Pages
▼
Friday, 30 September 2011
Wednesday, 28 September 2011
Resepi Kurma Ayam
Bahan-bahannya :
Ayam
2 labu bawang besar
6 ulas bawang putih
sedikit halia
rempah tumis - bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih, kulit kayu manis
rempah kurma
Santan
Sebiji kentang
Lada merahgaram
Caranya :
Perap ayam dengan halia dan garam.
tumis rempah tumis dan halia.
Masukkan bawang besar, bawang putih dan lada besar. Apabila naik bau, masukkan rempah kurma dan air.
Tunggu pecah minyak.
Masukkan ayam.
Apabila ayam nak masak, masukkan santan dan garam.
Tunggu kuah pekat sikit, angkat.
Siap.
Sunday, 25 September 2011
IKAN KERISI TEMPOYAK PEKAT & KACANG PANJANG
Bahan:-
2 ekor ikan tenggiri sederhana besar - cuci dan bersihkan, kerat 2.
* 8 tangkai cili padi
* 1 tangkai cili merah
* 3 ulas bawang merah
* 2 ulas bawang putih
* 2 inci kunyit hidup - bahan * ditumbuk halus
5 sudu besar tempoyak - dikisar dgn 1/2 cawan air
1 - 2 keping asam gelugor (ikut kemasaman tempoyak)
3 cawan air
sedikit gula
garam secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis
6 urat kacang panjang - dipatah2 3 inci pjg
Cara Memasak:-
Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan tumbuk serta tempoyak yang dikisar tadi dan masak hingga naik bau dengan api sederhana.
Masukkan air dan biarkan mendidih sebentar.
Terus masukkan ikan dan asam gelugor. Reneh dengan api perlahan.
Masukkan garam dan gula secukup rasa dan seimbangkan rasanya bila ikan masak.
Masukkan kacang panjang dan biarkan sebentar. Tutup api dan hidangkan.
Bingka Beras Gula Putih
Bahan:- (loyang 8x8x3 inci)
1500 ml santan (dari 2 biji kelapa) (*akak guna santan kotak 1000 ml + 500 ml air)
250 gm gula pasir (akak kurangkan 235 gm saja)
250 gm tepungberas (cap Gajah)
50 gm tepung Hoen Kue (warna putih)
1/2 st. esen vanila
1 sk. garam
Cara-Cara:-
Satukan kesemua bahan dan kacau hingga sebati dan ditapis.
Masak adunan hingga pekat dan berkilat (hendaklah dikacau sentiasa supaya tidak berkerak).
Tuangkan aduann ke dalam loyang yang beralas daun pisang atau setakat disapu minyak aje.
Bakar dalam oven dengan api grill dulu hingga permukaan kuih garing sikit atau berkulit, kemudian bakar dengan api bawah hingga masak pada suhu 180C lebihkurang 30 minit. (*note - akak bakar 30 minit api atas (grill), then 30 minit api bawah sj, then 10 minit lagi api atas n bawah)
Biarkan kuih benar2 sejuk baru dipotong dan dihidangkan. Kuih ni agak lembik ketika masih panas dan akan keras sedikit bila telah sejuk tapi memang lembut bila dimakan.
KETAM LEMAK CILI PADI DENGAN NENAS
Bahan:-
3 ekor ketam (sederhana besar) - kerat yg tajam tu, dibersih dan kerat dua
12 biji cili padi - tumbuk
5 ulas bawang merah - tumbuk
2 ulas bawang merah - tumbuk
1 inci kunyit hidup - tumbuk
3 batang serai - diketuk
1 atau 1 1/4 cawan santan cair (*x perlu byk, air nenas akan keluar nnt)
1 cawan santan pekat
2 keping (kecil) asam gelugor (kalu nenas dh masam, kurangkan jd 1 kpg je)
sedikit serbuk kunyit (optional - jika nk kuning sikit lg)
1/2 biji nenas sederhana masak - dipotong kecil
garam secukup rasa
3 sb. minyak untuk menumis
Cara Memasak:-
Panaskan minyak dalam caserol/periuk, tumis bahan tumbuk dan serai hingga naik bau.
