Pages

Monday 22 August 2011

RESEPI IKAN MASAK MERAH


Bahan-bahan
5 ekor ikan [terpulang ikan apa]
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 inci halia
cili kisar [ikut suka hati jika mahu pedas]
sos cili kimball
air asam jawa
garam
gula


Cara membuatnya
1. Goreng ikan terlebih dahulu.
2. Kisar bawang merah, bawang putih, halia dan cili dan tumiskan hingga naik bau.
3. Masukkan sedikit air dan sos cili kimball. Masukkan juga air asam jawa, garam dan gula hingga cukup rasa.
4. Masukkan bawang yang dipotong2 dan tomato untuk hiasan.
5. Masukkan ikan yang telah digoreng dan kacau dan angkat.
6. Taburkan daun sup yang dipotong panjang2 sebagai hiasan.
7. Sedia dihidang.

No comments:

Post a Comment