Pages
▼
Monday, 8 August 2011
resepi GULAI PISANG MUDA BEREMPAH
BAHAN-BAHANNYA :-)
1 sisir pisang sayur muda
6 - 7 kepingan tulang ikan kurau, rendam
2 batang serai, dititik
2 helai daun kunyit, disiat
300 ml pati santan
1 liter santan cair
2 keping asam gelugor
Garam (jika perlu) dan gula secukup rasa
1 camca besar penuh kerisik
BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
4 biji cili merah
1 camca besar udang kering, rendam sekejap dan toskan
Secubit belacan
3 biji buah keras
1 camca besar ketumbar biji
1/2 camca teh jintan kasar
1/2 camca teh jintan halus
CARA MEMBUATNYA :-)
Pisang dikupas sedikit kulitnya, hiris sederhana tebal dan rendam dalam air yang di letak 1 keping asam gelugor. Dalam periuk, masukkan tulang ikan kurau, bahan kisar halus, serai titik dan baki asam gelugor. Toskan pisang dan masukkan ke dalam periuk, gaul rata dan masak sekejap hingga mendidih.
Tuang santan cair, kacau perlahan dan masak hingga pisang lembut. Tambah kerisik, garam secukup rasa dan sedikit gula. Masukkan kerisik dan daun kunyoit kacau dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh mati kan api. Hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain....Kalau makan keesokkan hari lagi sedappp
No comments:
Post a Comment