Masukkan santan cair dan asam gelugor dan biar mendidih sebentar.
Masukkan ketam dan nenas. Kacau sesekali biar mesra dgn kuah.
Masukkan santan pekat dan garam. Kacau dan biar mendidih sebentar.
Tutup api dan kacau sebentar biar mesra dan kuah tidak berkepala. Bolehlah dihidangkan.
Resepi ayam percik 3
Bahan A:-
1 ekor ayam dipotong 4 bahagian
3 cawan santan pekat (dari 1 biji kelapa)
1/2 cawan air asam jawa (akak letak 1/4 cawan jek)
1 sudu kecil gula
1 sudu besar halba
garam secukup rasa
Bahan B:-
15 tangkai cili kering
5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3 cm halia
5 batang serai
Cara-Cara:-
Bersihkan ayam dan toskan. Gaul dengan garam.
Masukkan ayam di dalam kuali bersama bahan yang dikisar, santan, halba dan asam jawa dan masak hingga 3/4 masak atau hingga kuahnya agak pekat. Tetapi pastikan segala rempah sebati dengan ayam.
Keluarkan ayam dan letak di atas pemanggang sambil disiram kuah tadi dan bakar ayam hingga nampak garing.
1 ekor ayam dipotong 4 bahagian
3 cawan santan pekat (dari 1 biji kelapa)
1/2 cawan air asam jawa (akak letak 1/4 cawan jek)
1 sudu kecil gula
1 sudu besar halba
garam secukup rasa
Bahan B:-
15 tangkai cili kering
5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3 cm halia
5 batang serai
Cara-Cara:-
Bersihkan ayam dan toskan. Gaul dengan garam.
Masukkan ayam di dalam kuali bersama bahan yang dikisar, santan, halba dan asam jawa dan masak hingga 3/4 masak atau hingga kuahnya agak pekat. Tetapi pastikan segala rempah sebati dengan ayam.
Keluarkan ayam dan letak di atas pemanggang sambil disiram kuah tadi dan bakar ayam hingga nampak garing.
Resepi Ayam Percik
Bahan:-
2 ekor ayam
500 gm bawang besar
50 gm halia - diblender
50 gm lengkuas - diblender
50 gm bawang putih - diblender
5 batang serai - diblender
2 cawan gula
3 sudu stok ayam serbuk (*akak x letak ni)
5 senduk cili mesin
5 senduk cili sos
1/2 kg santan
Cara-Cara:-
Campurkan semua bahan dan dimasak sampai mendidih.
Apabila sudah mendidih, masukkan ayam hingga separuh masak.
Asingkan ayam dan siap untuk dibakar, kuah yang lebih disimpan untuk dicurahkan di atas ayam nanti.
Bakar dan siap untuk menjamu selera.
Resepi Ikan Pari Bersambal Pekat
Bahan:-
4 ketul ikan pari yang dipotong sederhana
4 sudu besar cili kering kisar
1 kepung asam gelugur
1 batang serai - dititik
3 sb. gula pasir
garam secukup rasa
1/4 cawan air (jika perlu)
3 sudu besar minyak untuk menumis
Bahan Kisar/Tumbuk:-
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 cm halia
1 biji buah keras
1 cm belacan yg dibakar
Cara Memasak:-
Ikan dibersihkan dan digaul dengan garam dan serbuk kunyit. Goreng kekuningan (3/4 masak). Angkat dan ketepikan.
Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan-bahan kisar dan serai dengan api perlahan hingga naik minyak.
Masukkan asam gelugur dan sedikit air jika tumisan terlalu kering. Kacau.
Masukkan garam dan gula secukup rasa.
