Pages

Saturday, 25 August 2012

Tanda-Tanda Awal Masalah Jantung

  1.  Lidah atau gusi menjadi bengkak atau sakit - berkemungkinan jantung kita ada masalah seperti lemak berlebihan, Injap jantung lemah atau saluran koronari tersumbat.
  2. Terasa kebas tangan kiri dan juga lengan - Jika sakitnya berpanjangan pada lengan tangan kiri ada kemungkinan anda akan diserang sakit jantung dalam masa terdekat. (Bagi perempuan sakit terasa pada kedua-dua belah tangan)
  3. Lidah terasa tegang dan pendek.
  4. Rasa seronok teruja atau rasa bimbang tiba-tiba tanpa sebab.
  5. Rasa sakit pada dada (Ulu hati sedikit ke sebelah kiri) - biasanya terasa seperti dada sedang dihempap oleh benda berat.
  6. Daripada sakit dada rasa sakit mula merebak pada tangan, lengan, tengkok, belakang, abdomen dan  rahang
  7. Rasa tidak selesa pada dada seperti dipam angin penuh, atau rasa pedih.
  8. Batuk tiba-tiba dan berpanjangan atau terasa ada kahak dan sentiasa mahu berdehem.
  9. Rasa kepala berpusing tidak seimbang.
  10. Rasa keletihan sepanjang masa.
  11. Rasa meloya dan tidak ada selera makan.
  12. Degupan jantung tidak menentu.
  13. Nafas terasa pendek.
  14. Berpeluh dengan tiba-tiba walaupun sedang duduk rehat atas kerusi.
  15. Membengkak pada bahagian seperti sendi-sendi di kaki atau abdomen.
  16. Saat-saat paling hampir pada serangan jantung biasanya membawa kepada keletihan atau tidak maya yang teruk.


Ubat masalah jantung - Buat sendiri



Bahan:

  1. Satu cawan jus lemon
  2. Satu cawan jus halia
  3. Satu cawan jus bawang putih
  4. Satu cawan cuka sari epal
  5. Tiga cawan madu
Ramuannya:
  • Campur kesemua jus lemon, halia, bawang putih dan cuka. Masak perlahan-lahan sehingga kandungan campuran jus tersebut tinggal 3/4.
  • Selepas itu biarkan jus yang telah dimasak sejuk.
  • Setelah sejuk, campurkan dengan 3 cawan madu
  • Simpan dalam bekas yang bersih.

Hubungan Suami Isteri Yang Rutin Mempercantik Wajah & Melawan Penuaan

"Rutin melakukan hubungan seks sihat suami isteri membantu anda melawan penuaan," itu pendapat Dr. Amy Wechsler, Dermatologist asal New York, AS.

Pendapat ini dikuatkan oleh sebuah studi di Scotland menemui bahawa rutin melakukan hubungan seks tiga kali seminggu selama empat tahun  dapat meningkatkan kekebalan dan mengurangkan penyakit jantung.  Dr. Wechsler menambahkan bonus cantik buat orang yang rutin melakukan hubungan seks yang sihat. Menurut Dr. Wechsler berikut manfaat yang dapat anda peroleh dari hubungan seks rutin dengan suami anda;

1. Melawan kedutan
Hormon stres dan hormon antistressentiasa naik turun dalam tubuh anda. Seks (khususnya orgasme) meningkatkan hormon endorfin dan hormon pertumbuhan tubuh. Akibatnya, tubuh memperbaiki sel yang rosak oleh matahari dan juga merokok. Selain itu juga menurunkan hormon kortisol yang melambung kerana stres. Bahaya dari kortisol adalah dapat menghancurkan kolagen, rosaknya kolagenlah yang menyebabkan kedutan pada waja muncul. 

2. Melembutkan kulit
Setelah melakukan hubungan seks, tubuh melepaskan minyak semulajadi, seperti asid linoleat. Ini adalah sejenis pelembap yang juga ditemui pada safflower dan minyak zaitun. Minyak tersebut tidak hanya melindungi sel kulit dengan melapisinya, tetapi juga menghidrasi kulit. Ini sebabnya wajah anda berseri-seri selama beberapa hari setelah berhubungan seks.

3. Kulit lebih cerah
Tidur adalah ubat kosmetik terbaik, sebab ketika tidur sel-sel yang memperbaharui kulit bekerja. Hubungannya dengan seks adalah seks merupakan ubat tidur yang ampuh. Setelah mengalami orgasme, anda akan tertidur lebih cepat dan bangun lebih segar. Khasiat lainnya, lingkaran hitam di bawah mata dan bengkak pun berkurangan. Jangan lupa menambahkan rutin seks sebelum tidur.

4. Menegangkan wajah
Tanpa orgasme sekalipun, seks meningkatkan sirkulasi darah pada kulit. Bahkan berciuman merangsang sangat sedikit 30 otot wajah bekerja, membakar sampai 12 kalori per menit (lebih dari yang anda bakar dalam satu minit berjalan)

No comments:

Post a Comment