Pages

Saturday, 13 July 2013

SUP SAYUR DENGAN AYAM.


SUP SAYUR DENGAN AYAM. Bahan-bahan: 3 sudu besar Mentega/marjerin 2 sudu besar Tepung gandum Bahan P: ( dicampur-gaul ) 300g Filet ayam ( dipotong dadu ) ½ sudu teh Serbuk Lada Putih ½ sudu teh Garam 1 sudu besar Tepung jagung Bahan Q: ( dididihkan ) 1 ketul Kulit kayu manis 3 biji Bunga lawang 5 biji Bunga cengkih 2 helai Daun salam 1 sudu teh Serbuk buah pala 1 liter Air panas Bahan R: 2 biji Bawang Bombay ( dipotong kasar ) 1 batang Lobak merah ( dipotong dadu kecil ) 200g Ubi kentang ( dipotong dadu kecil ) 2 tangkai Saderi ( dipotong dadu kecil ) 100g Cendawan segar 1 sudu besar Perencah Pati Ayam Bahan S: (didih terdahulu dalam 500ml air & simpan stok didihan) ¼ cawan Barli ¼ cawan Dhal Hiasan: Daun bawang / Saderi Cina Cara Menyediakan: (1) Campur-gaulkan (Q) dengan (R), biar mendidih hingga semua bahan menjadi lembut. (2) Tambahkan (P) & (S), terus mereneh. (3) Dengan menggunakan satu kuali bertangkai, panas dan leburkan mentega/margerin. Masukkan tepung gandum untuk menjadikannya agen pemekat sup. Secara perlahan-lahan, masukkan pemekat ke dalam sup sayur. Kacau sup selalu. (4) Hias dan hidang panas

No comments:

Post a Comment