SELAMAT DATANG MENJAMU SELERA

SELAMAT DATANG DAN MENJAMU SELERA MASAKAN KAMPUNG( SIANG) MASAKAN MAKANAN LAUT (MALAM) buatlah kerja macam seratus tahun lagi nak hidup(juga niat ibadah), ibadah khusus macam sekejap lagi akan mati. (asas dlm solat jangan tinggal berdosa!!!!!)
LCD Text Generator at TextSpace.net

Wednesday 30 October 2013

 
MASAK LEMAK PUCUK MANIS & KELEDEK
Bahan-bahan:
100gm pucuk manis – direbus
100gm ubi keledek – direbus & dipotong dadu
2 ulas bawang putih       - dikisar
10 biji cili padi                - dikisar
2.5sm kunyit hidup         - dikisar
250ml santan
Garam secukup rasa

Cara membuat:
1.       Masukkan santan dan bahan kisar. Kacau rata dan biarkan hingga mendidih.
2.       Kemudian masukkan daun pucuk manis dan ubi keledek. Gaul sebati.
3.       Akhir sekali, perasakan dengan garam.
4.       Sedia untuk dihidangkan.

kerabu jawa

Bahan-bahan:
1/2 biji isi kelapa, parut yang putih sahaja.
5 ulas Bawang merah
3 ulas bawang putih
10 biji cili padi-ikut selera masing2
sedikit ikan bilis / udang kering
sedikit belacan
10 biji isi cekur
Sedikit asam jawa
Garam & gula secukup rasa

Sayuran yang biasa dibuat adalah tauge, kacang panjang, kangkung, pucuk paku, pucuk ubi, pucuk betik dan pucuk turi. Semua sayuran dicelur.

Cara menyediakan:
1. Tumbukkan semua bahan kecuali kelapa dan asam jawa hingga lumat.
2. Ramaskan kelapa dengan bahan yang ditumbuk dan asam jawa hingga sebati.
3. Rasa asam garam secukupnya.
4. Sangan(goreng tanpa minyak) dalam kuali dengan api yang kecil hingga sebati dan kering
BONGKAR!!! Petua Hilangkan Rasa Sakit Gigi [BACALAH...]

Petua Hilangkan Rasa Sakit Gigi l Sakit gigi memang menyeksakan tambah lagi kalau orang penakut macam aku ni. Selain daripada mendapatkan rawatan perubatan dengan doktor gigi, apa kata cuba beberapa petua berikut untuk meredakan sakit gigi.
 

1. Makan buah belimbing buluh bersama sedikit garam.
 

2. Campurkan sedikit cuka dalam segelas air suam. Gunakan air ini untuk berkumur. Amalkan tiga kali sehari sehingga rasa sakit hilang.
 

3. Kunyah sedikit kapur sirih pada gigi yang sakit sehingga lumat. Amalkan sehingga rasa sakit gigi hilang.
 

4. Gigit tiga kuntum bunga cengkih pada gigi yang sakit. Jika gigi berlubang, tumbuk bunga cengkih dan isikan ke dalam lubang gigi dan tutup dengan kapas.
 

5. Untuk gigi berlubang, ambil getah pada tampuk buah betik muda dan sapukan pada gigi yang sakit dengan putik kapas.
 

6. Untuk gigi geraham berlubang, tumbuk seulas bawang putih hingga lumat dan masukkan sedikit cuka. Masukkan bahan tadi ke dalam lubang gigi.

Thursday 24 October 2013


strok/quran



Ubati strok dengan Al-Quran

Soalan

Assalamualaikum Tuan Haji. Dua minggu lalu ayah saya diserang angin ahmar. Doktor menerangkan berlaku pendarahan besar di dalam otak ayah. Kini ayah terlantar di hospital, lumpuh sebelah kanan badan. Ayah tidak boleh bercakap dan bergantung kepada kami untuk mengurus diri. Saya meminta tolong Tuan Haji menerangkan rawatan al-Quran untuk angin ahmar. Terima kasih.
Khairul, Permatang Pauh

Jawapan

Penyakit angin ahmar atau strok berlaku apabila bekalan darah ke sebahagian otak terputus tiba-tiba. Otak memerlukan bekalan oksigen berterusan daripada darah. Jika bekalan darah terputus, sel otak yang terjejas akan rosak atau mati.

