Pages
▼
Sunday, 3 July 2011
resepi Sup ayam tanpa perasa
Bahan-bahannya
Secawan isi daging ayam dihiris nipis
sebiji ubi kentang di belah 6 memanjang
3-4 inci lobak merah di hiris nipis
2 tongkol putik jagung dihiris nipis
2 kelopak kobis bulat (dipotong 1" persegi)
sebiji tomato dibelah 4
2 sudu minyak masak
seulas bawang merah (hiris nipis)
seinci halia (diketuk)
2 batang serai diketuk (ambil 3 inci dari bah bawah)
3 kelopak bunga lawang (1/2 kuntum)
4-5 kuntum bunga cengkih
2 butir buah pelaga
sesudu teh garam
sesudu teh gula
sedudu teh lada putih (ditumbuk)
600ml air panas(atau lebih)
Bahan hiasan:
sehelai daun bawang dan daun sup (di mayang halus)
bawang goreng untuk penyedap/hiasan
chili merah dihiris nipis (jika suka)
Cara membuatnya:
1-Panaskan minyak dan tumis bawang, bunga lawang,buah pelaga,dan cengkih sebentar.
2-Masukkan daging ayam,kentang,putik jagung, halia dan serai, tambah secawan air. gaulkan dan tutup periuk.Biarkan mendidih lebih kurang 5 minit atau sehingga kentang separuh masak.Jgn bubuh air banyak sebab kentang dan ayam lambat empuk.
3- Masukkan air panas ,tomato, kobis dan lobak merah.(guna air panas supaya proses masak cepat tak perlu tunggu lama untuk mendidih lagi.) biar seminit dua. Mauskkan garam, gula dan lada putih. Rasa garam, kalau tak cukup tambah lagi.Tutup periuk dan padam api
4- Untuk hidangan , tuang sup ke dalam mangkuk dan tabur daun sup,daun bawang dan chili merah. Sedap dimakan semasa panas. Selamat mencuba.
No comments:
Post a Comment