Pages
▼
Sunday, 3 July 2011
resepi Begedil Ayam/Daging(di Restoran Basha rm1.00sj)
Begedil Ayam/Daging
Bahan-Bahan:
3 biji kentang (saiz sederhana ,buang kulit & hiris anggaran 1/2 in tebal)
secawan gading yg telah dicincang halus/isi ayam
sesudu teh serbuk lada putih/sulah (jika guna ayam)
sesudu teh serbuk lada hitam (jika guna daging )
Garam (secukup rasa)
1 sudu bawang goreng (ditumbuk)
2 ulas bawang merah (digoreng)
1 sudu daun bawang
1 biji telur (dipukul untuk menyalut begedil )
secawan Minyak masak untuk menggoreng menggoreng.
Cara:
1. Kentang digoreng terlebih dahulu sehingga masak. Kemudian tumbuk halus kentang yang telah masak dan letakkan di dalam mangkuk.
2. Rebus daging dengan secawan air dan tumbuk. Masukkan pula daging cincang ke dalam adunan kentang tadi beserta garam dan lada hitam. (jika guna ayam , goreng ayam dahulu dan tumbuk daginnya.guna lada sulah)
3. Gaulkan adunan tadi sehingga rata dan kepalkan bulat dan dileperkan. Biasa nya saiz begedil bergantung kpd kesukaan masing2. saya biasa membuatnya kecil sebesar duit 50sen.
4. Celupkan kepalan tadi ke dalam telur dan goreng sehingga masak.
Tips untuk begedil:
Biasanya aduan tentang begedil lembik dan hancur dalam kuali. Ini kerana adunan tidak melekat. Ada orang masukkan sesudu tepung gandum dalam adunan ttp saya lebih suka goreng kentang, Bila kentang di goreng , minyak akan jadi bahan pelekat untuk elak kentang dari terbarai.
Sebut betul2... begedil bukan pegedil atau berdegil..
No comments:
Post a Comment