Kadangkala strok dipanggil 'serangan otak'. Terdapat dua jenis strok iaitu Strok Iskemia dan Strok Haemoragik.

Strok Iskemia berlaku bila terdapat darah beku di dalam saluran darah di otak menyebabkan tersumbat. Iskemia bermaksud pengurangan bekalan darah dan oksigen ke bahagian badan tertentu.

Dalam setengah penyakit strok, darah beku boleh terbentuk dalam saluran darah otak sendiri dan menyebabkan strok iskemia. Dalam kes strok iskemia lain, darah beku boleh terbentuk di luar otak dan bergerak ke otak seterusnya menyumbat saluran darah otak.

Strok Haemoragik (pendarahan) berlaku apabila saluran darah otak lemah, rosak dan pecah menyebabkan pendarahan dalam otak.

Terdapat dua jenis pendarahan otak iaitu Pendarahan Intracerebral dan Pendarahan Subarachnoid.

Pendarahan Intracerebral berlaku apabila saluran darah pecah di dalam otak kemudian mengalir ke dalam otak menyebabkan bekalan darah ke sel otak terputus dan sel otak akan rosak atau mati. Pendarahan jenis ini berlaku dalam satu daripada 10 kes strok.

Pendarahan Subarachnoid berlaku jika saluran darah pecah di ruang antara otak dan tengkorak. Ruang tersebut biasanya diisi cecair otak - cerebrospinal. Setiap satu daripada 20 kes disebabkan jenis ini.

Strok di Malaysia Menurut Persatuan Strok Kebangsaan Malaysia (NASAM), setiap seorang daripada enam orang di Malaysia akan diserang strok.

Setiap tahun dianggarkan 40,000 rakyat Malaysia mengalami strok. Strok adalah punca kematian ketiga terbesar selepas sakit jantung dan kanser. Strok menyerang sesiapa sahaja.

Punca Punca berisiko tinggi berlaku strok terbahagi kepada dua tidak boleh diubah dan boleh diubah.

Risiko tidak boleh diubah:

* Umur

* Genetik

* Jantina

* Sejarah serangan jantung atau strok Risiko boleh diubah:

* Tekanan darah tinggi

* Merokok

* Kencing manis

* Kolesterol

* Obesiti

Simptom serangan strok Setiap fungsi tubuh yang berbeza dikawal oleh bahagian otak berbeza. Oleh itu, setiap simptom strok berbeza mengikut bahagian otak terjejas dan saiz otak yang rosak.

Satu atau lebih simptom tiba-tiba:

1. Tangan kaki lemah atau lumpuh.

2. Sebelah muka lemah. Air liur sentiasa

meleleh tanpa kawalan.

3. Masalah kestabilan, koordinasi badan,

percakapan, penglihatan, sukar menelan.

4. Rasa pening atau sakit kepala

5. Kebas di sebahagian daripada badan

6. Pengsan atau menjadi keliru

Kesan jangka panjang Jenis dan kadar kelumpuhan disebabkan serangan strok berbeza mengikut kadar kerosakan otak selepas serangan strok.

Serangan teruk boleh menyebabkan kematian. Jenis kesan jangka panjang serangan strok adalah seperti berikut:

1. Sebelah badan lemah.

2. Masalah kestabilan, koordinasi badan.

3. Masalah menelan.

4. Masalah percakapan dan komunikasi.

5. Masalah penglihatan.

Apa yang tersenarai di atas adalah contoh yang mungkin berlaku selepas serangan strok. Setiap strok berbeza dan kesan strok harus diteliti untuk setiap seorang pesakit.

Minggu terawal selepas strok, bengkak di sekeliling bahagian otak yang rosak akan kurang. Sebahagian simptom mungkin kurang atau hilang. Dengan rehabilitasi dan terapi, keadaan pesakit mungkin bertambah baik.

Rawatan moden Rawatan untuk strok melibatkan rawatan kecemasan sebaik sahaja serangan strok berlaku dan rawatan rehabilitasi atau fisioterapi selepas pesakit strok stabil. Pesakit strok yang mengalami simptom awal serangan harus dihantar ke wad kecemasan secepat mungkin.

