SELAMAT DATANG MENJAMU SELERA

SELAMAT DATANG DAN MENJAMU SELERA MASAKAN KAMPUNG( SIANG) MASAKAN MAKANAN LAUT (MALAM) buatlah kerja macam seratus tahun lagi nak hidup(juga niat ibadah), ibadah khusus macam sekejap lagi akan mati. (asas dlm solat jangan tinggal berdosa!!!!!)
LCD Text Generator at TextSpace.net

Thursday, 29 August 2013

doa sakit kepala


ikan utk restoran



'' Ikan Siakap Merah ""

ikan utk restoran

'' Jemuduk Gergasi"" @ ""G.T."" @ Giant Trevally a.k.a. Bawal NyokNyok.

ikan utk restoran

'' Ikan Toman "" @ Snake-Head.

ikan utk restoran

'' Ikan Sepat Siam ""

ikan utk restoran

Ikan Tengas Daun @ Ikan Daun, Tengas ""

ikan utk restoran

ikan utk restoran

"' Ikan Baung ""

ikan utk restoran

'' Ikan Kelah "" @ Mahsheer.

udang utk restoran

Udang Galah juger di panggil ""Jerangkung"" di beberapa tempat di Malays

ikan utk restoran


"' Siakap Reba"" @ Black-Bass yang gagah perkasa, banyak melilau di lubuk-lubuk pancing di Papua New-Guenea.

ikan utk restoran


'' ikan Daun Baru "" @ Bat-Fish.

ikan utk restoran

'' Ikan Tetanda "" @ Finger-Mark - dari keluarga Jenahak.

ikan utk restoran

'' Ikan Rohu @ LohYee a.k.a. "" Ikan Ara-Ara ""

ikan utk restoran

'' Ikan Tebal Pipi "" @ Javelin-Fish Grunter, a.k.a Serkut / Selukut, Ompak, Kepala Besar. Keluarga Gerut-Gerut,
Sedap jika di panggang/ bakar dan di cicah dengan Air Asam-Belacan + Nasik Panas !!!

ikan utk restoran

Monday, 26 August 2013

women of steel: Let's handle breakup with care.

harga kaki ayam naik

Khasiat Kaki Ayam Yang Kita Tidak Tahu

Kaki ayam merupakan bahagian paling tak popular di kalangan kita. Kalau dibuat bancian tentu ramai yang menyatakan bahawa mereka tidak menyukainya. Banyak alasan yang diberi, antaranya, tak ada isi, jijik, konon nya kerana kaki ayam itu diguna untuk mencakar segala macam benda, dan berbagai alasan lagi.

Tetapi tahu kah kita disebalik tidak popularnya kaki ayam itu ia mengandungi khasiat yang tidak ketahui ramai. Jadi, mulai sekarang jangan lagi dibuang kaki ayam. Jadikan ia satu dari sumber makanan yang menyumbang ke arah kesihatan yang baik

Resipi Sup Pembakar Lemak


 

ahan-bahan:
3-6 Bawang besar bombay
10 Biji tomato segar
1 Carrot
1 Celery
1 Bunga Kobis
2 Biji lada capsicium hijau
Air

Cara menyediakan:
Potong sayuran kecil-kecil dan masukkan air, rebus selama 10 minit atau sampai empuk.

P/S: Makanlah sup ini setiap kali anda merasa lapar, sejumlah yang anda inginkan dan tiap saat dalam sehari. Sup ini tidak akan menambah kalori dalam tubuh anda.

Sup pembakar lemak ini dapat diambil setiap saat ketika merasa lapar - makanlah sebanyak yang diinginkan dan sesering yang anda mahu, kerana sup ini tidak akan menambah kalori dalam tubuh sama sekali. Makanlah sebanyak yang anda inginkan.

hormati orang lebih tua dan berilmu

DSAI mencium tangan tuan guru

Saturday, 24 August 2013

Rahsia Khasiat Buah Tembikai

BONGKAR!!! Rahsia Khasiat Buah Tembikai | Rahsia Khasiat Buah Tembikai [MESTI BACA...] 
Ibnu Abbas berkata: "Makanlah tembikai kerana didalamnya ada kebaikan.Ianya makanan, minuman perangsang kepada pertumbuhan gigi,sebagai pewangi,pembersih pundi kencing, menambahkan air tulang belakang, menghindarkan sejuk dan pembersihan kulit."