Masukkan ikan pari tadi dan gaul rata dengan bahan sambal. Masak biar kuah pekat dan bersalut pada ikan. Seimbangkan rasa dan tutup api.
resepi Ikan Pari Bakar
Ikan Bakar Ala Nyonya
Bahan:-
2 keping (500 gm) ikan pari (dipera garam dan asam jawa, cuci bersih dan toskan)
2 helai daun kunyit
2 kuntum bunga kantan - dihiris halus
2 helai daun limau purut
1/2 cawan santan
3 biji limau kasturi - ambil jusnya
2 keping alluminium foil
Garam dan gula secukup rasa
Bahan Pes (ditumbuk lumat):
4 camca besar cili kisar (boleh guna 6 - 7 biji lada merah) - akak guna lada merah
8 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci lengkuas
1 hirisan nipis halia
2 biji buah keras
2 batang serai - hiris halus
1/2 inci belacan yang dibakar
1/2 inci kunyit hidup
Cara-Cara:-
Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk lumat tadi hingga harum.
Masukkan santan, daun limau purut, garam dan gula secukup rasa. Masak dengan api perlahan hingga jadi pes.
Matikan api, masukkan jus limau kasturi, kacau rata dan ketepikan.
Bentangkan alluminium foil dan letak daun kunyit di atasnya.
Bahagikan pes kepada 4 bahagian. Ratakan satu bahagian atas daun kunyit tadi, tabur hirusan kantan, letak ikan dan akhir sekali lumurkan satu bahagian lagi pes atas ikan dan tabur lagi bunga kantan. Ulangi proses yang sama untuk satu keping ikan lagi.
Bakar atas bara api dapur arang. Boleh juga gunakan oven...(akak gunakan oven je lerrr pada suhu 190C selama 30 - 40 minit. Pada 10 minit terakhir, akak buka pembalut foil dan bakar dengan menggunakan api atas sahaja untuk sedikit garing..jangan terhangus dah ya)
Roti Jala Pandan
ROTI JALA (PERISA PANDAN):
Bahan-bahan ( 3 - 4 orang ):-
3 cawan tepung gandum
2 1/2 camb minyak masak
1 camt garam
sedikit pewarna kuning (*akak tukar kaler daaa...)
1 biji telur
2 1/2 cawan air/santan/ susu segar - *Note: adunan nampak agak pekat so akak tambah jadi 3 1/2 cawan dan adjust camni: (2 cawan susu segar+1 1/2 cawan air)
beberapa titis pandan paste + sedikit pewarna hijau (*ni akak tambah)
Cara-cara :-
Blendkan semua bahan di atas hingga sebati. (Kalau nak tahu adunan dah boleh jala ke belum, cuba masukkan sesenduk ke dalam acuan. Kalau keluarnya tak putus-putus maknanya dah boleh di jala menggunakan kuali non stick. Kuali biasa pun boleh asal tak melekat.)
Lepas jala atas kuali biarkan dalam beberapa saat. Kalau dah masak tak payah dibalik terus aje di angkat dan digulung.
Bila dah siap bolehlah dimakan dengan kuah dal atau kari ayam.
Roti Jala Berinti Sardin
Bahan Inti:-
1 tin besar sardin (Ayam Brand) - buang sosnya
1 labu bawang besar - dadu
3 ulas bawang putih - cincang
2 sudu besar cili kisar
sedikit air asam jawa
garam dan gula secukup rasa
Cara Memasak:-
Panaskan minyak, tumis aja lah bawang besar dan bawang putih hingga naik bau dan masukkan cili kisar. Masukkan air asam jawa dan sardin. Masak sebentar sambil dihancur-hancurkan isi sardin. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Masak biar agak pekat. Angkat dan sejukkan.
Sediakan roti jala dan lipat sikit tepinya dan letakkan inti sardin tadi. Lipat pula tepi kiri dan kanan roti jala dan gulung seperti kuih dadar tu. Buat hingga habis.
Resepi Roti Jala
750 - 850 ml air
410 ml susu cair (*akak guna fresh milk)
600 gm tepung gandum
2 biji telor
3 - 4 sudu makan minyak
1 sudu teh garam
sedikit pewarna kuning
2 helai daun pandan - untuk merenjis
Cara-Cara:-
Ayak tepung dan garam ke dalam mangkuk besar. Buatkan lubang ditengah-tengah tepung.
