Bahan-bahan:
5 sudu besar Minyak masak
Bahan A: ( dikisar menjadi pes )
3 biji Cili merah
5 keping Cili kering ( direndam )
10 biji Bawang merah
3 biji Buah keras
2 tangkai Serai
100ml Air
Bahan B:
400g Ubi kentang ( dikupas kulit & dipotong dadu )
1 biji Bawang Bombay ( dipotong halus )
1 tangkai Daun kari
1 sudu besar Perencah Pati Ayam
1 sudu teh Gula
150 ml Air
Bahan C:
300g Tepung gandum
1 sudu besar Gula
½ sudu teh Garam
60g Marjerin
Bahan D:
200g Tepung gandum
100g Lemak sayuran (Shortening)
Cara Menyediakan:
(1) Panaskan 5 sudu besar minyak, tumis bahan (A) hingga naik bau, kemudian tambah masuk bahan (B).
(2) Kacau sekata sehingga kentang masak. Ketepikan, biar menyejuk.
(3) Campur-adukkan bahan (C) untuk membentuk adunan. Sementara itu, uli bahan (D) sehingga menjadi adunan.
(4) Balutkan bahan (D) dalam bahan (C).
(5) Gelekkan adunan untuk membentuk segiempat panjang, gulungkan kemas-kemas.
(6) Pusing adunan sampai 90 darjah, gelek dengan roller hingga menjadi segiempat panjang dan gulungkan sekali lagi.
(7) Gulungkan kemas-kemas, potong menjadi ketulan dan gelek hingga bulat, seterusnya masukkan isian kentang di dalam lalu lipatkan bahagian tepi.Goreng-celup hingga kuning keemasan.
(8) Hidang panas
No comments:
Post a Comment