Bahan-bahan :
Sekeping ikan dori
Sesudu makan mixed vegie
2 ulas bawang merah - ditumbuk
1 ulas bawang putih - ditumbuk
Halia - dihiris
Sos ikan
Sos tomato
Daun bawang & daun sup - hiris kasar
Caranya :
Ikan dori diperap garam dan kunyit. Digoreng garing. Ketepikan.
Tumis bahan tumbuk dan halia hingga wangi.
Masukkan sos ikan dan sos tomato.
Masukkan air sedikit. Biar hingga pekat sedikit.
Masukkan mixed vegie.
Sesuaikan rasa.
Masukkan daun sup dan daun bawang.
Curah kuah ke atas ikan yang telah digoreng tadi.
Siap :)
No comments:
Post a Comment