Bahan-bahan pastri:
350g Tepung gandum
150g Mentega tanpa garam
½ cawan Air sejuk
3 sudu teh Garam
Cara Menyediakan:
(1) Panaskan ketuhar kepada 180oC.
(2) Ayakkan tepung bersama dengan Garam, masukkan mentega tanpa garam dan uli dengan jari untuk membentuk seperti cebisan roti.
(3) Tuangkan air, sedikit demi sedikit pada setiap masa dan uli hingga menjadi adunan. Uli perlahan-lahan. Berhenti sebaik sahaja terbentuknya adunan.
(4) Gunakan pembalut plastik dan balut adunan sebelum simpan dalam peti sejuk selama 15-20 minit.
(5) Sementara menunggu adunan menjadi sejuk, mula sediakan sos.
Bahan Sos:
5g Bawang putih
70g Bawang merah
100g Lobak merah
50g Tomato Puri
25g Kuchai
300g Ayam kisar
400 ml Air
3 helai Daun salam
2 sudu teh Oregano
2 sudu besar Sos cili
Bahan A:
2 sudu besar Perencah Pati Ayam
¼ sudu teh Serbuk Lada Hitam
¼ sudu teh Serbuk Lada Putih
Secukup Garam
1 sudu besar Gula
Cara Menyediakan:
(1) Untuk menyediakan sos, panaskan minyak. Kacau-goreng bawang putih dan bawang merah.
(2) Masukkan lobak merah, diikuti dengan tomato puri, sos cili dan air. Masak selama 5 minit.
(3) Masukkan ayam kisar. Kacau sebati.
(4) Masukkan semua perencah (A) hingga cukup rasa.
(5) Didihkan dan reneh hingga pekat. Biar menyejuk.
Bahan-bahan untuk permukaan:
400 gm Ubi kentang ( direbus dan dilenyekkan )
100 gm Tepung susu
½ sudu teh Serbuk Lada Hitam
½ sudu teh Garam
1 sudu besar Mentega tanpa garam
Penyediaan:
(1) Campur-gaulkan semua bahan.
(2) Masukkan ke dalam beg piping. Ketepikan.
Penyatuan:
(1) Letakkan pastri ke dalam acuan pai.
(2) Tuangkan sos dan seterusnya topping kentang. Bakar quiche pada 180oC selama 25 minit.
No comments:
Post a Comment