Rawatan segera penting untuk mengelak kematian. Rawatan kecemasan awal boleh mengurangkan kerosakan otak dan meningkatkan kesembuhan.

Rawatan kecemasan melibatkan penggunaan ubatan dan/atau pembedahan akan mengeluarkan darah beku dari otak.

Rawatan rehabilitasi dilakukan selepas pesakit stabil untuk membantu mendapat kekuatan fizikal, mengembalikan keupayaan fungsi badan dan membolehkan pesakit berdikari.

Rawatan al-Quran Ayat al-Quran memiliki mukjizat membantu penyembuhan strok. Daripada pengalaman kami di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah mengubati pesakit strok, ramai mengalami perubahan sangat positif selepas rawatan menggunakan ayat suci al-Quran.

Kami mendapati ada unsur gangguan makhluk halus menyebabkan serangan strok dalam sebahagian pesakit.

Sejenis jin digelar Jin Ahmar masuk dalam badan pesakit dan merosakkan saluran darah dalam otak menyebabkan pendarahan dan mengakibatkan pesakit mendapat strok.

Perubatan moden mengakui strok disebabkan pendarahan dalam otak, tetapi sukar menerangkan puncanya. Kita selalu mendengar pesakit muda, tiada sejarah keluarga, sihat, tiada darah tinggi atau diabetes tetapi mendapat strok.

Dalam kes demikian selalunya mereka diganggu Jin Ahmar dan perlu dikeluarkan daripada badan pesakit sebelum dirawat.

Setiap pesakit strok yang datang berubat, akan diperiksa jika ada gangguan Jin Ahmar. Selalunya jin Ahmar berada di dalam otak atau tulang belakang pesakit. Perawat Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah dengan izin Allah mengeluarkannya jika ada dan memberikan ayat berikut untuk diamalkan disertai doa kepada Allah memohon penyembuhan. InsyaAllah ayat al-Quran yang dibaca pesakit dapat merangsang sel otak yang rosak akibat strok berfungsi semula.

Ayat-ayat tersebut adalah:

Surah Al-Israa' ayat 40 hingga 55

Surah An-Nahli ayat 81 hingga 89

Surah Az-Zumaar ayat 24 hingga 37

Surah An-Nahli ayat 35 hingga 47

Cara amalan ialah, pesakit hendaklah membaca surah pertama tiga kali waktu malam dan surah kedua tiga kali pada siang. Pembacaan diamalkan setiap hari selama tiga hingga empat minggu.

Selepas membaca tiga kali, pesakit perlu memohon doa penyembuhan kepada Allah.

Pesakit harus ingat penyembuhan hanya dengan izin Allah. Kita jangan berputus asa dan sentiasa berdoa kepada Allah. Seperti di dalam surah Yusuf ayat 12, Allah berfirman; "….dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."

Penutup Kita sebagai umat Islam yang diberi nikmat Islam dan iman harus berpegang teguh, beramal dan yakin mukjizat al-Quran.

Keistimewaan al-Quran pasti membantu setiap insan di dalam kehidupan dunia yang silih berganti antara bahagia dan sengsara.

Apabila kita atau insan tersayang ditimpa strok, kita kena kuat dan tabah. Kadangkala keluarga pesakit tertekan menjaga pesakit strok. Ramai keluarga pesakit mengadu susahnya menjaga pesakit strok.

Bersabar, berikhtiar dan percaya semua dugaan dan ujian Allah ada hikmahnya. Antara cara memperkuatkan rohani dan hati apabila dilanda penyakit hati akibat musibah strok adalah membaca al-Quran setiap hari.

Penawar rohani paling mujarab sudah lama diberi kepada manusia, iaitu al-Quran. Allah berfirman di dalam surah Yunus ayat 57: "Wahai manusia, telah datang kepada kamu al-Quran yang menjadi pengajaran daripada Tuhanmu dan penyembuhan bagi penyakit yang ada dalam dadamu (jiwa) dan petunjuk serta rahmat bagi orang yang beriman."

Bacalah surat istimewa daripada Allah kepada hamba-Nya setiap hari. Jadikan amalan ini rutin, semoga kita mendapat keberkatan.

puasa,dhuha,witir


Friday 18 October 2013

petua penyimpanan makanan

Panduan asas penyimpanan makanan di ruang pendingin (chiller) peti sejuk:

1)Simpan makanan mentah dan makanan yang telah dimasak dalam ruang yang berbeza dan bertutup.

