Epal
Mengandungi bahan kimia dipanggil ‘pectin’ yang juga boleh didapati dalam buah beri dan buahan segar lain.
Kacang soya
Mengandungi lecitin yang mampu menghalang pembentukan lemak.
Buahan sitrus seperti oren, anggur dan lemon
Mengandungi vitamin C serta dikenali sebagai asid ascorbik yang berfungsi untuk membakar lemak dan menghalang pembentukan lemak.
Asparagus
Mengandungi kimia ‘asparagin’. Ia sejenis ‘alkaloid’ yang membantu kitaran dan mempertingkatkan fungsi buah pinggang.
Tauge
Sayuran yang mengandungi banyak khasiatnya terutama vitamin C dan kaya dengan protein yang membantu mempertingkatkan sistem metabolisme.
Lobak merah
Mengandungi karotina iaitu sejenis vitamin A yang mana membantu membersihkan sistem penghadaman dalam badan dan membuang sisa lemak dengan cepat.
Seleri
Mengandungi kalsium dan mempunyai tahap magnesium tinggi.
Timun
Mengandungi sulfur dan silikon. Juga untuk kebaikan buah pinggang untuk membersihkan asid urik.
Tomato
Tinggi vitamin C dan asid citricmalic-oxalic yang mana ia mempercepatkan proses metabolik. Untuk kebaikan buah pinggang juga, asid berkenaan membantu seseorang membuang air berlebihan.
Oat
Membantu membersihkan organ dalam badan kerana mengandungi sulfur dan iodin. Ia juga membantu membersihkan membran dalam perut dan intestin.
Kobis
Makanan terbaik yang membantu mengurangkan lemak.
Teh hijau
Mengandungi kafein yang boleh mengurangkan tahap ‘plasma triglycerides’ dan membakar lemak.
Bawang merah
Mengandungi mineral seperti minyak dan sulfur yang membantu untuk memecahkan lemak dan meningkatkan metabolisme badan.
Bawang putih
Mengandungi antibakteria yang membantu mengurangkan kolesterol dan lemak yang tidak sihat.
Minyak atau jus bawang putih mempunyai kualiti sama untuk membantu mengurangkan lemak.
Bahan berkenaan juga berfungsi membersihkan badan dari dalam.
No comments:
Post a Comment