Pages
▼
Wednesday, 10 August 2011
Resepi Mee Rebus
Bahan-bahan:
500gm daging ~ saya potong kiub besar, rebus dan dihiris nipis
500gm keledek/ubi kentang ~ potong dan direbus
2 biji tomato ~ rebus sebiji2 bersama daging
10 ulas bawang putih ~ dikisar
3 biji bawang besar ~ dikisar
1/2 inci halia ~ dikisar
100gm udang kering ~ dikisar
3 sudu makan cili kisar ~ kalau nak pedas tambah lagi
7-8 sudu makan cili sos ~ boleh dikurangkan mengikut citarasa
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya
Minyak masak utk menumis.
** Daging, kentang dan tomato, saya rebus sekali. Kemudian kentang dan tomato(buang kulit) tersebut dikisar.
** Daging pula dihiris nipis-nipis
Bahan-bahan lain/sampingan:
Mee kuning ~ celur sekejap dan toskan
Taugeh ~ celur sekejap dan toskan
Hirisan cili api/hijau dan merah
Hirisan daun bawang
Hirisan lemon/limau kasturi/limau nipis
Telur rebus ~ dibelah dua
Tauhu dan bawang goreng ~ saya tak letak sebab tak ada
Cara penyediaan:
1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar (bwg2,halia&udg kering) hingga wangi.
2. Kemudian masukkan cili, cili sos dan masak hingga garing, gunakan api kecil.
3. Masukkan keledek, tomato yang telah dikisar serta lebihan air rebusan dan masak hingga pekat (tambah air jika perlu) .
4. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya (biasanya kuah mee rebus agak manis sedikit). Angkat dan hidangkan bersama mee kuning dan bahan2 lain semasa kuah masih panas.
No comments:
Post a Comment