Pages
▼
Wednesday, 3 August 2011
Resepi: Asam Pedas Tempoyak Ikan Patin
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan patin
6 tangkai daun kesum
1 batang bunga kantan
40 ml air asam jawa
250 ml air
2 sudu besar tempoyak
Minyak
BAHAN KISAR:
8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
4 cm kunyit hidup
10 tangkai cili kering
20 gm belacan
CARA MENYEDIAKAN:
Panaskan sedikit minyak, tumis bawang merah, bawang putih dan sedikit belacan sehingga naik bau.
Setelah tumisan hampir garing, masukkan cili dan kunyit. Tumis lagi sehingga wangi.
Selepas itu, tuangkan air asam jawa dan air secukupnya.
Masukkan daun kesum, bunga kantan dan tempoyak.
Akhir sekali barulah masukkan ikan patin. Tambahkan garam secukup rasa. Kalau nak lebih sedap, masukkan bendi. Biarkanlah kuah sehingga mendidih.
Setelah masak, angkat dan bolehlah dihidangkan
No comments:
Post a Comment