2)Simpan semua makanan yang telah dimasak di dalam bekas atau beg plastik yang bertutup, dibungkus dengan plastik nipis atau kertas aluminium bagi mengelakkan pengeringan, pencemaran, perubahan bau dan tumpah.

3)Simpan makanan masak di bahagian atas dan makanan mentah di bahagian bawah bagi mengelakkan pencemaran. Makanan yang telah dimasak boleh jadi tercemar walaupun bercampur sedikit saja bahan mentah. Bahan mentah seperti daging dan sayur-sayuran biasanya mengandungi kuman yang boleh mencemar makanan yang telah dimasak.

4)Simpan sayur-sayuran di dalam beg plastik berlubang dalam ruang sayur-sayuran. Ini bagi mengurangkan kehilangan air dan untuk peredaran udara.

5)Simpan buah-buahan dan sayur-saurian berasingan kerana ia boleh menyebabkan pengumpulan gas ethelene dalam peti sejuk yang akan merosakkan makanan.

6)Simpan mentega atau marjerin berasingan dari ikan dan buah-buahan kerana ia boleh berubah dengan bau tersebut.

7)Simpan telur dan makanan berasaskan telur berasingan dari bawang bagi mengelakkan ia berubah dengan bau bawang.
Jangan simpan makanan panas terus di dalam peti sejuk. Ia hendaklah disejukkan terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk. Makanan yang panas perlu disejukkan dulu sebelum disimpan untuk menghalang pertambahan kelembapan dan mengekalkan suhu di dalam peti sejuk.

8)Jangan menyimpan makanan dalam tin yang telah dibuka dalam peti sejuk. Ini kerana jika disimpan dalam tin yang asal, kandungannya akan bertindak balas dengan logam tin tersebut apabila terdedah ke udara. Pindahkan makanan tersebut ke dalam bekas plastik atau kaca bertutup sebelum disimpan ke dalam peti sejuk.

9)Jangan menyimpan daging, ikan dan ayam di dalam peti sejuk lebih dari 3 hari. Kandungan protein dan kelembapan yang tinggi di dalam makanan tersebut akan menggalakkan pembiakan kuman dan menyebabkannya cepat rosak.

10)Jangan simpan makanan yang telah dimasak lebih dari 3 hari di dalam peti sejuk.

oh malaysiaku,miskin curi utk makan,membazir guna makanan


bersama chef adam lee...

pengalaman bersama chef adam lee....
Masjid bukan sekadar belajar ilmu agama sahaja, malah ia lebih dari itu. Bertitik-tolak dari itu. Team CMF telah merangka modul untuk 'Bengkel Masakan Cina Muslim' khas untuk kariah masjid dan surau. Kepelbagaian rasa dan aroma masakan Cina membuatkan ramai yang tertanya-tanya apa rahsianya. Antara kerisauan dan keinginan untuk mencuba masakan di luar kebiasaan disebabkan faktor Halal dan kadangkala faktor harga membuatkan ramai menguburkan hasrat ingin merasai keenakan masakan Cina. Kini, sesi pembelajaran secara praktikal oleh Chef Adam Lee Abdullah membolehkan ahli kariah yang berminat mempelajarinya memasak pada bila-bila sahaja untuk ahli keluarga tercinta. Buat wakil masjid/surau/persatuan/kelab yang berminat mengundang Team @[439494106086716:274:Chinese Muslim Food] untuk 'Bengkel Masakan Cina Muslim' di kariah masing-masing, sila hubungi hotline : 013 6301 600

harapkan aLLAH


tuntutan anak lelaki/perempuan


Wednesday 16 October 2013

kalimah ALLAH utk siapa?


ISU KALIMAH ALLAH ... PERTIKAI KEPUTUSAN MAHKAMAH RAYUAN BOLEH JADI MURTAD DAN KAFIR ..... MANTAN MUFTI PERLIS BELASAH MANTAN MUFTI JOHOR!!!!!

