Bahan-bahan :
Hati lembu
Seinci kunyit hidup - ditumbuk
Seinci halia - ditumbuk
5 ulas bawang putih - ditumbuk
1 sudu kecil ketumbar - ditumbuk
sedikit garam - ditumbuk
lada hijau
lada merah
Sebiji bawang besar, dimayang
Sedikit minyak masak
Sebiji jus limau nipis / kasturi
Sebiji tomato
Daun bawang - hiris kasar
Cara :
1. Perap hati lembu yang dipotong kecil dengan bahan-bahan yang ditumbuk.
2. Masakkan hingga airnya hampir kering.
3. Masukkan sedikit minyak masak. Kacau hingga masak.
4. Masukkan tomato, bawang besar, cili dan jus limau.
5. Kacau-kacau, masukkan daup bawang untuk hiasan. Siap!
No comments:
Post a Comment