Satu hari telah dihadiahkan buah tembikai Taif kepada Rasulullah SAW. Nabi menciumnya dan bersabda:"Makanlah ini dengan gigi kamu, kerana ini adalah antara perkara yang halal di atas bumi. Jusnya adalah rahmat dari Allah dan kemanisannya dari syurga."

Rasulullah berada bersama beberapa sahabat pada suatu hari dan bersabda: "Allah merahmati orang yang memberi kita makan dengan buah tembikai ini". Kemudian bangun Sayidina Ali k.w bangun mendapatkan beberapa buah tembikai tambahan. Rasulullah SAW dan sahabat terus memakannya.


Baginda bersabda "Allah akan melimpahkan rahmat kepada orang yang memberi kita, yang memakannya sekarang dan kepada sesiapa yang memakannya dari golongan umatku dari sekarang hinggalah kepada hari kebangkitan."Begitulah hebatnya khasiat dan kelebihan Buah tembikai.
Dari segi faktanya, memakan buah tembikai sebelum makan membersihkan usus dan menghindarkan penyakit.

Tembikai yang kaya dengan vitamin A dan C, asid folik, magnesium, zink dan pelbagaijenis galian yang lain adalah bermutu tinggi dalam perubatan. Tembikai dikenali sebagai Citrullus vulgaris amat mujarab untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit antaranya sakit kepala, penyakit paru-paru dan masalah kulit.


Jus tembikai juga memberi tenaga dan kekuatan dikalangan orang-orang tua serta memulihkan sistem tubuh yang lemah bagi mereka yang baru sahaja sembuh daripada penyakit atau menjalani pembedahan.

Penyakit artritis, gout serta keracunan uremik berlaku akibat kehadiran asid urik yang berlebihan. Jus tembikai boleh membantu menyembuhkan penyakit-penyakit ini dengan menghapuskan kesan-kesan toksik dalam tubuh. 


Kehadiran asid yang berlebihan dalam darah dapat diatasi dengan mengamalkan pengambilan jus tembikai kerana ia dapat bertindak membantu melancarkan pengaliran

Friday, 23 August 2013

Habbatus Sauda

 
 

Habbatus Sauda pada zaman dahulu adalah ubat untuk kerabat diraja

Habbatus sauda (Nigella Sativa / Black Seed) adalah ubat herba yang telah digunakan ribuan tahun dahulu (lebih dari 3000 tahun), terbukti dengan penemuan minyak habbatus sauda di pekuburan Tuthankhamen (kubur raja-raja Mesir kuno).
 
 
Dahulu, minyak habbatus sauda ini hanya boleh digunakan oleh raja dan keluarganya. Habatussauda juga digunakan oleh raja-raja zaman Greek kuno dengan dijadikan tanaman ini sebagai tanaman yang berkhasiat membantu mereka diakhir hayat hidup mereka.

Di beberapa negara di benua asia (terutama Asia timur bahagian tengah) dan benua Eropah Timur bahagian tengah, habatus sauda digunakan untuk meningkatkan kesihatan dan sebagai rawatan herba utama untuk kebanyak kan penyakit ringan dan berat.

Habbatus sauda merupakan suplemen ubat semulajadi yang mampu membangkitkan dan meningkatkan sistem ketahanan tubuh (immunity system) yang mampu mencegah dari serangan pelbagai macam penyakit.