Masukkan telor dan pukul dengan hujung garfu.
Tuangkan susu, letak sedikit pewarna kuning dan air. Bancuh sampai larut kemudian tapiskan.
Panaskan kuali leper, celup daun pandan ke dalam minyak dan renjiskan/lenser sedikit ke atas kuali.
Tuangkan adunan roti jala menggunakan acuan bercorong membentuk jala.
Masak 2 - 3 minit, bila dah lekang dari kuali, lipat empat dan angkat. Boleh jugak angkat dulu dan gulung seperti kuih dadar.
*Nota - bila letak adunan dalam acuan, kalau adunan keluar x laju, tambahkan sikit air dalam adunan dan kacau adun semula.
kasiat daun kari- pucuk muda buat ulam
KHASIAT DAUN KARI
بسم الله الرØمن الرØيم
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Alhamdulillah, hari ini Laman-Seri berkesempatan untuk berkongsi info tentang tumbuhan yang tidak asing bagi masyarakat kita iaitu daun kari.
Pokok kari adalah tumbuhan tropika hingga sub-tropika, yang berasal India. Tumbuhan renek ini yang adalah daripada spesies murraya koeniggi dalam keluarga rutaceae yang mengeluarkan daun-daun kecil berwarna hijau dan berbunga putih. Tumbuhan ini agak lasak walaupun sebenarnya ia menyukai tanah yang subur dan kaya dengan mineral. Nama spesies herba murraya koenigii yang diambil sempena memperingati ahli botani Johann König.
Pokok kari juga dikenali sebagai 'kariveppilai' dalam bahasa Tamil, juga dikenali sebagai karipulei, kari-kari, veppu-neem dan daun ilai. Dalam bahasa Kannada, ia dipanggil ‘neem hitam’, kerana daunnya mirip dengan pohon neem yang pahit, walaupun ia tiada kaitan langsung dengan pokok neem. Pokok kari juga tiada berkaitan dengan daun salam (bay leaf) dan daun kemangi (basil leaf) iaitu daun yang aromatik dari Mediterranean.
Pokok kari
Pokok kari boleh tumbuh sehingga ketinggian antara 4 hingga 6 meter, dengan ukur lilit batang yang boleh membesar sehingga 40cm. Daunnya menyirip dengan 11-21 helaian pada satu-satu sirip atau lebaran, setiap helaian daun berukuran antara 2-4 cm panjang dan 1-2 cm lebar. Daun kari sangat aromatik.
Pokok kari biasanya ditanam di halaman rumah kerana kegunaan sebagai rempah dalam masakan terutamanya dalam masakan kari. Daun kari mempunyai aroma yang kuat dan mempunyai rasa agak pahit. Ia disebut daun kari kerana digunakan untuk membuat kari dan ia digunakan secara meluas dalam kebanyakan masakan di Tamil Nadu di selatan India. Ia tidak hanya digunakan dalam masakan kari tetapi dalam masakan lain seperti rasam, vada, thoran, chutney, kadhi, murukku dan lain-lain lagi.
bunga pokok kari
Bunganya kecil berwarna putih kekuningan dan mempunyai aroma yang sangat harum. Buahnya kecil, sebesar terung pipit, berwarna hijau ketika muda dan bertukar ke ungu berkilau setelah matang. Buahnya boleh dimakan, tetapi biji benihnya dikatakan beracun. Agaknya, sebab itulah buahnya yang ranum ini tidak diganggu serangga atau burung...
Pokok kari boleh membiak melalui biji benih, keratan batang dan anak yang tumbuh dari akarnya. Selain ditanam di halaman rumah kerana daunnya ia juga ditanam sebagai tumbuhan hiasan.