Tindakan memurtadkan umat Islam yang membenarkan penganut Kristian menyebut kalimah Allah mempunyai kesan yang amat besar sehingga melibatkan seluruh dunia Arab dan ulama-ulama terkemuka, kata Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Ini kerana, selain semenanjung Malaysia, seluruh dunia Arab, sejak zaman permulaan Islam lagi membenarkan golongan Kristian menyebut kalimah Allah, kata bekas mufti Perlis itu.

"Sejak seribu tahun lalu, sejak zaman Nabi Muhammad lagi mereka menggunakan perkataan Allah. Tiada isu selagi mereka menggunakannya merujuk kepada zat yang sebenar, bukan untuk berhala," katanya.

Bercakap kepada Malaysiakini hari ini, Dr Asri bagaimanapun enggan merujuk langsung kepada mana-mana pihak sebaliknya hanya menyebut "pihak tertentu".

Dr Asri berkata, jika pandangan itu jika diambil kira, bermaksud sarjana terkemuka Islam Dr Yusof Qardawi dan Dr Wahbah Zuhaili - yang membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh Kristian - juga dianggap murtad.

Menurutnya lagi, pandangan itu juga memberi kesan kepada negeri yang lagu rasminya menggunakan kalimah Allah, serta penggunaan tulisan Allah untuk logo polis dan tentera, termasuk bukan Islam.

"Kena hati-hati pada kesan sesuatu pandangan. Pandangan ini tidak munasabah. Jadi, pihak tersebut mesti tampil menjelaskan macam mana yang dikatakan sesat itu" katanya.

Penasihat Majlis Agama Islam Johor Datuk Nooh Gadut hari ini memberi amaran, umat Islam yang mempertikai keputusan Mahkamah Rayuan berhubung kes penggunaan kalimah "Allah" boleh menjadi kafir dan murtad

Posted by OMAK KAU!!!! at Wednesday, October 16, 2013
http://networkedblogs.com/Q74BG

Sabah dan Serawak apa cerita... ke Islam dalam melayu UMNO dan sekutunya ikut tempat dan populasi.. http://fb.me/1A0MYTEmp

ini lah jadinya

SENDIRI LULUS, SENDIRI BANTAH ... itu lah kebijakkan politik puak UMNO.. http://fb.me/6x4PAqOaB

Sunday 13 October 2013

Doa Sakit Kepala / Migraine

Doa Sakit Kepala / Migraine

Paling AFDHAL mulakan dengan membaca:
1) Al Fatihah
2) Ayat Qursi
3) Selawat Nabi

Kemudian disusuli doa/ayat quran yang diberi.

Sebaiknya berdoa untuk mendekatkan diri kepada Allah.
Kemudian akan disusuli dengan kesembuhan Insya Allah.
Jika tidak dimakbulkan, bermuhasabahlah diri sendiri,
jika ada kesalahan dengan manusia atau dengan Allah.
Berbuat baik dan bertaubat nasuha

doa baiki diri


doa hari arafah


Thursday 10 October 2013

HANGAT!! Pendedahan Caj Sarapan VVIP RM 6000

stages of life


curi RM2 penjara 2tahun

buat baik kpd manusia

bawang jadi beracun

khasiat petai

: Petai atau Parkia speciosa mengandungi tiga gula semulajadi-sukrosa, fruktosa dan glukosa. Digabungkan dengan serat, petai memberikan, meningkatkan kadar segera dan berterusan tenaga. Penyelidikan telah membuktikan bahawa hanya dua hidangan petai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit ..

Tidak hairanlah petai adalah nombor satu buah utama kepada atlit terkenal dunia. Tetapi tenaga bukanlah satu-satunya cara petai boleh membantu kita menjaga kesihatan. Ia juga boleh membantu mengatasi atau menghalang sejumlah besar penyakit dan keadaan, menjadikan ia satu kemestian untuk menambah kepada diet harian kita...

Off Topik : Petai atau Parkia speciosa mengandungi tiga gula semulajadi-sukrosa, fruktosa dan glukosa. Digabungkan dengan serat, petai memberikan, meningkatkan kadar segera dan berterusan tenaga. Penyelidikan telah membuktikan bahawa hanya dua hidangan petai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit .. 

Tidak hairanlah petai adalah nombor satu buah utama kepada atlit terkenal dunia. Tetapi tenaga bukanlah satu-satunya cara petai boleh membantu kita menjaga kesihatan. Ia juga boleh membantu mengatasi atau menghalang sejumlah besar penyakit dan keadaan, menjadikan ia satu kemestian untuk menambah kepada diet harian kita...

