Pages

Saturday, 13 July 2013

AYAM MARMITE


Bahan-bahan: 2 ketul Paha ayam ( dibuang tulang dan dipotong ) 3 sudu besar Tepung jagung Bahan perap A: 1 sudu teh Serbuk Lada Hitam ½ sudu teh Marmite Bahan B: ( dicampur-gaul ) ½ sudu teh Marmite 2 sudu besar Gula 100 ml Air 1 sudu teh Kicap cair ½ sudu teh Perencah Pati Ayam Cara Menyediakan: (1) Perap ayam dengan bahan (A) selama 1 jam ke atas. (2) Salutkan ayam dengan tepung jagung, goreng-celup dalam minyak panas selama 2 minit atau hingga masak. (3) Angkat dan toskan. Ketepikan. (4) Tinggalkan 1 sudu besar minyak dalam kuali, masukkan bahan sos (B) dan masak pada suhu sederhana hingga sos menjadi pekat. (5) Masukkan semula ayam goreng tadi dan gaul sekata. Angkat dan hidang panas dengan nasi.

No comments:

Post a Comment