Pages

Friday, 24 August 2012

Fakta Tongkat Ali

Tongkat Ali

Dalam usaha memperbaiki, Dr Ismail berkata, pengambilan herba tongkat ali atau eurycoma longifolia jack diyakini dapat membantu meningkatkan testosteron seterusnya tenaga lelaki melalui kehidupannya.

Pengambilan herba ini dilakukan sejak ratusan tahun lalu dan diambil namanya sempena sahabat Nabi, Saidina Ali yang gagah perkasa. Ketika itu orang dulu mungkin mengambilnya menerusi rebusan akarnya.
 Kajian ilmiah terhadap kehebatan herba itu hanya bermula pada tahun 90-an. Sejak itu ia semakin berkembang dan diterima ramai dan digunakan dalam pelbagai jenis produk. Menariknya, herba itu boleh digunakan lelaki dan wanita untuk mempertingkatkan tenaga.

Pohon Tongkat Ali dikenali sebagai penawar kerana ia amat pahit tetapi mujarab untuk pelbagai masalah kesihatan dan penyakit. Ia juga dikenali sebagai Pasak Bumi kerana akar umbinya yang menjalar lurus ke dalam bumi dan kukuh amat sukar untuk dicabut. Terdapat beberapa spesies Tongkat Ali, tapi spesies yang mengandungi banyak ramuan perubatan ialah dari spesies longifolia dan apiculata.




 Senarai Kajian

Mengikut kajian Prof Arif Adimoleja dari Universiti Surabaya, Indonesia, spesies Tongkat Ali dari Semenanjung Malaysia mengandungi lebih banyak ramuan kesihatan, terutama sekali ramuan yang membantu tenaga batin lelaki jika dibandingkan dengan spesies yang ada di Indonesia atau negara Asia lain.

Kajian Pusat Perubatan di Kuala Lumpur mendapati ada peningkatan hormon testosteron dan hormon DHEA sekali gus dengan penurunan Ikatan Protein Globulin (dengan molekul testosteron) dan peningkatan hormon testosteron yang bebas (testosteron bebas ikatan yang boleh digunakan badan) dengan pengambilan 200mg ekstrak berkenaan.

 Kajian pada tikus

Kajian awal kepada tikus menunjukkan ekstrak larutan air tongkat Ali yang mengandungi elemen glycoprotein dapat meningkatkan hormon testosteron sebanyak 4 kali ganda. Kajian kepada tikus tua dengan ekstrak tongkat ali larutan air membuatkan tikus tua aktif dan agresif.

Tiada kesan toksik

Ekstrak Tongkat Ali, tidak meninggalkan kesan toksik kepada hati dan buah pinggang. Malah kajian klinikal kepada manusia dijalankan pada penghujung 1999 di beberapa Pusat Pengkajian Perubatan tempatan dan antarabangsa. Hasil kajian itu, ekstrak tongkat ali larutan air yang menjalani pelbagai proses piawaian kini mendapat pengiktirafan dan dipatenkan pada 2004.

Kesan kepada atlit

Mengulas lanjut, katanya kajian dilakukan di Fakulti Perubatan Bahagian Sains Sukan dengan sekumpulan atlit yang mengambil 200mg ekstrak yang sama juga menunjukkan yang atlit dapat membina kekuatan tenaga otot dan penurunan lemak badan yang mana kedua-duanya ada kaitkan dengan kesan androgen.


 Kajian susulan yang dilakukan di Amerika Syarikat oleh Prof Talbott kepada atlit penunggang basikal mendapati ekstrak berkenaan dapat menambahkan testosteron sebanyak 16.5% dalam masa 24 jam dan mengurangkan tahap hormon tekanan iaitu kortisol sebanyak 33% dalam masa 24 jam


 Kajian ini jelas menunjukkan kemujaraban ekstrak premium ini meningkatkan testosteron dan mengurangkan tekanan badan.

Kajian yang sama yang dijalankan oleh Professor Ruxiang Wang diLioning, China kepada beberapa atlit berusia yang mengambil 200mg ekstrak, mendapati mereka merasakan rasa diri mereka lebih aktif dan agresif dengan peningkatan tahap hormon tumbesaran dan testosteron serta mereka dapati proses pemulihan lenguh otot selepas senaman berkayuh itu cepat.

Meningkatkan kualiti sperma

Kajian dilakukan kepada lelaki yang mengalami masalah sperma dengan pengambilan ekstrak premium itu mendapati peningkatan kepada bilangan dan keaktifan sperma dengan sekali gus peningkatan kualiti sperma yang dapat menghasilkan kehamilan spontan sebanyak 17%.

Banyak lagi kajian klinikal dan biomedikal sedang dijalankan kepada ekstrak tongkat ali premium ini untuk meningkatkan lagi keyakinan diri pengamalnya yang sudah sedia maklum yang tongkat ali ini bukan sekadar memantapkan fungsi syahwat lelaki yang biasa diwar-warkan tukang ubat tradisional, tapi ia lebih daripada itu - ia memantapkan kesihatan, mengurangkan tekanan, mempunyai kebaikan untuk kesuburan lelaki serta memantapkan kesejahteraan lelaki. Ia benar-benar suatu mukjizat untuk lelaki


 Tanda Kurang Testosteron

* Sakit sendi dan sakit otot
* Berpeluh berlebihan
* Masalah tidur seperti tidak cukup tidur atau tidur berlebihan
* Mudah meradang
* Cepat penat
* Kurang bertenaga melakukan hubungan seksual, selalunya sebelah pagi tidak lagi berlaku ereksi

Fakta Tongkat Ali

* Nama saintifik Eurycoma longifolia. Nama lain pasak bumi, setunjang bumi daun halus
* Tenaga batin, memulihkan otot, malaria (air rebusan akar dikeringkan dan diminum)
* Luka kecil (pupurkan daun di kawasan bermasalah)
* Selepas bersalin (air rebusan akar dan daun dikeringkan dan diminum)
* Kenan, gatal (air rebusan akar dan daun yang dikeringkan digunakan untuk membasuh dan menggosok tempat bermasalah)
* Patukan ular (akar diasah pekat dan disapu pada tempat patukan untuk menawarkan bisanya)

No comments:

Post a Comment