Sumber~http://ini-kalilah.blogspot.com/2013/08/bongkar-tahukah-anda-khasiat-petai.html

aurat lelaki dan perempuan


uli tepung roti/canai ada lagi mcmni?


Wednesday 9 October 2013

Telekinetic Coffee Shop Surprise

menu pelik restoran


mana satu yg betul?

Sumber FB Adli Muhammad AlHasan
P/s: Kalau berdasarkan laporan akhbar, rata-rata membidas restoran ini termasuklah TM yang terkejut dengan caj yang dikenakan bagi 50 orang. Namun berdasarkan penjelasan di atas, banyak perkara yang tidak dilaporkan oleh media. 
Jika begitu kesnya, mengapa PDNKK tetap mengenakan saman terhadap kedai ini? Jumlah amat besar, iaitu RM175 ribu.

mana satu yang betul?

KOTA BHARU: Gara-gara mengenakan bayaran RM6,000 kepada kumpulan VVIP untuk sarapan pagi, sebuah restoran di Pengkalan Chepa, di sini, diserbu penguat kuasa Pejabat Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (PDNKK).

Rombongan 50 orang itu, termasuk mereka yang datang dari luar Kelantan untuk menghadiri satu majlis rasmi di bandar ini.st

Timbalan Pengarah PDNKK negeri, Ab Ghani Harun berkata, bertindak atas laporan itu, pihaknya menyerbu restoran yang terletak di Taman Uda Murni, pagi semalam.

“Hasil pemeriksaan yang dilakukan, kita dapati peniaga kedai terbabit menutup papan tanda harga yang sedia ada dengan pita pelekat.

“Kita mengesyaki peniaga berkenaan mempunyai niat untuk menipu dan mengenakan caj harga sesuka hati ke atas pelanggan.

"Atas kesalahan itu, kita kenakan kompaun ke atas pihak terbabit,” katanya kepada pemberita, selepas serbuan ke atas restoran terbabit.

Dalam serbuan itu, pihaknya turut merampas lauk pauk dan makanan bernilai hampir RM6000.

Ab Ghani berkata, jika sabit kesalahan pengusaha itu boleh dikenakan tindakan di bawah Perintah 3 (1) Akta Kawalan Harga (Penandaan Harga Oleh Penjual Runcit) 1993 dengan penalti RM250,000 dan kompaun maksimum RM175,000.

“Ini bagi memberi pengajaran terhadap kesalahan yang mereka lakukan. Diharap peniaga-peniaga lain turut berwaspada. Jika dikesan melakukan penipuan mereka juga akan dikenakan kompaun.

“Saya menasihatkan semua peniaga di negeri ini supaya meletakkan tanda harga yang jelas untuk mengelakkan kekeliruan di kalangan pelanggan, terutama mereka yang datang dari luar Kelantan,” katanya.

Sementara itu, bayaran makanan yang dicaj hingga mencecah RM6,000 oleh restoran itu menyebabkan ramai dalam kumpulan VVIP itu meluahkan rasa terkejut dan kesal dengan sikap peniaga berkenaan.

Seorang pelanggan yang enggan dikenali berkata, anggota-anggota rombongan VVIP terbabit berhenti makan pagi di restoran itu sebelum menghadiri satu majlis rasmi di bandar ini.

“Kami mula memesan makanan mengikut kehendak masing-masing dan makanan itu disediakan dalam beberapa hidangan di setiap meja makan.

“Antara yang dihidangkan ialah ayam goreng kampung dan gulai itik serati, di samping sayuran-sayuran dan beberapa lauk-pauk lagi,” katanya.

Menurutnya, selepas semua selesai makan dan salah seorang daripada mereka bangun untuk membuat pembayaran, peniaga terbabit mengatakan jumlah keseluruhan sarapan itu adalah RM6,000.

“Kami semua yang ada di situ terkejut. Ada yang menggeleng seperti tidak percaya dengan apa yang kami dengar daripada peniaga itu. Langsung tidak masuk akal.

“Walaupun terkedu, bayaran tetap dibuat selepas ada sedikit tawar menawar dengan peniaga itu.

