Khasiat Susu Kambing
“Khasiat terpenting dalam proses pembentukan dan pertumbuhan jaringan tubuh manusia”. Kandungan protein dalam susu kambing adalah hampir
sama dengan susu ibu dan melebihi daripada dalam susu lembu.
Susu Kambing tidak mengandungi jenis protein (alpha-casein protein & beta-casein protein) yang menyebabkan alahan seperti yang terdapat dalam susu lembu. Protein yang terdapat dalam susu kambing mengandungi 22 asid amino termasuk 8 jenis asid amino essensial :-
Penting untuk perkembangan sel otak dan sistem saraf. Pembentukan sel darah penawar racun (detoksifikasi – bahan kimia berbahaya yang
masuk ke dalam tubuh) Pembina protein & enzim (Otot, sendi, organ &
pundi diperbuat daripada protein)
“Gabungan kalsium & Phosporos = Calciumphosphate - komponen penting membentuk struktur dan kekuatan tulang serta beberapa fungsi tubuh yang lain.”
Kandungan kalsium & phosporos dalam susu kambing adalah hampir sama dengan susu ibu dan melebihi daripada dalam susu lembu. Kepentingan kalsium untuk beberapa fungsi yang lain:-
- Mengeluarkan dan mengaktifkan banyak hormon
- Membolehkan pengumpalan darah
- Mengekalkan ketampanan otot dan mengawal pengucupan
- Menstabilkan dan menyelenggara membran sel
- Membolehkan saraf berfungsi dengan baik
- Mengawal degupan jantung
- Boleh mengurangkan kejadian kanser kolon
- Menyingkirkan toksin dalam kolon
- Menurunkan tekanan darah
- Memperbaiki ketegangan dan tidur yang selesa
- Membantu mencegah penyakit gusi dan
keretakan akibat tekanan
“Trace Mineral - Komponen antioksidan protein mengawal & mencegah kerosakan sel akibat radikal bebas, membasmi sel kanser, mengawal sel kulit dari sinar UV dan penting untuk masalah penyakit berkaitan penuaan”
Kandungan Selenium paling tinggi dalam susu kambing berbanding susu
lembu @ lain-lain susu Selenium dikatakan sebagai senjata efektif melawan kanser - Hasil daripada kajian Dr. Larry Clark dari Arizona Cancer Centre menunjukkan supplemen selenium mengurangkan risiko kanser paru-paru sebanyak 46%, kanser kolon
58%, kanser prostat 63% dan purata pengurangan sebanyak 37% dalam semua jenis kanser. Penting untuk kesuburan lelaki – diperlukan untuk biosentisis testoron & pertumbuhan sperma normal. Penting dalam pengeluaran sejenis hormon otak ‘neurotransmitter’- tahap selenium yang rendah dikaitkan dengan risiko ‘dementia’ & penyakit mental. Penting untuk sistem imum dengan menghasilkan sejenis hormon ‘interleukin-2 (IL2) receptors’ keatas permukaan T-cells.
“Tubuh badan yang sihat mengekalkan imbangan Nilai pH antara pH 7.35 – 7.45”
Pada pH badan yang normal, sel-sel badan dapat berfungsi dengan sempurna dan sel-sel imum dapat membunuh sel-sel pathtogen yang mengancamnya. pH yang rendah (berasid) mengundang penyakit seperti kencing manis dan lain-lain lagi.
Sama seperti susu ibu, pH susu kambing beralkali berbanding dengan susu lembu yang asidik.Susu kambing dapat meneutralkan asid dalam perut dan mengujudkan persekitaran yang lebih beralkali – baik untuk sistem penghadaman dan
dapat mengatasi masalah penyakit seperti gastrik, ulser perut dsb.
No comments:
Post a Comment