Hasil kajian mendapati daun kari mengandungi:
* 66.3% kelembapan
* 6.1% protein
*1.0% lemak
*16.0% karbohidrat
*6.4% fiber
Daun kari juga mengandungi mineral dan vitamin seperti kalsium, fosforus, zat besi, asid nikotinik dan vitamin C. Ia juga mengandungi volatile oil dan sejenis glukosid yang dipanggil koenigiin.
Daun kari mempunyai khasiat perubatan yang tinggi dan digunakan dengan meluas dalam perubatan Ayurveda di India. Daun kari mempunyai nilai sebagai antioksidan, anti-diabetes, antimikrob, anti-inflamasi, Hepatoprotektor, anti-hiperkolesterolemia dan lain-lain lagi. Daun kari juga dikatakan baik untuk penjagaan rambut yang panjang dan sihat. Selain dari itu daun kari juga dapat mencegah uban. Kulit pokok, daun dan akar pokok daun kari digunakan sebagai tonik. Pucuk daun muda juga boleh dibuat ulam.
Daun kari boleh dijadikan tonik herba untuk menguatkan perut dan meningkatkan keupayaannya serta mengatasi masalah penghadaman. Ia juga boleh digunakan sebagai laksatif (julap) lemah untuk mengatasi masalah sembelit. Jus daun kari yang dicampur dengan madu juga dapat menjadi penawar kepada cirit birit dan buasir.
Jus daunnya yang segar dicampur dengan jus limau nipis digunakan untuk mengatasi masalah loya dan pening terutamanya akibat makan lemak yang berlebihan. Caranya dengan mencampurkan satu sudu teh jus daun kari dan satu sudu teh jus limau nipis. Daun kari juga berkesan dalam mengatasi masalah haid dan penyakit gonorea (gonorrhea), menghilangkan rasa loya dan pening-pening lalat bagi wanita mengandung.
Air rebusan kulit batangnya yang kering dapat digunakan untuk mengubat diabetes. Amalan memakan 10 helai daunnya setiap hari selama 3 bulan dikatakan dapat mencegah kencing manis yang disebabkan oleh keturunan dan kegemukan.
Buah kari
Buahnya yang didihkan dengan minyak kelapa hingga kehitaman boleh dihancurkan dan digunakan untuk merawat gigitan serangga dan haiwan berbisa. Daunnya yang dihancurkan dan dijadikan pes boleh digunakan untuk merawat lebam dan bengkak dengan cara menampalnya pada bahagian yang sakit.
Daun kari juga berkesan menyembuhkan penyakit cirit-birit dan penyakit berak darah yang juga disebut disentri. Daun kari dan akarnya juga dikatakan baik untuk peredaran darah dan boleh bertindak sebagai sedatif.
ulam raja d restoran basha
Pokok Ulam Raja (nama lain: Pokok kenikir) merupakan tumbuhan tropika yang berasal dari Amerika Latin, tetapi tumbuh meliar dan mudah didapati di Florida, Amerika Syarikat, serta di Malaysia dan negara-negara ASEAN. Ulam Raja adalah sejenis spesis bunga intan berayun yang berwarna unggu atau kuning dan berbunga kecil. Manakala pokok bunga yang berwarna kuning jarang digunakannya sebagai ulam, yang berwarna unggu merupakan sayuran ulam yang amat popular dimakan mentah bersama nasi atau di cicah dengan budu, sambal belacan atau tempoyak serta cincalok.
Berdasarkan kajian tempatan, ulam raja mengandungi 3 peratus protein, 0.4 peratus lemak dan karbohidrat serta kaya dengan kalsium dan vitamin A.
Herba ini adalah herba semusim mencapai ketinggian hampir satu meter. Batangnya berwarna hijau tua dan keunguan sedikit. Kebiasaannya herba ini bercabang banyak di bahagian atas.
Daunnya bergaris bentuk oval atau segi tiga dengan anak daunnya yang runcing, kesat dan berwarna hijau tua. Bunganya bertangkai panjang, berwarna kuning keunguan. Daun herba ini mengeluarkan bau apabila diramas.
