Pages

Tuesday, 13 September 2011

Resipi Nasi Laham Mandi (Lamb Mandy)

Bahan-bahan ( 7 orang )

***PENYEDIAAN STOK TULANG UNTUK NASI***
1 1/2 kg tulang lembu/kambing yang ada daging (jgn tulang semata2 tau)
15 biji buah pelaga
15 kuntum bunga cengkih
15 biji lada hitam
1 sudu kecil jintan putih
1 biji buah pala (diketuk)
3 helai bay leaves
1 inci halia (diketuk)

***PENYEDIAAN NASI***
3 cawan beras basmathi
3-4 cawan stok tulang (bergantung kepada jenis beras basmathi)
2 sudu minyak sapi / mentega / minyak zaitun
1 labu bawang besar yang besar (potong dadu)
1 biji tomato yang kecil (potong dadu)
4 biji buah pelaga
4 kuntum bunga cengkih
5 biji lada hitam
garam dilupa jangan!! (x sedap kalau nasi tawar)
*** PENYEDIAAN SALATA HARA***
2 biji tomato
2 cili merah
1/2 biji bawang besar
sedikit daun ketumbar
lemon
garam & gula secukupnya
Cara-cara

Rebus tulang & daging sehingga empuk bersama rempah ratus, bay leaves dan halia. Tapis, ambil stok dan tulang & daging.
Tumis bawang besar bersama minyak sapi / mentega / minyak zaitun sehingga layu. Masukkan rempah ratus, garam, beras basmathi dan stok tulang. Masukkan tulang dan daging. Biarkan sehingga mendidih lalu masukkan tomato yang telah dipotong dadu. Transfer ke periuk nasi elektrik. (Kalau nk biarkan kt dapur gas pun xper.. masak nasi sehingga masak). Bila dah masak, bolehla titik pewarna kuning. Kalau tak nak pun xper.
Untuk salata hara, kisar kesemua bahan kecuali garam, gula & lemon (kisar tanpa air). Apabila dah hancur, masukkan gula dan garam secukupnya bersama perahan lemon.
Hidang nasi bersama Salata Hara, telur masin, acar timun atau sebagainya.

Lain cara yang lebih lazat ialah:
Resipi Laham Mandi dari Ummi Wafa
bahan utama; Laham kambing 3kg utk 10cwn beras basmati, yg putih2 tuu lagi penting :D utk laham mandi nie. Jgn dibuang lemaknya!

rempah ratus iaitu:
4cm kulit kayu manis*
5helai daun bay*
1sm buah pelaga *
1sm lada hitam*
1/2sm cengkih*
1 1/2st jintan putih*
1st jintan manis*
1/4st serbuk limau kering* (limau kering...hanya sedikit sahaja digunakan dlm masakan ini
1/4st serbuk limau... tumbuk yaa)

2 labu bawang besar - potong baji* utk nasi
1 labu mayang- utk digoreng

Cara-cara.
Campak sahaja semua rempah ratus ke dalam periuk berisi air hingga mendidih.
setelah dua kali masak (pressure cooker) utk 3kg daging, kena didihkan sekali lagi. Nie tak ada tumis2 yer, semua tu minyak dari lemak laham. Tunggu hingga mendidih, kalau kurang masin tambah laa garam yerr... kalau tak nasi jadi tawar kurang enak dong!

masukkan beras yang dibersihkan dan direndam sblm dimasak, keluarkan sebahagian air rebusan sebelum masukkan beras, pastu agak2 laa sukatan air ngan beras tuu. agak2 laa sup ngan beras, kalu sup byk keluarkan, kalu kurang tambah lagi..tanak mcm tanak nasi biasa, agak2 dah nak kering sup tuu tutup periuk ngan penutupnya dan perlahan api dapur.

Panaskan arang berasingan. Sebenarnya resipi ini lebih sedap kalau di masak dengan dapur arang kerana keunikan aroma arang ini. Rahsia bau laham mandi sama seperti dapur arang dlm tanah...ambil semangkuk kecil lemak dari daging yg belum direbus dan masuk dalam foil.

bila sup dah kering dan nasi hampir masak, tuangkan pewarna pada satu tempat dan jgn kacau. Masukkan juga lemak yg telah diletak kan dlm foil (jdkan spt mangkuk) di tgh2 nasi. tutup sekejap.

First time den tengok teknik arang bakar dlm periuk nasi nie... :D
kemudian masukkan arang yg berbara dan berapi2 itu ke atas lemak...utk membangkitkan aroma spt dimasak menggunakan dapur arang bwh tanah... manyakk sedappp bau aaaaa :)
setelah letak arang tutup seketika.... masa ni hidung dah terasa aromanya. kemudian tutup permukaan periuk dengan foil. pastikan rapat dan tiada wap terkeluar. Tunggu hingga masak dan aroma menusuk kalbu.

sementara menanti nasi masak, sediakan kuali utk menggoreng. minyak tak perlu panas. ermmm nie tgk cikgu main masuk2 jer, tak de plak dia tunggu minyak tuu panas. Tumis hingga kekuningan.

Apabila nasi sudah masak, setelah foil arang dan lemak di angkat keluar. masukkan bawang goreng. gaul sebati...cam nasi hujan panas pun adakan. Gaulkan dengan cairan za'faran atau alternatifnya boleh guna pewarna kuning telur.

For salad dressing
1sm tohinah (tohinah, tak pasti kat Malaysia ada jual ke tidak)
1sm cuka
Campur dua bahan ini dan gaulkan. Bila dah sebati, campurkan dengan air sejuk (tidak terlalu cair, tidak terlalu pekat). Masukkan garam dan gaul hingga bertukar warna (keputihan).
Campurkan cili (cili api kalau nak pedas)

Ulam-ulaman
lobak merah, timun, parsley, tomato, salad yg dicampur sedikir garam dan perahan limau nipis



No comments:

Post a Comment