Pages

Sunday, 19 August 2012

betulke? siasat tengok

1. Cuba korang masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, tulang tu akan hancur atau hilang sama sekali dalam masa 2 hari.

2. Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan
biarkan selama 1 jam dan kemudian 'flush'. Kesan kotoran/hampas akan
hilang dari tindakan 'citric asid' yang berada dalam Coke.. perghh .. berkilat woo

3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome : Lap bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya karat hilang. Tapi kalo bumper tu yg hilang .. tu bukan coke .. korang kena cari mat pet .. keh keh keh

4. Untuk menghilangkan kesan 'corrosion' atau hakisan pada skru/nat bateri kereta : Tuang je setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta.. fuh .. fantastik~!!

5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : Sekali lagi tuang setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.

6. Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian : Tambahkan
setin Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam
biasa. Kesan minyak tu pasti hilang .. tapi kalo korang rasa sayang nak buang air basuhan tu .. jangan buang ... lepas basuh baju .. tuang air dia dalam jug .. kah kah kah

7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/melekit ? Celup tuala dengan Coke dan lap. Dijamin BERSIH. Tak payah guna tin sembur cuci cermin .. buang karen

8. Bahan aktif Coke terdiri dari phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Beliau
boleh meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari.. kalo pucuk paku .. lagi aaa

9. Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang lain dalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakit osteoporosis.. bukan fotosintesis tau ~!!

Nota : Tengok lori yang membawa air sirap Coke dalam lori tangki (yang ada tulis phosporic acid .. bukan lori yang bawa Coke siap dalam botol/tin tu) mesti luorang akan nampak tanda amaran "Bahan Kimia Bahaya" atau"Bahan Penghakis : BAHAYA". Lori tangki itu juga diselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori tu dihakis. .

10. Para pengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk mencuci bahagian enjin lori/trak mereka sejak 20 tahun.. perghh .. takyah grenbal ngan obohol ... ceh

11. Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba try bancuh kopi/teh dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum mesti termuntah tapi tambahkan citric asid, mesti muka tersenyum. Tambah pula dengan ais!. Perghh~!! Rasa cam minum Coke berperisa kopi. Asid tersebut akan bertindak terhadap lidah untuk memberi signal kepada otak bahawa air yang diminum tidak berapa manis. Lidah ngan otakpun kena tipu.. (actually semua air berkarbonat ada kesan yg sama .. huhuhu)

12. Coke membawa maksud dadah Cocaine. Asal minuman Coke adalah dicipta
untuk menghilangkan rasa letih dan mengkhayalkan untuk para pekerja buruh. Cam candu masuk China dulu. Antara isi kandungannya adalah ekstrak dari daun coca [cocaine] dan kacang Cola. Tu dia perkataan Coca Cola tu.

13. Cuba rendamkan gigi (gigi yang patah ker tapi kalau nak rendam gigi dalam mulut tu pun boleh gak) dalam satu mangkuk Coke, pasti gigi tu hilang/lebur dalam masa 24-49 jam. Yang mana sakit gigi, try cara ni, kot-kot gigi tu bleh hilang .. takyah cabut .. skang nak bayar doktor pon boleh tahan woo rega dia.

14. Di India, negeri Andhra Pradesh dan Chattisgarh secara spesifiknya,
para peladangnya menggunakan Coke sebagai semburan untuk membunuh
serangga perosak dalam ladang kapas dan cili mereka. Jadi racun
seranggalah pulak. Sape ada tanam pokok cili kat rumah tu, semburlah
Coke untuk bunuh serangga. Cili tu rasa pedas manis berperisa coke kot?
Try weyh ..

No comments:

Post a Comment