Herba ubat
Ulamnya yang digelarkan "ulam raja" telah digunakan secara tradisi untuk memperbaiki peredaran darah dan mencuci darah, serta untuk menguatkan tulang. Ulamnya mempunyai keupayaan antioksida (AEAC) yang amat tinggi, iaitu setiap 100 gram ulam yang segar mempunyai keupayaan antioksida yang sama dengan 2,400 miligram L-asid askorbik. Melebihi dua puluh jenis bahan antioksida telah dikenal pasti dalam ulam raja. Bahan-bahan antioksida yang utama disebabkan oleh kehadiran sebilangan proantosianidin yang wujud sebagai dimer, melalui heksamer, kuersetin glikosida, asid klorogenik, asid neoklorogenik, asid kripto-klorogenik, serta penangkap (+)-. Keupayaan ulam raja untuk mengurangkan tekanan oksidatif mungkin sebahagiannya terdiri daripada kandungan antioksidanya yang tinggi.
Kesimpulan
Orang Melayu daripada dahulu telahpun mengetahui khasiat dan telah menfaatkan pelbagai jenis tumbuhan yang tumbuh merata sebagai makanan harian atau sebagai ubatan. Pada masa kini, pengetahuan yang memakan masa bergenerasi untuk dikumpulkan kini terancam untuk pupus begitu sahaja. Oleh itu, marilah bersama-sama menghargai setiap tumbuhan yang terdapat disekitar serta berganding bahu untuk memelihara, memulihkannya dan merakamkan kegunaannya. Semoga apa yang kita ada akan terus berkekalan untuk tinggalan generasi yang akan datang agar mereka juga merasai nikmat yang masih kita rasai pada masa kini.
roti canai 7pg hingga 7mlm
kurang minyak khas untuk yg berpantang ngan minyak
tempahan boleh buat awal kalau mahu kuantiti yg banyak
tel 0135015010
Saturday, 24 September 2011
kasiat epal hijau
Amalan memakan sebiji epal hijau setiap hari sememangnya digalakkan. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan. Ini kerana ia bukan sekadar mempunyai pelbagai khasiat malahan ia juga mampu mengurangkan kadar kolesterol dalam badan.
Epal hijau mengandungi zat besi, magnesium, potasium, kalsium, soldium, vitamin C, vitamin A dan vitamin B serta merupakan sumber serat yang mudah larut. Kita digalakkan memakan epal bersama dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya.
Epal hijau boleh membantu mencegah:
Pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah.
Mengurangkan risiko penyakit jantung.
Membantu kesihatan membran paru-paru.
Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.
Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.
Membantu mengekalkan berat badan.
Mengurangkan tekanan penyakit asma.
Mengurangkan risiko barah.
Bagi mereka yang mempunyai masalah sembelit atau penghadaman, kisarkan epal hijau dengan saleri dan diminum setiap pagi sebelum sarapan. Ia dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan. Zat masam epal hijau merupakan pembersih tubuh yang sangat baik.
Epal hijau juga bertindak sebagai penyegar kulit wajah. Potong epal hijau dan rendamkan seketika di dalam air batu selama 5 minit. Kemudian letakkan di muka, biarkan selama 15 minit. Anda akan dapat rasakan kesegarannya. Jika diamalkan selalu ia boleh melicinkan kulit.
kasiat kentang
Ubi kentang kaya dengan potassium, vitamin C yang membekalkan karbohidrat kompleks dan fiber. Ia juga mengandungi vitamin B1, B2 dan B3 serta sedikit kandungan protein dan zat besi.
Kandungan potassium ubi kentang adalah dua kali ganda daripada yang terdapat di dalam pisang dan fiber. Jumlah lemaknya pula di bawah paras 25 peratus, dengan ini dapat menghalang enapan kolesterol di dalam lapisan saluran darah.
