Bahan-bahan:
500g Mee kuning ( dicelur )
200g Tulang lembu/ayam direbus (untuk jadikan stok)
100g Udang hidup/Sotong
100g Sawi
7 cawan Air
½ cawan Sos tomato
2 biji Telur
1 sudu besar Perencah Pati Ayam
Secukup Garam
Secukup Gula
Secukup Minyak ( untuk menumis )
Bahan X: ( dikisar halus )
½ cawan Udang kering
20 tangkai Cili kering
10 ulas Bawang merah
3 ulas Bawang putih
3 sudu besar Kacang Tanah goreng ( dikisar )
2 batang Serai ( dititik )
1 biji Keledek ( direbus dan dikisar )
Cara Menyediakan:
(1) Panaskan minyak, tumis bahan (X) hingga wangi kecuali keledek.
(2) Masukkan air rebusan daging, udang dan biarkan mendidih.
(3) Tambahkan sos tomato, Perencah Pati Ayam, Garam dan gula serta keledek.
(4) Biarkan mendidih baru masukkan sawi dan telur.
(5) Hidangkan dengan mee kuning, hirisan cili merah, bawang goreng dan limau nipis
No comments:
Post a Comment