Kenali Hypertensi Arteri Pulmonari
Jantung adalah seketul organ di dalam tubuh badan manusia di mana fungsinya adalah untuk mengepam darah yang beroksigen ke seluruh tubuh badan manusia dan juga mengepam darah yang kurang oksigen ke paru- paru.
Arteri Pulmonari pula ialah injap salur darah utama yang keluar dari
jantung sebelah kanan.Jantung sebelah kanan akan mengepam darah yang
kurang oksigen ke paru- paru untuk menyerap oksigen.
Jantung sebelah kiri pula akan bertugas untuk mengepam darah yang
beroksigen ke seluruh anggota badan pula. Kitaran ini akan terus berlaku
selagimana manusia hidup secara sihat.
Apabila salur darah arteri pulmonari menjadi sempit, sudah pasti ia
tidak boleh menyalurkan darah dengan banyak. Ini akan sebabkan tekanan
di dalam saluran ini meningkat. Proses ini disebut sebagai Hypertensi
Arteri Pulmonari. Walaupun salur darah yang sempit menghalang banyak
darah ke paru- paru, badan kita masih memerlukan oksigen yang mencukupi.
Oleh sebab itu, jantung kanan akan bekerja lebih kuat untuk mengepam
darah ke paru- paru. Apabila situasi dibiarkan begitu sahaja, lambat-
laun jantung akan membengkak dan boleh menyebabkan jantung gagal untuk
berfungsi. Keadaan ini boleh berlaku kerana masalah Arteri Pulmonari itu
sendiri ataupun masalah di paru- paru yang menyebabkan salur darah
arteri menjadi sempit.
Antara Penyebab Hypertensi Arteri Pulmonari:
- Darah beku di saluran arteri pulmonari
- Jangkitan HIV
- Paras oksigen rendah di dalam badan kronik
- Penyakit autoimun yang merosakkan paru- paru seperti scleroderma
- Ubat diet
- Obstructive sleep apnea
- Penyakit paru- paru seperti pulmonary fibrosis
- Kegagalan Jantung Kongestif (CHF)
No comments:
Post a Comment