SUP SAYUR DENGAN AYAM.
Bahan-bahan:
3 sudu besar Mentega/marjerin
2 sudu besar Tepung gandum
Bahan P: ( dicampur-gaul )
300g Filet ayam ( dipotong dadu )
½ sudu teh Serbuk Lada Putih
½ sudu teh Garam
1 sudu besar Tepung jagung
Bahan Q: ( dididihkan )
1 ketul Kulit kayu manis
3 biji Bunga lawang
5 biji Bunga cengkih
2 helai Daun salam
1 sudu teh Serbuk buah pala
1 liter Air panas
Bahan R:
2 biji Bawang Bombay ( dipotong kasar )
1 batang Lobak merah ( dipotong dadu kecil )
200g Ubi kentang ( dipotong dadu kecil )
2 tangkai Saderi ( dipotong dadu kecil )
100g Cendawan segar
1 sudu besar Perencah Pati Ayam
Bahan S: (didih terdahulu dalam 500ml air & simpan stok didihan)
¼ cawan Barli
¼ cawan Dhal
Hiasan:
Daun bawang / Saderi Cina
Cara Menyediakan:
(1) Campur-gaulkan (Q) dengan (R), biar mendidih hingga semua bahan menjadi lembut.
(2) Tambahkan (P) & (S), terus mereneh.
(3) Dengan menggunakan satu kuali bertangkai, panas dan leburkan mentega/margerin. Masukkan tepung gandum untuk menjadikannya agen pemekat sup. Secara perlahan-lahan, masukkan pemekat ke dalam sup sayur. Kacau sup selalu.
(4) Hias dan hidang panas
No comments:
Post a Comment