Bahan-bahan:
150g Cendawan Shimeji
40g Cendawan enoki ( Hujung dipotong )
4 kuntum Cendawan shitake segar
40g Lobak merah (dipotong halus )
5 urat Kacang buncis ( dipotong 4 sm )
1 biji Cili merah ( dipotong halus )
1 sudu besar Minyak bijan
4 keping Halia ( dipotong halus )
Bahan A :
1 sudu teh Kicap cair
1 sudu teh Perencah Pati Ayam
¼ sudu teh Serbuk Lada Putih
¼ cawan Air
½ sudu teh Tepung jagung
Cara Menyediakan:
(1) Panaskan minyak bijan dalam kuali, tumis halia hingga naik bau.
(2) Tambah masuk lobak merah dan kacang buncis. Goreng seketika.
(3) Masukkan semua cendawan, cili dan bahan (A). Kacau-goreng hingga sebati.
(4) Angkat dan hidang serta-merta.
No comments:
Post a Comment