Lobak Merah: Keajaiban Penyembuh Semulajadi Ciptaan Tuhan
Lobak merah atau nama saintifiknya, Daucus carota terkenal akan kebaikannya dalam merawat dan memberi kebaikan untuk mata kita. Namun, kebaikan yang diperolehi daripada lobak merah adalah lebih dari itu
Berikut adalah beberapa manfaat rawatan lobak merah:
1. Berfungsi sebagai tonik semulajadi
Lobak merah yang dimakan secara mentah atau diminum jusnya secara
teratur boleh menjadi tonik yang baik untuk mata dan kulit kita.
Tambahan pula, memberikan dua hingga tiga sudu jus lobak merah yang
dicampurkan dengan satu sudu teh madu kepada anak yang lesu mampu
menambahkan daya kekuatan mereka.
2. Masalah mata
Minum jus lobak merah terbukti mampu memperbaiki kemampuan
penglihatan kita. Malahan, memakan atau meminum jus lobak merah
pada setiap hari dapat mengubati rabun. Mencuci mata dengan air rebusan
lobak juga dapat menyembuhkan mata daripada ketegangan mata.
3. Sakit kepala
Kombinasi campuran jus lobak merah, ubi bit dan timun mampu menyembuhkan penyakit migrain dan sakit kepala.
4. Batu karang
Satu gelas jus lobak merah, ubi bit dan timun dalam sukatan
yang sama akan membantu menghancurkan dan mengeluarkna batu
karang. Satu gelas jus lobak merah dan sawi hijau dalam ukuran yang
seimbang mampu menghilagkan batu dari saluran hempedu.
5. Masalah kulit
Jerawat, kulit kering, gatal- gatal dan darah kotor juga
dapat diubati dengan kekerapan meminum jus lobak merah.
Kulit semestinya akan kelihatan lebih berseri dan cantik sekiranya
diamalkan dengan berterusan.
6. Masalah pundi kecing
Minum jus lobak merah dua kali sehari dapat memastikan saluran pundi kencing agar tidak tersumbat dan kotor.
7. Reumatisme
Jus lobak merah hendaklah dicampurkan dengan ubi bit dalam kuantiti yang selari kemudian ia diminum.
Ia mampu berikan kelegaan daripada reumatisme.
8. Gangguan perut
Campurkan jus lobak merah dan bayam setiap kali selepas makan akan bantu menyembuhkan sembelit.
Makan lobak merah segar atau minum jusnya juga mampu menyembuhkan
cirit- birit yang disebabkan oleh sakit pencernaan yang
kronik, mengurangkan kadar asid dalam badan dan menghilangkan
ketidakselesaan perut
No comments:
Post a Comment