Pages

Tuesday, 13 September 2011

Ikan Masak Lemak Cili Api


Bahan2.
beberapa ketul ikan tenggiri/kembung/kepala ikan
5-10 biji cili api
kunyit hidup
1 biji bawang kecil - hiris nipis
1 keping asam keping (gelugur) -
1 - 2 biji lada hijau dibelah dua
1 biji tomato - belah 2 atau 4 ikut suka
santan kelapa secukupnya (sebaiknya dpt menenggelamkan ikan2 tersebut)
garam secukupnya
boleh tambah terung dan bendi. Boleh juga tambah ulam seperti pucuk ubi kayu

Cara-caranya:
1. cili api + kunyit ditumbuk lumat. Nak cepat lumat, tambah sedikit garam.
2. Satukan semua bahan dalam periuk kecuali tomato dan garam
3. Jerang periuk atas api
4. Biarkan hingga ia menggelegak dan masukkan belahan tomato dan garam secukup rasa. Tapi kalau letakkan garam dulu pun tak pe sebelum tomato. Rasalah masin kuah tersebut ikut selera tekak anda
5. Pastikan ikan masak sebelum api ditutup dan tomato nampak lembut..tapi terserah pada kesukaan anda. Kalau tak suka tomato lembut, biarkan sekejap saja dalam periuk sebelum ditutup api tersebut.

Tambahan:
- saya suka guna santan pekat sahaja tanpa perlu santan cair. nak senang, agak2lah camner pekatnya ikut citarasa anda. pada saya, lebih pekat kuah, lebih umpph..sebab kat situlah terasa lemaknya kuah tersebut.

- kunyit hidup tu pula, saiznya cukup2 untuk menguningkan kuah (biasanya kunyit agak tua sedikit yang digunakan) atau lihat banyak mana cili api tu digunakan. kalau terlebih kunyit, kuah akan terasa maung. Kalau anda dapati warna kuning kuah tu pucat aje, bolehlah tambah sedikit serbuk kunyit, itupun jika suka

-lada hijau boleh diganti dengan lada merah ( saya lebih suka guna lada hijau)

-besar atau kecil asam keping tu bergantung pada kuantiti ikan tenggiri tersebut dan kuantiti belahan tomato. Tetapi jika anda tak suka letak belahan tomato, terserah.

- kalau asam keping terlalu banyak atau besar sangat dan belahan tomato terlalu banyak, kuah akan terasa masam sedikit. Kiranya kena pandai agaklah ni

No comments:

Post a Comment