"Kami tidak setuju dengan harga cekik darah itu, tetapi disebabkan kami terpaksa bergegas untuk menghadiri majlis rasmi tersebut, seorang daripada anggota kumpulan itu membayarnya," katanya.

ganjaran memasak utk suami


Monday 7 October 2013

khasiat halia/ ketoksidan MSG

  • halia Halia bersifat memelihara saraf daripada kesan ketoksikan MSG

TERDAPAT ribuan makanan terproses dikatakan mengandungi penambah perisa monosodium glutamate (MSG). Dalam bahasa Melayu monosodium glutamate dikenali sebagai mononatrium glutamat.

Kicap, sos tiram, mi segera, mi sup pasar malam dan masakan Cina adalah antara makanan yang biasa ditambah dengan MSG.

Masakan sejuk beku mudah sedia seperti nuget dan sosej juga biasa ditambah MSG. Sesetengah orang termasuk penulis mudah membezakan sama ada sesuatu makanan ditambah MSG atau tidak.

Sesetengah orang pula amat sukar membezakan sama ada kelazatan itu berpunca daripada bahan dimasak (contohnya ikan segar) atau kerana ditambah MSG.

Apakah motif penjual makanan dan pengeluar produk makanan terproses menambah perisa MSG?

Antara kaedah mendapatkan keuntungan dalam perniagaan sesuatu produk ialah apabila berlaku pembelian secara berulang.

Produk makanan lazat membawa pulangan tinggi kerana permintaan produk adalah tinggi.

Beberapa kajian sains mengaitkan MSG dengan pembentukan obesiti namun dengan keputusan berbeza-beza. Maksudnya terdapat kajian yang menunjukkan MSG menyebabkan obesiti dan sebahagian kajian lain pula tidak.

Kajian di China dalam laporan American Journal of Clinical Nutrition (June 2011) mendapati pengambilan makanan mengandungi MSG menyebabkan obesiti. Kajian selama 5.5 tahun itu melibatkan 10 ribu orang dewasa.

Golongan penyelidik mendapati subjek lelaki dan wanita yang mengambil MSG paling tinggi (5 gram sehari) mengalami berat badan berlebihan 30 peratus lebih mudah berbanding dengan subjek yang mengambil MSG pada paras paling rendah (kurang daripada 0.5 gram sehari).

10 gram sehari
Apabila penyelidik menyisih individu yang sudah sedia mengalami berat badan berlebihan pada permulaan kajian, risiko didapati meningkat sebanyak 33 peratus.

Kajian ini menunjukkan semakin tinggi MSG yang diambil seseorang (secara kerap dan berpanjangan maka risiko untuk mengalami pertambahan berat badan semakin meningkat.

Penduduk Amerika Syarikat mengambil purata dari 0.5 gram MSG sehari. Manakala orang Korea dan Jepun mengambil MSG pada kadar yang lebih tinggi, antara 1.5 gram hingga 10 gram sehari. 10 gram sehari sama dengan 2/3 sudu besar!

Penulis tidak tahu sama ada terdapat penduduk Malaysia yang mengambil MSG (dari makanan yang dimakan) pada kuantiti tinggi hingga 10 gram sehari.

Yang penulis tahu secubit MSG (mungkin beberapa puluh miligram) sudah cukup untuk melazatkan makanan yang disediakan untuk 3-5 orang.
Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan MSG dikaitkan dengan pembentukan obesiti.

Yang pertama ialah mereka yang mengambil makanan mengandungi MSG mungkin makan secara berlebihan.

Yang kedua, pengambilan MSG secara berterusan dikatakan menyebabkan pembentukan kekebalan leptin (leptin resistance).

Leptin ialah sejenis hormon dibina sel lemak dan satu daripada fungsinya adalah ia mengawal selera makan.

Kekebalan leptin berlaku apabila leptin sentiasa berada paras tinggi. Pada keadaan ini leptin sudah tidak dapat berhubung dengan otak dan individu terbabit akan sentiasa lapar sepanjang masa.
Semakin tinggi pengambilan MSG maka paras leptin juga didapati semakin tinggi. Semakin meningkat pertambahan berat badan seseorang maka semakin tinggi paras leptin didapati dalam darah.
Terdapat juga kajian menunjukkan tikus obes yang disuntik dengan MSG menjadi semakin obes pada akhir kajian. Tikus obes tersebut juga didapati mengalami diabetes jenis 2!
Kajian lain mendapati tikus obes yang disuntik MSG mengalami kekebalan insulin iaitu keadaan di mana reseptor insulin pada membran sel tidak dapat mengesan kehadiran insulin.

