* Bahan-bahan Roti : -
250g Tepung Gandum
1 Sudu Besar serbuk Pati Ayam
150ml Air panas
3 Sudu Besar Minyak Masak
* Bahan-bahan Inti : - ( Digaul Bersama )
2 Biji Bawang Merah ( Dihiris )
1 Biji Cili Merah ( Dipotong Halus )
2 Biji Telur Ayam
1 Sudu Teh Serbuk Lada Hitam
* Cara Penyediaannya : -
1. masukkan tepung gandum dan serbuk pati ayam, kemudian digaul rata.
2. Kemudian masukkan air panas dan sebatikan.Gaul rata lalu masukkan minyak.
3. Uli hingga menjadi doh.Tambahkan sedikit air atau tepung jika perlu.
4. Bentukkan doh tadi menjadi 5-6 bulatan kecil.
5. canaikan doh menjadi lapisan bulat menggunakan penggelek.
6. panaskan kuali leper dan masak roti diatas kuali tanpa minyak dan ketepikan.
7. Setelah kesemua roti telah siap dimasak, sapukan sedikit minyak ke atas kuali leper, kemudian tuangkan 1/5 telur dan letakkan roti diatasnya hingga masak.
8. Angkat dan gulung, potong serta dihias dengan daun bawang juga bersama cili sos
No comments:
Post a Comment