Analisis dan penerbitan kajian yang telah dilakukan dibeberapa Negara (Jepun, Pakistan, Amerika Syarikat dan beberapa Negara Eropah) pada seperempat abad terkini menunjukkan bahawa habatus sauda mempunyai kandungan zat nutrisi yang sangat tinggi seperti:

- sekitar 40% minyak malar (fally oil content)
- 1.5% minyak pati (essential oil content)
- 15 macam asam amino
- protein
- ion kalsium
- karbohidrat
- zat besi
- seng
- fospor
- ion sodium, dan
- potasium

Dalam sebuah Hadist sahih Bukhari Muslim, Rasulullah telah menganjurkan kita menggunakan habbatus sauda. Gunakanlah habbatussauda kerana di dalamnya terdapat ubat untuk segala macam penyakit, kecuali maut (HR. Bukhori Muslim)

Beberapa pendedahan para doktor dan saintis mengenai habbatussauda setelah dilakukan penelitian secara empirikal dan klinikal dalam makmal mereka:

- Prof. Dr. Hildbert Wanger (Germany):

Habbatussauda terbukti menyembuhkan pesakit alergi, neuradermitis, asthma, dan lemahnya daya tahan tubuh.

- Prof. Lutz Bannasch (Germany):

Oil habbatussauda mempunyai khasiat antitumor tanpa kesan sampingan seperti berlaku pada kemoterapi dan sinaran radiasi.

- Dr. Stanley Kopok (USA):

Habbatussauda mempunyai peranan sangat penting untuk mencegah tumor dan dalam jangka masa yang lama menguatkan sistem kekebalan tubuh.

- Dr. Tajul Aris Yang (Malaysia):

Omega yang terkandung dalam habbatussauda lebih besar 10 kali ganda dari pada DHA dan EPA.

Thursday, 22 August 2013

Ustaz Azhar Idrus - Orang Alim Gadaikan Agama Demi Keuntungan Dunia

solat jenazah.


Cara ringkas untuk solat jenazah... Belajar lah wahai lelaki..apakah kau x malu bila x pandai nak solat untuk ahli keluarga lebih2 lagi untuk mak atau ayah meninggal.. Itu sahaja lah penghormatan yg terakhir buat insan yg membesarkan dan menjaga kita...
Cara Ringkas Solat @ Sembahyang Jenazah :


1. Angkat Takbir "Allahuakbar" & Niat dalam hati :
++ Sahaja aku solat jenazah terhadap mayat ini, 4 takbir, fardhu kifayah kerana Allah Ta’ala.
++ Jadi makmum? tambah "sebagai makmum kerana Allah Taala"
++ Baca Alfatihah hingga akhir

2. Angkat Takbir Kedua "Allahuakbar"
++ Baca : Allahumma solli a'la Muhammad wa a'la ali Muhammad
++ Pendek pun takpa, paling elok selawat ibrahimiah macam dalam tahiyyat akhir

3. Angkat Takbir Ketiga "Allahuakabar"
++ Baca doa (pendek pun takpa, panjang lagi bagus) contoh dibawah ni :
++ Allahummargh firlahu warhamhu (untuk mayat lelaki)
++ Allahummargh firlaha warhamha (untuk mayat perempuan)
++ Untuk mayat kanak-kanak yang belum baligh, tidak dibacakan doa ini kerana mereka masih tidak dikira dosa pahala oleh malaikat. ada doa lain di link bawa (al azkar)

4. Angkat Takbir Ke Empat "Allahuakbar"
++ "Assalamualaikum warahmatullah " Beri Salam kanan n kiri
++ Selesai


Jika jadi makmum, ikutlah di belakang imam, berdiri rapat rapat. dan ikutlah jugalah rukun di atas. Cukup rukun makalah sah lah solat tersebut. Semoga ia jadi penghormatan terbaik buat jenazah..

