AYAM PONGTEH.
* Bahan-bahan : -
1 Ekor Ayam ( Dipotong Kecil )
2 Biji Kentang ( Dipotong Baji )
2 Sudu Besar Minyak Masak
15 Biji Bawang Merah ( Dihiris )
4 Ulas Bawang Putih ( Dihiris )
1 Sudu Besar Taucheong
1 Cawan Air
1 Sudu Besar Kicap Pekat
1 Sudu Teh Serbuk Lada Putih
1 Sudu Teh Serbuk Pati Ayam
* Cara Penyediaannya : -
1. Panaskan minyak dalam kuali, goreng bawang merah serta bawang putih sehingga keemasan.
2. Masukkan ayam dan kentang, kacau goreng selama beberapa minit.
3. Tambahkan taucheong dengan kicap pekat, serbuk lada putih dan serbuk pati ayam.Kemudian masukkan air dan biarkan reneh seketika.
4. Setelah masak hias sedikit dengan bawang goreng
No comments:
Post a Comment