Pages

Saturday, 13 July 2013

MI HOKKIEN


Bahan-bahan: 2 sudu besar Minyak masak 1 sudu besar Bawang putih ( cincang ) 200g Kubis Cina ( dipotong 1 cm ) 1 sudu besar Perencah Pati Ayam 3 cawan Air 500g Mi besar Sedikit Bawang goreng 1 sudu teh Tepung jagung ( digaul dengan 1 sudu besar air ) Bahan-bahan A: 100g Udang, ( dibersih dan dikupas kulit ) 100g Sotong ( dibersih dan dipotong gelang ) 100g Filet ayam ( dihiris ) 1 keping Kek ikan ( dihiris ) Bahan-bahan B (perencah): 1 sudu besar Kicap pekat ½ sudu teh Serbuk Lada Putih 1 sudu teh Garam Hidang bersama: Sambal belacan Cara Menyediakan: (1) Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga naik bau. Masukkan air dan Perencah Pati Ayam, biar mereneh. (2) Tambah masuk kubis Cina dan mi besar. Kacau sebati & reneh selama beberapa minit. (3) Masukkan bahan-bahan (A) bersama dengan bahan-bahan (B). Masukkan bancuhan tepung jagung. (4) Hias dengan bawang goreng dan hidang panas dengan sambal belacan

No comments:

Post a Comment