Pages

Monday, 23 July 2012

NASI LEMAK HALBA

BAHAN-BAHANNYA :-) 4 cawan besar Basmathi King Jasmine, rendam 20 minit dan toskan 5 1/2 cawan santan kelapa segar 2 batang serai, didtitik 1 biji bawang besar, saiz sederhana, belah 4 1 inci halia, dititik 3 ulas bawang putih, dititik 1 helai daun pandan, disimpul 1 camca teh halba Garam secukup rasa
BAHAN SAMPINGAN :-) Sambal tumis secukupnya Hirisan timun Telur rebus @ telur dadar Ayam goreng rempah, jika suka Kacang tanah goreng Ikan bilis goreng ARA MEMBUATNYA :-) Masukkan beras basmathi ke dalam periuk nasi elektrik atau rice cooker. Masukkan juga serai titik, bawang besar belah, bawang putih dan halba, gaul rata dan tuang santan. Masukkan garam secukup rasa, kacau rata dan masukkan daun pandan. Masak seperti biasa hingga nasi kering. Bila nasi lemak betul2 masak, gemburkan dengan chopstick, dan off kan suis periuk nasi. Ini untuk mengelakkan nasi berkerak. Cedok nasi secukupnya ke dalam pinggan yang dialas daun pisang (jika suka). Letakkan bahan2 sampingan dan hidangkan

No comments:

Post a Comment