Bahan-bahan:
2 ketul Paha ayam ( dibuang tulang )
100g Tepung Gandum
Bahan Sos:
3 sudu besar Jus lemon
½ sudu teh Parutan kulit lemon
4 sudu besar Gula
200 ml Air
½ sudu teh Perencah Pati Ayam
1 sudu teh Tepung jagung (digaul dengan 1 sudu besar air )
Cara Menyediakan:
(1) Perap ayam dengan teoung gandum selama 30 minit.
(2) Goreng-celup hingga rangup. Toskan dan ketepikan.
(3) Untuk menyediakan sos, didihkan air lalu masukkan Perencah
Pati Ayam, gula, jus dan parutan kulit lemon.
(4) Tambahkan tepung jagung setelah mendidih. Kacau sekata sebelum tuangkan di atas ayam. Hidang panas.
No comments:
Post a Comment