Pages
▼
Tuesday, 13 September 2011
Daging Masak Asam Ketumbar
Bahan-bahan lazim yang diperlukan ialah
daging,
bahan kisar ---> halia, bawang putih, bawang merah, ketumbar, jintan halus, jintan kasar, lada hitam ( semuanya dalam kuantiti yang sedikit),
bahan hiris ---> bawang besar, lada merah, lada hijau , cili padi (jika mahu pedas tambah lebih),
air asam jawa,
serbuk perasa,
garam dan minyak untuk menumis.
Caranya
1. Daging yang telah dihiris itu perlu direbus dahulu untuk memudahkan kerja-kerja memasak nanti ya.
2. Kemudian, gaulkan daging yang sudah empuk itu dengan garam dan kunyit.
3. Panaskan sedikit minyak dan bolehlah dimasukkan daging itu ke dalam kuali dan goreng hingga sedikit garing tetapi jangan terlalu garing ya.
4. Daging sudah digoreng diperah air asam jawa
5. Dengan menggunakan baki minyak menggoreng daging tadi, sila masukkan bahan tumbuk. Tumis hingga garing dan berbau harum. Bukan berbau hangit ya. Ingat tu!!
6. Kemudian masukkan pula bahan hiris tadi dan gaul.
7. Kemudian, masukkan pula air asam jawa. Kalau nak berkuah, masukkan air sedikit lagi. Tapi Mina lebih suka masakan ini kelihatan kering-kering sahaja.
8. Masukkan pula daging goreng tadi.
9. Masukkan serbuk perasa dan garam. Kemudian gaul rata hingga sebati. Selepas itu, rasalah tahap kemasinan yang anda inginkan. Jika ingin tahap kemasinan yang boleh mencapai kepada sakit darah tinggi, sila masukkan garam secara berlebihan ya.
No comments:
Post a Comment