Pages

Tuesday, 17 July 2012

tempe

Tempe adalah makanan kacang soya yang amat popular di Asia Tenggara dan berasal dari orang melayu suku jawa (Indonesia). Walaupun ia sering kali dikaitkan dengan tauhu, tempe sebenarnya amat berbeza. Proses penapaian memberikan tempe banyak zat dan komponen rasa yang tidak terdapat dalam tauhu. Sebagai contoh, ia mempunyai rasa yang lebih kuat dan tekstur yang lebih keras berbanding tauhu. Tempe bermula dengan kacang soya mentah, yang dilembutkan dan dipecahkan atau dihancurkan. Asid lemah, biasanya cuka, ditambah dan ibu yang mengandungi kulat (Rhizopus oligosporus) dicampurkan bersama. Kacang soya tersebut kemudiannya diratakan dalam lapisan nipis dan dibiarkan menapai selama 24 jam pada suhu sekitar 30°C (86°F). Damal tempe bermutu tinggi, kacang terlekat dengan jalinan miselium putih. Jika proses penapaian dibiarkan terlalu lama, spora hitam mungkin terbentuk dipermukaan -- ia tidak berbahaya, walaupun tempe bermutu tinggi tidak mempunyai atau sedikit sahaja spora yang kelihatan.

No comments:

Post a Comment