Pages

Tuesday, 17 July 2012

santan merbahaya?

Santan Bahaya, kolestrol tinggi ! Anda biasa dengarkan perkataan ini? Tapi ketahuilah bahawa ciptaan Allah tiada yang sia-sia semuanya, ada manfaat kepada makhluk lain. "Asid lemak dalam santan adalah asid laurik, iaitu lemak yang sejenis dengan lemak yang banyak ditemui dalam susu ibu. Lemak ini sangat membantu dalam perkembangan otak dan menguatkan tulang. Lemak dalam santan terdiri daripada asid lemak rantaian sederhana(MCFA). Ia merupakan asid lemak perlu paling penting dalam membina dan mengekalkan sistem imun tubuh (sama seperti lemak dalam susu ibu). Santan membekalkan sumber nutrisi yang sangat baik bagi mereka yang sedang menjalani proses penurunan berat badan. Ini kerana MCFA cepat diasimilasi ke dalam tubuh. Ertinya, asid lemak ini tidak menjadi lemak di dalam tubuh sebagaimana yang berlaku kepada asid lemak rantaian panjang di dalam susu lembu." (-Sumber Majalah Anis Januari 2011) Penemuan perubatan moden menyenaraikan kehebatan santan untuk kesihatan merawat pelbagai penyakit: Penyakit Masa Kini Kanser Membantu tubuh menentang kanser usus dan payudara. Hati Membantu menghindari penyakit hati. Jantung Melindungi arteri daripada kecederaan yang disebabkan atherosclerosis, justeru menentang penyakit jantung. Baik untuk jantung kerana ia memperbaiki risiko pengurangan nisbah kolestrol penyakit jantung. Buah Pinggang Baik untuk kesihatan buah pinggang dan melarutkan batu karang di dalam buah pinggang Diabetis Membaiki perembesan insulin dan penggunaan glukos darah Melegakan stres pada pankreas dan sistem enzim tubuh. Membantu mengurangkan simptom dan risiko kesihatan berkaitan dengan kencing manis. Untuk Kecantikan Baik untuk kesihatan kulit dan rambut. Melindungi tubuh daripada radikal bebas yang menyebabkan penuaan pramatang dan penyakit generatif Membantu Penyerapan Vitamin Membaiki penghadaman dan penyerapan nutrisi lain termasuk vitamin, minberal dan asid amino. memperbaiki penyerapan kalsium dan magnessium serta menyokong perkembangan tulang dan gigi kuat Kenapa agaknya kita dimomokkan yang santan itu tidak baik untuk kesihatan kita? Pada tahun 1986 Persatuan Kacang Soya Amerika (ASA) dengan sokongan petani melancarkan siri serangan yang dikenali sebagai "kempen Minyak Tropika". Kempen ini mencipta satu terma baru - "minyak tropika" sasarannya adalah menyerang minyak sawit dan kelapa. Tujuan adalah untuk mengatasi saingan minyak import termasuk meminda undang-undang berkaitan peningkatan kolestrol lemak tebu. dan, kempen ini sangat berjaya. Adakah mulai saat ini, anda masih takutkan santan?

No comments:

Post a Comment