Bahan-bahan:
2 ketul Filet ikan Dory
Secukup Tepung jagung
Secukup Minyak ( untuk goreng-celup )
125g Tepung Gandum
½ sudu teh Tepung naik sendiri ( Disatu dalam tepung gandum )
1 sudu besar Minyak masak
180ml Air
Bahan A:
1 sudu teh Garam
1 sudu teh Serbuk Lada Putih
Bahan sos bawang putih :
1 biji Bawang putih besar
Sekeping Kertas aluminium
1 sudu besar Minyak zaitun
1 sudu teh Garam
1 sudu teh Serbuk Lada putih
1 cawan Mayonis
Cara Menyediakan:
(1) Perap filet ikan dengan bahan (A).
(2) Masukkan Tepung gandum ke dalam satu mangkuk.Tambah minyak, tepung penaik dan air, campur-gaul hingga sebati.
(3) Salutkan ikan dengan tepung jagung, kemudian salutkannya dengan campuran tepung gandum.
(4) Goreng-celup ayam di atas api sederhana hingga keemasan dan rangup.Angkat dan hidang serta-merta dengan sos bawang putih.
Cara Menyediakan Sos Bawang Putih:
(1) Panaskan ketuhar kepada 200° C.
(2) Potong dan buang bahagian atas bawang putih.
(3) Letakkan bawang putih di tengah-tengah kertas aluminium. Tambahkan minyak zaitun. Pusing kertas untuk menutup bawang putih.
(4) Bakar 20 – 25 minit atau sehingga lembut. Ketepikan selama 10 minit atau cukup sejuk untuk dikendalikan.
(5) Tekan bawang putih ke dalam mayonis. Tambah rasa dengan Garam dan serbuk Lada putih.Pasang penutup dan simpan dalam peti sejuk sebentar sebelum hidang.
No comments:
Post a Comment