Hirisan ubi kentang mentah serta jusnya boleh membantu mengurangkan kesakitan penyakit yang menyerang sendi-sendi dan radang otot. Ubi kentang juga boleh melegakan kesakitan salah urat atau tergeliat, luka-luka kecil dan kebakaran ringan dengan cara menekapkan hirisan kentang di tempat berkenaan selama 15 minit atau lebih. Ubi kentang lecek (tanpa mentega) boleh memutihkan dan melembutkan tangan.
Petua: Mudah Kupas Bawang Putih
Apabila ada kenduri besar, kadang-kadang timbul masaalah dalam memproses mengupas bawang putih. Bagaimanpun terdapat cara mudah mengupas bawang putih. Letakkan minyak masak pada bawang tersebut dan gaul sama rata. Biarkan selama 2-3 minit. Selepas itu picit sahaja kulit bawang tersebut dengan tangan. InsyaAllah kerja anda menjadi lebih mudah dan cepat.
Petua: Elak kelapa parut mudah basi
Untuk memastikan kelapa yang telah diparut tahan selama satu hingga dua hari ia perlu dikukus terlebih dahulu selama 10 minit. Setelah siap, masukkan ke dalam peti sejuk. Insya-Allah, kelapa itu akan tahan lebih lama.
Petua: Atasi sinki tersumbat
Sebenarnya garam kasar boleh berfungsi sebagai bahan pelarut bagi sisa-sisa yang tersumbat dalam saluran sinki. Masukkan garam kasar ke dalam lubang sinki dan kemudian curah dengan air panas. Pasti sisa-sisa tadi akan larut.
Petua: Haruman pandan pada pinggan mangkuk
Kadangkala pinggan mangkuk yang telah dicuci masih berbau walaupun telah dicuci dengan menggunakan sabun pencuci. Untuk mengelakkan pinggan mangkuk dicuci berbau, letakkan 5 hingga 6 helai daun pandan di tempat anda tos pinggan mangkuk yang baru dicuci. Hasilnya pinggan mangkuk tidak berbau hapak, malah lebih harum dengan haruman pandan.
Friday, 23 September 2011
Thursday, 22 September 2011
Resepi: Cendawan Tiga Rasa
Bahan A:
50 gm cendawan abalone
50 gm cendawan hitam
50 gm kulat hitam (black fungus)
Bahan B:
100 gm kubis bunga - dipotong kecik kecik
80 gm brokoli - dipotong kecik
30 gm lada benggala hijau - dipotong baji
30 gm lada benggala merah - dipotong baji
40 gm lobak merah - dihiris nipis
30 gm jagung muda - dipotong tiga
10 gm bawang putih - dicincang halus
Bahan C:
10 gm udang kering - dikisar
40 gm sos tiram
20 gm tepung jagung - dibancuh dengan sedikit air
10 gm garam
10 gm gula
30 gm minyak masak
5 gm serbuk perasa
Cara menyediakan:
Rendam kesemua bahan A di dalam air suam selama 10 minit.
Kemudian angkat dan tapis. Hiris kesemua cendawan, ikut suka nak macamana...
Panaskan minyak, tumis bawang putih sehingga kekuningan.
Masukkan udang kering dan sos tiram bersama sedikit air.
Masukkan kesemua bahan B dan biarkan sehingga setengah masak.
Campurkan bahan A, kacau sehingga sayur masak. Kalau kak Ros, kak Ros sukakan sayur yang setengah masak saja.
Masukkan garam, gula secukup rasa...
Akhir sekali masukkan bancuhan air, tepung jagung dan kacau hingga pekat.
Wednesday, 21 September 2011
Resepi Ulam Terung
Bahan-bahan :
Terung
Minyak untuk menggoreng
Caranya :
Potong terung.
Gorengkan di dalam minyak panas - deep fry.
Toskan dari minyak.
Siap.
Cicah la dengan sambal.
