Pages

Sunday, 3 July 2011

resepi laksam


LAKSAM

Bahan untuk Laksam
2 cawan tepung beras
2 sudu besar tepung gandum
5 1/2 cawan air sejuk
1/2 cawan air panas mendidih

Loyang bulat atau tudung periuk - lenser dengan sedikit minyak masak (kalau nak cepat, gunakan 4-6 biji)
Periuk kukus - masak air hingga mendidih

Bahan Kuah laksam
3-4 ekor ikan kembung - dibakar atau rebus, ambil isinya sahaja, tumbuk atau blend (nak lebih pun boleh)
1-2 keping asam gelugur, boleh guna air asam jawa
5-6 biji bawang merah, tumbuk lumat
sehiris dua halia, tumbuk lumat
sedikit lada hitam, jika suka, tumbuk lumat
garam secukup rasa
santan secukup kegunaan (sebiji)

Bahan Ulam-ulamnya:-
Tauge
timun, kacang panjang, daun kesum, bunga kantan - hiris halus
pucuk daun samak, pucuk mata ayam, pucuk gajus..
daun kemangi atau daun selasih
dll ulam yang digemari
Limau nipis utk ambil ainya

sambal belacannya
lada kering, buang biji dan rendam dalam air panas
garam dan belacan
limau sambal

Cara membuat Laksam
Campurkan tepung beras dan tepung gandum. Masukkan air sejuk. Kacau rata-rata. Tuangkan air panas. Kacau rata-rata dan sedia untuk dikukus.

Cara mengukusnya.
Masukkan loyang atau tudung periuk ke dalam periuk kukus.
Pastikan air betul-betul mendidih untuk mengukus.
Tuangkan satu atau satu setengah senduk adunan tepung ke atas tudung periuk.. Jangan sampai melimpah tudung periuk. Kukus sehingga masak. Untuk memastikan laksam dah masak, bila tutup kukus dibuka, adunannya akan kelihatan mengelembung. Itu menandakan dah masak. Jadi, bolehlah diangkat.. Biarkan sejuk sedikit, lepas tu bolehlah digulung. Ulang proses hingga adunan tepung habis.

(kawan saya buat, tuang adunan tepung atas tudung periuk. Biar sekejap sampai beku. Terbalikkan tudung periuk, maknanya adunan akan menhala ke dalam air. Seminit dua angkat tudung tu. Ulang lagi guna tudung lain)

Cara membuat Kuah
Campurkan semua bahan. Masukkan ke dalam periuk dan jerang hingga mendidih. Sambil itu dikacau selalu supaya tak pecah minyak.
Sesuaikan rasa dan angkat. Tapi masih perlu dikacau lagi sehingga suam sedikit untuk mengelakkan isi ikan berasingan dengan santan.
Hidangkan dengan sambal belacan dan ulam-ulaman.

Cara membuat Sambal
tumbuk lada kering dan cili api bersama garam dan belacan
hingga lumat. Perahkan limau dan hidang.

No comments:

Post a Comment