Pages

Sunday, 3 January 2016

TURUNKAN TEKANAN DARAH TINGGI




PETUA TURUNKAN TEKANAN DARAH TINGGI

Silalah cuba salah satu dari cara-cara dibawah….

1. Buah peria :
Makan biji buah Peria.

2. Pokok Hempedu Bumi / pokok Cerita :
Minum air rebusan pokok Hempedu Bumipokok Cerita.

3. Daun pokok Ati-ati :
Minum air rebusan daun pokok Ati-ati.

4. Taugeh:
Minum air rebusan taugeh seminggu sekali. air dan taugeh hendaklah sama banyak nisbahnya.

5. Daun pandan :
Rebus beberapa helai daun pandan wangi dengan dua gelas air. Biarkan hingga tinggal setengah gelas sahaja. Amalkan Minum setiap pagi dan petang.

6. Bawang putih :
Makan 3 ulas bawang putih mentah. Jika tidak tahan baunya, bolehlah direbus.

7. Kunyit :
Parut kunyit sebesar ibu jari. Perah airnya dan tambah dua sudu madu. Minum ramuan ini setiap pagi dan petang.

8. Pokok dukung anak :
Minum air rebusan pokok Dukung Anak.

9. Air kembang semangkuk :
Untuk ibu-ibu yang mengandung yang mengalami tekanan darah tinggi, minumlah air kembang semangkuk atau biji selasih campur dengan air suam atau air sirap. InsyaAllah tekanan darah menurun.

Selamat Mengamalkan.

note:
Harus diingatkan bahawa, sesungguhnya semua jenis tumbuhan adalah ciptaan ALLAH S.W.T dan setiap tumbuhan ciptaan ALLAH itu adalah yang paling baik.

No comments:

Post a Comment