SELAMAT DATANG MENJAMU SELERA

SELAMAT DATANG DAN MENJAMU SELERA MASAKAN KAMPUNG( SIANG) MASAKAN MAKANAN LAUT (MALAM) buatlah kerja macam seratus tahun lagi nak hidup(juga niat ibadah), ibadah khusus macam sekejap lagi akan mati. (asas dlm solat jangan tinggal berdosa!!!!!)
LCD Text Generator at TextSpace.net

Saturday, 13 July 2013

QUICHE AYAM BERKRIM.


Bahan-bahan pastri: 350g Tepung gandum 150g Mentega tanpa garam ½ cawan Air sejuk 3 sudu teh Garam Cara Menyediakan: (1) Panaskan ketuhar kepada 180oC. (2) Ayakkan tepung bersama dengan Garam, masukkan mentega tanpa garam dan uli dengan jari untuk membentuk seperti cebisan roti. (3) Tuangkan air, sedikit demi sedikit pada setiap masa dan uli hingga menjadi adunan. Uli perlahan-lahan. Berhenti sebaik sahaja terbentuknya adunan. (4) Gunakan pembalut plastik dan balut adunan sebelum simpan dalam peti sejuk selama 15-20 minit. (5) Sementara menunggu adunan menjadi sejuk, mula sediakan sos. Bahan Sos: 5g Bawang putih 70g Bawang merah 100g Lobak merah 50g Tomato Puri 25g Kuchai 300g Ayam kisar 400 ml Air 3 helai Daun salam 2 sudu teh Oregano 2 sudu besar Sos cili Bahan A: 2 sudu besar Perencah Pati Ayam ¼ sudu teh Serbuk Lada Hitam ¼ sudu teh Serbuk Lada Putih Secukup Garam 1 sudu besar Gula Cara Menyediakan: (1) Untuk menyediakan sos, panaskan minyak. Kacau-goreng bawang putih dan bawang merah. (2) Masukkan lobak merah, diikuti dengan tomato puri, sos cili dan air. Masak selama 5 minit. (3) Masukkan ayam kisar. Kacau sebati. (4) Masukkan semua perencah (A) hingga cukup rasa. (5) Didihkan dan reneh hingga pekat. Biar menyejuk. Bahan-bahan untuk permukaan: 400 gm Ubi kentang ( direbus dan dilenyekkan ) 100 gm Tepung susu ½ sudu teh Serbuk Lada Hitam ½ sudu teh Garam 1 sudu besar Mentega tanpa garam Penyediaan: (1) Campur-gaulkan semua bahan. (2) Masukkan ke dalam beg piping. Ketepikan. Penyatuan: (1) Letakkan pastri ke dalam acuan pai. (2) Tuangkan sos dan seterusnya topping kentang. Bakar quiche pada 180oC selama 25 minit.

No comments:

Post a Comment