Monday, 19 August 2013

masak Lemak Tempoyak Pucuk Ubi



Bahan-bahan:
1 kg pucuk ubi
3 batang serai (ketuk)
3 sudu tempoyak
2 helai daun kunyit dipotong kecil2 

1 liter air
5 cawan santan
Garam secukup rasa

Bahan dikisar:
10 tangkai cili api 
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Segenggam ikan bilis
3 cm halia
2 cm kunyit hidup


Cara Menyediakan:
1. Rebus pucuk ubi hingga masak. Kemudian ketepikan dan tus.
2. Dalam periuk yang lain masukkan air, santan, bahan kisar, serai, lengkuas dan daun limau purut, lalu dikacau hingga santan mendidih.
3. Selepas itu masukkan pucuk ubi rebus dan kacau rata.

01072013900.JPG


17032012589.JPG


14082013905.JPG


Tuesday, 13 August 2013

mee rebus

BAHAN-BAHAN :
✔ 2 kilo mee kuning, dicelur
✔ 1/2 kilo daging, dihiris halus ataupun tetel
✔ 4 biji keledek, direbus dan dikisar
✔ 1 cawan tauchu, dicuci dan dikisar
✔ 3 ulas bawang putih, dikisar
✔ 3 biji bawang merah, dikisar
✔ 1 inci halia, dikisar
✔ 1/2 cawan udang kering, dikisar
✔ 3 batang serai, dititik
✔ 1 inci lengkuas, dititik
✔ 5 sudu makan rempah kari daging
✔ garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
✔ minyak untuk menumis

BAHAN TABURAN TEPUNG UDANG KERING
✔ 1/2 cawan udang kering, dikisar
✔ 80g tepung gandum
✔ ¼ camt serbuk kunyit
✔ garam
✔ air secukupnya
✔ minyak untuk menggoreng

BAHAN HIASAN
✔ tauhu yang digoreng, dipotong kecil
✔ daun sup, dimayang
✔ bawang goreng
✔ telur rebus, dibelah dua
✔ lada hijau, dipotong bulat
✔ taugeh, dicelur
✔ limau kasturi, dibelah dua

=================
CARA-CARA PENYEDIAAN
=================

CARA TEPUNG UDANG KERING
✔ Campurkan kesemua bahan-bahan dan gaul rata.
✔ Cara menggoreng ada teknik sikit. Bancuhan tepung direnjis pada minyak dan goreng adunan sehingga garing. Angkat dan toskan. Minyak kena banyak untuk menggoreng tepung ini.

CARA MASAK KUAH
✔ Panaskan minyak dalam periuk.
✔ Masukkan serai dan lengkuas yang telah dititik.
✔ Kemudian tumis bawang putih, bawang merah, halia dan udang kering yang telah dikisar hingga naik bau.
✔ Masukkan rampah kari kacau rata, kemudian masukkan tauchu dan keledek yang telah dikisar bersama dengan daging. (selalu tauchu dan keledek yang dikisar kita letakkan air untuk senang dikisar) jadi tak payah tambah air takut kuahnya tak pekat.
✔ Masukkan garam, gula dan serbuk perasa.

CARA HIDANGAN.
✔ Hidangkan mee yang telah dicelur bersama taugeh.
✔ Tuangkan kuahnya dan kemudian hiaskan dengan tahu goreng, daun sup, bawang goreng, telur rebus, lada hijau, limau kasturi dan tak lupa juga taburan tepung udang kering.



doa utk peperiksaan


Sup Halia Ikan Hiris, Sayur & Tofu Telur Bersuhoon.

Bahan2nya
1 keping fillet ikan (ikut citarasa) biar isi nya yang keras sedikit, boleh di hiris2.
1 hiris bawang putih
1 labu bawang besar (siz kecil) di hiris2, bawang merah pun boleh.
1 inch halia dihiris nipis
3 tangkai sayur Pek Chye, Daun Kailan pun boleh
1 paket Tofu telur ( 1 packet Egg Tofu) di hiris bulat
1 kuib knorr ayam
Air secukup untuk sup nya atau stok ayam
Garam secukup rasa
1 ikat Soo Hoon ( 1 packet Rice vermmicelli)
Minyak untuk menumis
Bawang merah goreng untuk khiasan

