 2010


memudahkan solat subuh


21 Tips Bagi Yang Sukar Solat Subuh ialah : 1. Tidur lebih awal. 2. Bersungguh-sungguh dalam bersuci dan berzikir sebelum tidur 3. Tekad untuk bangun solat subuh 4. Berzikir kepada ALLAH SWT ketika bangun 5. Minta bantuan keluarga atau orang -orang soleh untuk bangun solat 6. Berdoa kepada ALLAH SWT agar diberi taufik untuk bangun solat 7. Mengguna saranan-saranan peringatan 8. Memercikkan air di wajah orang yang tidur 9. Tidak tidur sendirian 10. Tidak tidur di tempat yang jauh dari orang lain 11. Keinginan yang kuat untuk bangun dan jangan bangun secara bertahap 12. Jangan kunci jam loceng terlalu jauh dari waktu solat 13. Menyalakan lampu di saat bangun 14. Tidak berjaga malam terlalu lama 15. Tidak memperbanyakkan makan sebelum tidur 16. Jangan salah menerapkan sunah berbaring setelah solat sunat fajar 17. Mengerjakan qiamullail di waktu terakhir sebelum subuh 18. Mengikut petunjuk Nabi Muhammad SAW dalam cara berbaring saat tidur 19. Tidur di siang hari (Qailulah) 20. Jangan tidur sesudah asar dan sesudah maghrib 21. Ikhlas kerana ALLAH SWT. Sabda Nabi: باكروا الغدو -أي الصباح- في طلب الرزق، فإن الغدو بركة ونجاح Maksudnya: Berpagi-pagilah(subuh)dalam mencari rezeki,sesungguhnya berpagi-pagi itu adalah keberkatan dan kejayaan. (Riwayat oleh at-Tabarani dalam al-Awsath) Hadis Telah sedia menyebut : “Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan orang yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari” (Diriwayatkan al-Baihaqi)