Bahan-bahan: ( untuk kuah )
3 sudu besar Minyak
250g Bendi ( dipotong serong )
250ml Air
1 sudu besar Sos tiram
1 biji Tomato ( dipotong 8 )
1 labu Bawang besar ( dipotong baji )
2 sudu besar Pati Ikan Bilis
Bahan-bahan ( untuk dikisar ) :
3 ulas Bawang merah
2 ulas Bawang putih
2 biji Cili merah
1 sm Belacan
Cara Menyediakan:
(1) Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga wangi.
(2) Masukkan bendi, air dan sos tiram.
(3) Kacau dan tutup sebentar.
(4) Bila bendi empuk, masukkan tomato, bawang dan Pati Ikan Bilis
(5) Angkat dan hidangkan.
No comments:
Post a Comment