Pages

Thursday, 15 November 2012

kerabu jantung pisang

Bahan-bahan:(5 orang)

Bahan A:
  • 1 biji cili merah
  • 5 biji cili padi
  • 1sm belacan siap dibakar
  • 2 biji bawang merah
  • 2 biji bawang putih
  • 5 biji lada hitam

*tumbuk semua bahan A hingga lumat

Bahan B:
  • 1/2 biji jantung pisang awak (saiz besar, kalau kecil guna 1 biji)|buang kulit luarnya hingga tinggal bahagian dalam bewarna cerah
  • 1 biji tomato | dihiris nipis (saya buang empulurnya)
  • 1/2 labu bawang besar | dihiris nipis
  • 1 ekor ikan senangin/kembung/sardin | gaul garam & kunyit, goreng separa garing 

      (resepi asal ikan kembung direbus) | ambil isinya sahaja dan
                                                                carikkan dengan tangan
                                                         
  • 2 sudu besar santan pekat/ pati santan
  • 1 biji limau nipis | diperah jusnya
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara membuatnya:

1.Didihkan air dalam periuk.Jantung pisang dibelah dua dan dicuci  dengan air.Rebus jantung pisang selama 15 minit.Angkat dan toskan.Hiris nipis dan masukkan ke dalam mangkuk.Masukkan bahan A yang telah ditumbuk diikuti bahan B.Gaul rata, rasa masin dan manisnya.Jika cukup bolehlah dihidangkan.Simpan dalam bekas bertutup di dalam peti ais jika ada baki yang belum dihidang lagi.

No comments:

Post a Comment