Bahan-bahannya :
1 biji mangga muda
1/2 cawan kacang - sangat mewah kacang. Kalau tak suka, letak 1/4 cawan sahaja
2 sudu besar udang kering
Garam dan gula
Sedikit perahan asam limau
Caranya :
Goreng kacang tanpa minyak. Tumbuk sedikit.
Goreng udang kering tanpa minyak.
Potong mangga memanjang.
Campurkan semua bahan.
Sejukkan dan siap :)
No comments:
Post a Comment