Petua Membersihkan Siput Sedut
Ini petua orang tua-tua. Untuk membersihkan siput sedut, ambil hampas kelapa. Gaulkan bersama siput sedut yang masih hidup dan dibiarkan semalaman. Esoknya, baru la siang siput itu, cuci dan masak. Bau lumpur akan hilang, rasa lemak bertambah. Tentunya masakan siput sedut bertambah enak
Resepi Sambal Sotong
Bahan-bahan :
Sotong
1 labu bawang besar - dikisar
2 ulas bawang merah - ditumbuk
3 ulas bawang putih - ditumbuk
Sedikit halia - ditumbuk
10 tangkai lada kering - dibuang biji, kisar dan rebus
Asam keping
Garam
Gula
Caranya :
Tumis lada kering hingga masak.
Tumis bahan tumbuk hingga wangi.
Masukkan bawang kisar.
Masukkan asam keping.
Masukkan sotong.
Masukkan air jika sambal kering.
Sesuaikan rasa dengan garam dan gula.
Siap :)
Resepi Ikan Siakap Kukus Berserai
Bahan-bahannya :
Ikan siakap - saiz besar
5 ulas bawang putih - ditumbuk
3 ulas bawang putih - dihiris
1 batang serai - dititik
Sesudu lada sulah
Sedikit kicap masin dan manis
Garam
Carrot - dihiris
Jus limau
Air asam jawa
Celeri
Daun sup
Daun bawang
Secawan air
Caranya :
Bersihkan ikan.
Rendam ikan di dalam air asam jawa dalam 10 minit untuk hilangkan hanyir.
Perap ikan bersama bawang putih yang ditumbuk dan serai.
Masukkan semua bahan kecuali sayuran ke dalam loyang.
Stimkan.
Bila ikan hampir masak, masukkan sayuran.
Siap :)
Lebih sedap dimakan bersama sos.
Resepi Sambal Belacan
Bahan-bahan :
1 cawan cili padi
1/4 cawan gula
1/4 cawan garam
1/4 ketul belacan
1 biji tomato
1/2 labu bawang besar
1/2 biji jus lemon
sedikit air
Caranya :
Bakar belacan hingga garing.
Goreng bawang besar hingga garing. Boleh juga dibakar.
Kisar semua bahan di atas.
Siap!
Petua Elak Masakan Melekat Di Kuali
Masukkan beberapa keping asam gelugor ke dalam minyak panas sebelum memasak. Hasilnya, masakan tidak melekat dikuali, hasil gorengan lebih garing dan enak :D
Resepi Nasi Goreng Daging
Bahan-bahan :
Segenggam daging - dipotong kecil ( perap dengan bahan bertanda * )
2 ulas bawang merah - ditumbuk
2 ulas bawang putih - ditumbuk - utk nasi
4 ulas bawang putih - ditumbuk * - utk perap daging
Seinci halia - ditumbuk *
Sebatang serai - ditumbuk *
Garam - ditumbuk *
Sedikit carrot - dihiris panjang
Lada merah - dihiris
Kacang panjang - dihiris
Sedikit kobis - dihiris
Sebiji telur
Sehiris lemon
Caranya :
Goreng daging yang telah diperap. Ketepikan.
Tumis bawang hingga wangi.
Masukkan daging goreng.
Perahkan lemon. Masukkan garam.
Pecahkan telur.
Masukkan sayuran.
Masukkan nasi.
Kacau sebati.
Sesuaikan rasa dengan garam.
Siap :)
Resepi Sotong Masak Kicap
Bahan-bahan :
5 ekor sotong putih
3 ulas bawang putih - ditumbuk
1/2 labu bawang besar - dihiris
Serai - dititik
Sedikit lada hitam
Sedikit cili padi - diketuk
Kicap
Air
Garam - jika perlu
Halia - ditumbuk
Tomato ceri
Carrot - dihiris
Lada merah - dihiris
Caranya :
Tumis bahan tumbuk, serai, lada hitam dan cili padi.
Masukkan air dan kicap.
Masukkan sayur-sayuran dan bawang besar.
Masukkan sotong.
Sesuaikan rasa dengan garam ( jika perlu ).
Siap :)