Pages

Saturday, 13 July 2013

UDANG MENTEGA NESTUM.


Bahan-bahan: 500g Udang sederhana 1 sudu teh Bawang putih ( dipotong halus ) 40g Halia ( cincang ) 3 sudu besar Mentega tanpa garam 3 sudu besar Nestum Secukup Minyak masak ( untuk goreng-celup ) Bahan Perencah: ½ sudu teh Perencah Pati Ikan Bilis 3 sudu teh Serbuk Lada Putih 2 sudu besar Kicap cair ½ sudu teh Gula 2 sudu besar Air Bahan Hiasan: 3 tangkai Bahagian putih daun bawang 1 biji Cili merah Cara Menyediakan: (1) Potong hujung kepala dan kaki udang, buang urat, bersih dan toskan udang hingga kering. (2) Potong daun bawang, bawang putih dan cili merah untuk kegunaan kemudian. (3) Panaskan minyak, goreng-celup udang hingga keemasan. Angkat dan toskan minyak untuk kegunaan kemudian. (4) Panaskan 3 sudu besar mentega, kacau-goreng bawang putih dan halia hingga naik bau. (5) Tuang masuk semua bahan perencah, kacau sebati sehingga didih. (6) Campurkan udang tadi kepada adunan perencah, kacau hingga sebati. (7) Taburkan nestum, kacau seketika dan hidang panas

No comments:

Post a Comment