Cara2nya
Panaskan minyak diperut, letakan bawang2 hiris dan halia. Bila bawang layu sedikit tuangkan stok ayam atau air secukup, letakan 1 kuib knorr ayam dan garam secukup rasa. Biarkan air rebus hingga mendidih. Sesudah mendidih, letakan daun sayur2 Tofu telur yang di hiris bulat. sebelum menutup api letakan hirisan ikan, dan soo hoon ang sudah direndam, biar seketika. Tutupkan api. Sajikan panas2 dengan taburan bawang merah goreng dengan cicah cili api kicap masin dengan nasi putih panas2. Selamat mencuba.

Saturday, 10 August 2013

satu jerawat satu dosa

"Kalaulah dosa itu dizahirkan Allah menerusi jerawat yang tumbuh diwajah.. satu dosa, satu jerawat.. pasti kita akan bersungguh-sungguh meninggalkan dosa bukan.. dan membeli bermacam2 produk kecantikan agar wajah kelihatan cantik berseri??"

"Tapi Allah jadikan dosa dan pahala itu suatu yang tidak nampak... tapi sedar tak bahawa ianya dapat dirasai oleh kita... iaitu iman yang duduk nun dalam lubuk hati kita tu..."

"Malulah kita sebab Allah terlalu kasih dan sayangkan kita.. sedangkan kita tidak membalas kasih sayang itu sewajarnya..

Ustaz Haslin Bahrim: Org Perempuan Senang Masuk Syurga | Perasaan Malu &...

Ustaz Haslin Bahrim: Org Perempuan Senang Masuk Syurga | Perasaan Malu &...

apa silapnya?


Sunday, 4 August 2013

ghout


pulang berhari raya


buah pinggang boleh rosak kerana me segera


tepung Pelita

Bahan-bahan: 
Lapisan hijau:
1 cawan tepung beras
1 cawan gula
5 cawan air
4 helai daun pandan dimesin dgn sedikit air
sedikit kapur  - jangan letak banyak, nanti pahit


Lapisan putih:
4 sudu besar tepung beras - ratakan
1 biji kelapa diperah jadi 4 cawan santan
 sedikit garam

Cara menyediakan: 
1. Tepung beras, air, gula, air daun pandan dan air kapur dibancuh hingga sebati.
2. Perah santan, masukkan tepung yang 4 sudu tadi dan garam. Kacau sehingga sebati dan ketepikan.
3. Masakkan tepung yang diadun dan kacau hingga masak dan berkilat.
4. Bila dah masak, masukkan dalam acuan yang disukai. Kalau daun pisang lagi sedap.
5. Kemudian masak pula adunan santan yang diadun tadi dan kacau sehingga adunan pekat.
6. Angkat santan dan curah ke atas tepung yg di dalam acuan tadi. Sejukkan.

resipi rendang tok


Bahan-bahan:
1 kg daging [potong sebesar 3 inci]
2 cawan santan pekat [1 biji kelapa]
1/2 cawan kerisik
3 s/b gula merah
3 keping asam keping
Daun kunyit [koyakkan]

Garam secukup rasa

Bahan-bahan dikisar:
2 sudu makan ketumbar
1 sudu makan jintan manis
1 sudu makan jintan putih
1 sudu makan lada hitam
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
25 biji cili kering
20 biji bawang merah
5 cm halia
5 batang serai
3 cm lengkuas

Cara menyediakan:
1. Masukkan semua bahan kecuali daun kunyit, kerisik dan asam keping dalam kuali.
2. Masakkan dengan api perlahan sehingga pekat dan naik minyak.
3. Bila telah pekat masukkan daun kunyit, asam keping dan kerisik. Kacau rata.
4. Masakkan lagi sehinggan naik minyak dan cukup pekat. [sebaiknya keringkan sikit rendang ni]
5. Hidangka

sayang ayah



Justice in the West vs. Justice in Islam


ulamak kena cakap apa masakini?perjuangan,khilafah


demokrasi?