Pages

Thursday, 5 April 2012

resepi sambal bilis terung pipit


Bahan-bahan (Dikisar):

2 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
15 tangkai cili kering (direbus )

Bahan-Bahan Lain :

200 gm ikan bilis - goreng garing
1 keping asam keping
Terung pipit ( telah direbus 5 minit )
1/2 cawan minyak masak
Garam, aji dan gula secukup rasa

Cara Menyediakan:

1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan kisar. Kacau dan biarkan hingga pecah minyak, kemudian masukkan asam keping lalu dikacau hingga rata.

2. Masukkan ikan bilis, terung pipit, garam, aji dan gula, kemudian kacau lagi hingga rata.

3. Akhir sekali, angkat dan hidangkan..

No comments:

Post a Comment