Pages

Saturday, 14 July 2012

doa elak sihir

Maksudnya: 81. Setelah mereka campakkan (benda-benda itu), Nabi Musa berkata: Apa yang kamu datangkan itu, itulah sihir; sesungguhnya Allah akan mendedahkan kepalsuannya (dengan mukjizat yang dikurniakanNya kepadaku); sesungguhnya Allah tidak akan menjayakan perbuatan orang-orang yang melakukan kerosakan. 82. Dan Allah juga sentiasa menetapkan perkara yang benar dengan kalimah-kalimah perintahNya, walaupun yang demikian dibenci oleh orang-orang yang melakukan dosa. Baca pada pesakit pada ubunnya sambil mengadap kiblat. - istihgfar - 3x. - selawat - 10x - Al-fathah - 1x. - ayatul kursi - 10x - Surah Yunus, ayat 81-82 - 11x. (Doa utk orang kena sihir) - Penutup doa selawat 10x. Ulangkan 3/7 hari sehingga kesan sihir itu hilang. Boleh dibaca pada air dan diberi minum serta mandi pada sebelah pagi dan petang sebelum masuk waktu maghrib. Pesakit hendaklah membaca selawat nabi - 10x, Ayat kursi - 1x Surah Al-ikhlas -1x, Surah Al-falak-1x dan surah Annas - 1x semasa dimandikan. Jika pesakit dalam keadaan teruk. Tukang mandi hendaklah membaca sambil meniup kebahagian kepala terutama ubunnya.

No comments:

Post a Comment