Keadaan ini biasanya akan menyebabkan paras glukos meningkat dalam darah dan seterusnya menyebabkan diabetes jenis 2.
FDA mengaku bahawa sesetengah individu didapati mengalami tindak balas jangka pendek dikenali sebagai MSG Symtom Complex.
Ia beraku terutama pada mereka yang mengambil MSG pada kadar yang tinggi dan mereka yang mengalami asma.
Simptom (MSG Symtom Complex) dikaitkan pengambilan MSG termasuk rasa kebas, pijar, rasa mencucuk-cucuk, muka berkerut, sakit dada, sukar bernafas, sakit kepala, loya, denyutan jantung deras, seakan-akan mabuk dan lesu.
Sesetengah orang akan mengalami sakit kepala dan sakit bahu sebaik-baik sahaja selepas mengambil makanan mengandungi MSG.

MSG terdapat dalam makanan tidaklah tinggi. Mereka ini mungkin tergolong dalam golongan sensitif MSG.

Di Amerika Syarikat dianggarkan 40 peratus daripada penduduk di sana sensitif kepada MSG. Angka di Malaysia tidak diketahui namun penulis percaya terdapat individu yang sensitif MSG.
Merosakkan sel
Penggunaan aditif makanan ini mendapat kritikan daripada kalangan pihak yang percaya MSG bukan sahaja dapat menyebabkan gejala yang disebutkan di atas malah mereka juga percaya pengambilan MSG boleh menyebabkan kematian.
MSG yang disahkan FDA dalam kategori bahan selamat dimakan (GRAS, generally regarded as safe) ini dikatakan bersifat excitotoxin.

Dr Russel Blaylock, penulis buku berjudul Excitotoxins: The Taste that Kills. menerangkan bahawa MSG mengaktifkan sel-sel secara berlebihan hingga menyebabkan ia mengalami kerosakan atau mati. Ini boleh menyebabkan pelbagai tahap kerosakan otak.

Ia seterusnya berpotensi pelbagai masalah seperti antara lain menyebab/memburukkan masalah pembelajaran, penyakit Alzheimer, penyakit Parkinson dan penyakit Lou Gehrig.

Menurut Dr Blaylock lagi reseptor glutamat telah ditemui dalam sistem pengaliran elektrik jantung.

Beliau berkata (tambahan penulis: sesetengah) kematian mengejut ahli sukan mungkin ada kaitan dengan mekanisme ini iaitu berpunca daripada kerosakan sel berpunca dari MSG.

ALLAH sayang kita. Dia mencipta halia dan mungkin pelbagai makanan (termasuk herba atau suplemen) lain yang dapat membantu mengatasi kerosakan saraf (dan mungkin sel) berpunca daripda pengambilan MSG.

Kajian oleh saintis Arab Saudi seperti dilaporkan dalam jurnal Pakistan Journal of Biological Science (Februari 2009) mendapati halia bersifat memelihara saraf daripada kesan ketoksikan MSG.

Dengan ini, deduksi dapat dilakukan terhadap pengambilan makanan tertentu seperti rumpai laut terhadap ketoksikan MSG.

Ia kaya dengan pelbagai bioflavonoids, karotenoid dan mineral yang berkemungkinan besar bersifat menghalang orang Jepun daripada mengalami kerosakan sel saraf walaupun menjadikan rumpai laut adalah bahan makanan utama mereka sepanjang hayat.

Pada masa hadapan kajian sains akan mendapati beratus malah beribu bahan makanan yang dikenal pasti bersifat menjaga sel daripada kerosakan berpunca dari pengambilan MSG.

Penulis tidak hairan jika ia berlaku kerana penulis adalah antara individu yang biasa menjangka sesuatu mekanisme (dalam bentuk deduksi) yang belum ditemui atau disahkan golongan saintis.

halia ubat utk?

ini sebab kena ada rasuah