Pages

Saturday, 13 July 2013

KUEY TIOW DAGING ALA VIETNAM


Bahan-bahan: 2 sudu besar Perencah Pati Ayam Bahan A: 1 ketul Halia (saiz ibu jari) 1 biji Bawang besar ( dihiris ) 2 sudu besar Sos ikan 3 biji Bunga cengkih 4 biji Bunga lawang 1 batang Kulit kayu manis 1 sudu teh Jintan manis 2 helai Daun salam 1.5 liter Air Bahan B: ( dicampur-gaul ) 400g Filet daging ( dihiris nipis ) 1 sudu teh Perencah Pati Ayam ½ sudu teh Serbuk Lada Putih 1 sudu teh Tepung jagung 1 sudu besar Minyak bijan Bahan C: ( untuk dihidang ) 500g Hor fun (kuay teow) ( dicelur dengan air panas ) 2 tangkai Daun bawang ( dipotong halus ) 2 tangkai Daun ketumbar ( dipotong halus ) ½ cawan Daun selasih ( dipotong ) ½ cawan Taugeh 5 biji Limau ( dipotong 2 ) 2-3 biji Cili merah ( dihiris ) Cara Menyediakan: (1) Satukan semua bahan (A) dan biar didih. Seterusnya taburkan 2 sudu besar Perencah Pati Ayam, biar reneh sekurang-kurangnya 20 minit atas api sederhana. (2) Tapis keluar sisa-sisa. (3) Perap daging dengan bahan (B) selama 10 minit. (4) Didihkan sup (A) dan tambah masuk daging perap (B). (5) Bahagikan hor fun kepada mangkuk individu, masukkan kesemua bahan (C) yang lain. (6) Cedokkan daging dan sup ke dalam mangkuk. Hidang panas

No comments:

Post a Comment